Ciri Pemimpin Kebangkitan Islam Akhir Zaman.

Dalam kebangkitan Islam sekali lagi iaitu di Malaysia semakin terserlah kemeriahan Islamnya. Ini satu anugerah besar dari Tuhan. Namun orang ramai tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kemeriahan Islam itu. Kerana kita selama ini belajar Islam yang asas, yakni berkenaan hukum-hakam sahaja.

Bila dikatakan kebangkitan Islam sekali lagi ertinya kita sedang mengharungi janji Tuhan melalui lidah nabi akhir zaman. Ruang lingkupnya adalah luas dan menyeluruh (kaffah). Kebangkitan Islam kali kedua yang akan berlaku dikurun ini telah diberitahu melalui Rasulullah SAW. Nescaya Tuhan persiapkan tempat dan pejuangnya. Bahkan hakikatnya kebenaran itu datang dari Tuhan, Dia lebih tahu bagaimana untuk munculkannya.

Pemimpin yang dijanjikan adalah seorang yang memimpin suatu jemaah yang memperjuangkan kebenaran yang kedatangannya telah disebutkan sebelumnya, baik oleh seorang rasul atau seorang nabi melalui wahyu yang diterimanya, maupun oleh seorang wali Allah melalui ilham atau firasat yang diterimanya.

Marilah kita lihat dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah. Di sana Allah berfirman tentang seorang pemimpin kebenaran yang dijanjikan untuk Bani Israil. Namanya Thalut. Kehadirannya telah disebutkan oleh Nabi Allah Samuel as kepada para pembesar Bani Israil yang datang kepadanya dan meminta beliau berdoa pada Tuhan agar didatangkan seorang pemimpin untuk Bani Israil. Pada masa itu, Bani Israil diancam oleh bangsa Rom yang dipimpin Jalut, seorang yang bertubuh besar dan luarbiasa. Bani Israil hampir putus asa hingga mereka datang pada nabi mereka. Nabi Samuel memperingatkan mereka bahawa jika nanti Allah datangkan pemimpin, maka mereka akan menolak pemimpin tersebut. Bani Israil tetap memaksa Nabi Samuel berdoa. Tuhan menjawabnya dengan mengangkat Thalut. Ternyata apa yang telah diperingatkan Nabi Samuel menjadi kenyataan. Para pembesar itu menolak Thalut disebabkan dia hanya seorang petani biasa. Begitulah biasanya yang dialami pemimpin kebenaran.

Dalam Al Quran juga terdapat nama Zukarnain sebagai pemimpin yang dijanjikan. Pada kitab-kitab para rasul terdahulu seperti Taurat, Zabur, dan Injil jelas terdapat keterangan tentang nabi akhir zaman yang bernama Ahmad atau Muhammad. Di sana disebut cirri-cirinya, tempat lahirnya dan tempatnya berhijrah. Sangat jelas hingga Bani Israil mengenalnya lebih dari mengenal anak mereka sendiri. Tapi kenyataannya setelah Rasulullah saw diutus, Bani Israil-lah yang paling keras menentang rasul akhir zaman.

Pemimpin kebenaran yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw adalah Khulafaur Rasyidin, Sultan Muhammad Al Fateh (Rasulullah saw. menyebut ciri-cirinya saja), Imam Mahdi (Muhammad bin Abdullah, Rasulullah saw. menyebut segala ciri-cirinya dan kisahnya dengan lengkap).

Pemimpin kebenaran yang ditunjuk melalui ilham adalah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang berita tentangnya telah diterima oleh Sayidina Umar bin Khattab ra jauh sebelum Umar bin Abdul Aziz lahir. Begitu juga Imam Syafi’e rh. Gurunya, Imam Malik rh telah mendapat firasat tentang beliau.

Para pemimpin yang dijanjikan ini tidak ada satu pun yang naik memimpin manusia dengan kaedah pemilihan umum beramai-ramai. Mereka naik memimpin manusia kerana kepemimpinannya diterima oleh hati-hati manusia yang menerimanya. Perjuangan mereka dibantu Tuhan, kerana itulah mereka tidak dapat dikalahkan oleh musuh-musuhnya.

Kesabaran mereka seperti kesabaran Rasulullah SAW, sangat luar biasa. Mereka mampu bersikap lemah lembut terhadap umat mereka, bahkan terhadap musuh mereka. Sangat sabar dalam menghadapi ujian-ujian dari Allah Ta’ala. Ilmu mereka luar biasa, tidak dapat dikalahkan oleh orang-orang berilmu pada zaman mereka. Mereka juga mempunyai pengikut yang sangat mencintai mereka sehingga orang yang iri menggelarkan mereka fanatik buta. Mereka tidak belajar dari ulama-ulama sezaman mereka dikeranakan ilmu mereka langsung dari Allah baik melalui wahyu (untuk rasul dan nabi) ataupun ilham (untuk para wali). Ilmu mereka hebat dan nampak asing bagi ulama-ulama sezaman, sebab itulah biasanya mereka dianggap sesat oleh ulama-ulama sezamannya.

Banyak contoh untuk ini. Rasulullah saw sendiri dituduh sesat, gila, pemecah belah, dan penyihir. Thalut diragukan oleh Bani Israil bahkan dikhianati. Begitu juga mujaddid-mujaddid penerus Rasulullah saw. Imam Syafi’e, Imam Abu Hasan Al Asy’ari, Imam Ghazali, Imam Sayuti, dan ramai ulama sezaman mereka menuduh mereka sesat dan memusuhi mereka.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?