Posts

Showing posts from June, 2014

BAYANGAN NEGARA ISLAM IALAH DARI DIRI DAN KELUARGA.

Dalam memperjuangkan Islam kita mesti ada perancangan yang berdisiplin, rapi dan teliti. Bermacam-macam langkah yang mesti dibuat untuk menuju kepada matlamat menegakkan hukum-hakam Allah di dalam segala aspek kehidupan. Dari sini akan terlaksanalah kesyumulan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan negara, atau dengan kata-kata yang lain, tertegaklah hukum-hukum Allah secara syumul di dalam kehidupan. Firman Tuhan: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.  (Al-Baqarah:208). أقم الدولة في انفسكم ستكم في بلادكم Kata Hasan Hudhaibi : “Dirikanlah negara  Islam di dalam hati kamu, nescaya ia akan tertegak di dalam negara kamu“ Mana tahu, di satu masa nanti apabila Allah serahkan ne

PENCINTA TUHAN SENTIASA SIAPKAN DIRI BERTEMU KHALIQ-NYA.

Kehidupan yang kita lalui di dunia ini ibarat hiburan dan permainan.  Kembali kita renungkan betapa hidup ini berjalan sangat cepat. Ramadhan menjelang tiba lagi. Masa berlalu begitu saja tanpa terasa, bahkan hari hari pun juga berlalu dengan cepat. Hidup ini teramat cepat, ibarat kita hanya mengambil seteguk air. Hidup ini hanya sekedar satu tempat persinggahan. Ada banyak nikmat di dunia ini yang kita rasakan, sangat banyak dan terkadang kita lupa untuk mensyukurinya. Tidak kurang diantara kita lupa bahwa nikmat ini hanyalah dariNya dan semua ini akan kembali kepadaNya termasuk nyawa dan semua yang kita miliki. Mana milik kita semua yang ada Tuhan yang punya.  Maksud firman Tuhan: Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan saba r. (Al-Asr,103:1-3). Firman Tuhan lagi: وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآ

UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN CELIK AKAL BUTA ROH.

Dunia pada hari ini melahirkan ramai yang cerdik pandai tapi rendah nilai akhlak. Di sini kita dapat melihat konsep pendidikan Barat atau sekular melahirkan orang yang celik akal buta hati. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta.  Pada kebangkitan pertama pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu membina insaniah manusia atau menghidupkan roh atau hati mereka. Dalam pendidikan Islam iaitu awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah.  Pendidikan menentukan manusia itu jadi baik atau jadi jahat. Pendidikan adalah nyawa kepada semua aspek kehidupan. Kalau pendidikan baik, maka semua aspek kehidupan akan jadi baik. Sebaliknya, kalau pendidikan jahat, semua aspek pendidikan akan jadi jahat. Pendidikan dalam Islam tidak memisahkan ilmu dengan

SULUK TAJDID IALAH SULUK AKHIR ZAMAN.

AMALAN BERSULUK ADALAH DA'BUSSOLIHIN. Jasad, akal, dan jiwa manusia mendapat semangat dan kekuatan bila manusia mendapat Tuhan. Kita rasa sangat berpuas hati kerana dapat disegarkan semula (refresh). Setelah pergi bersuluk di-tempat  yang sangat aman, damai, jauh dari kebisingan kota, tidak diganggu oleh sebarang panggilan telefon mahupun email kerana kita benar-benar telah 'bertafakur' pada ciptaan Tuhan dan kita dapat menghayati kebesaran Tuhan. Jauh dari suasana kesibukan, hiruk pikuk bandar. Bersuluk ditempat yang sangat cantik, udaranya segar, kita dapat bertadabur dengan penuh penghayatan. Melalui suluk kita dapat caj semula tenaga baru, inspirasi baru, jiwa baru serta semua yang baru iaitu menjadi orang baru untuk meneruskan kehidupan mengendalikan peranan sebagai hamba dan khalifah dengan lebih bersemangat. Suluk dalam bahasa Arab secara harfiahnya bererti menempuh (jalan).  Kata suluk berasal dari perkataan Al-Quran, Fasluki , dalam Surah An-Nahl,16: ayat 69, Faslu

XPDC MENYUBURKAN RASA CINTA DAN TAKUTKAN TUHAN.

Dalam sejarah Islam, pengembaraan, permusafiran, atau ekspidisi (xpdc) merupakan suatu tradisi yang biasa dilakukan oleh para ulama dan pencari ilmu. Hampir seluruh ulama Islam pernah mengembara, dari satu kota ke kota lain untuk menuntut ilmu. Ini juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Baginda selalu membawa para sahabat berekspidisi dari tempat ke tempat, walaupun ianya dilakukan sekitar bandar Madinah. Di dalam xpdc bersama sahabat, disitulah berlakunya pengisian dan perkongsian ilmu serta peluang baginda menyampaikan wahyu. Ajaran Islam sangat luas. Dari tiga asas utama ajaran Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu iman, Islam dan Ihsan atau istilah barunya akidah, syariat dan tasawuf, ilmu Islam telah berkembang dengan begitu luas sekali. Memang begitulah sifat ilmu. Segala sifat-sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hat

MALAYSIA DAULAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. Pegangan aqidah atau tauhid ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam feqah bermazhab Syafie, bahawa ajaran Islam yang diperkenalkan di Malaysia sebenarnya adalah cukup cantik, selamat dan menyelamatkan. Sejarah mencatitkan bahawa ramainya ulama Ahli Sunnah dari Tanah Melayu khususnya Malaysia yang menjadi benteng atau pembela kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah ini.  Para ulama Ahli Sunnah di Tanah Melayu adalah cukup terkenal dalam dunia Islam, samada dalam hal membela agama atau membela Nabi S.A.W. Sebelum ini kita telah sinaraikan ulama ulama yang berasal dari Tanah Melayu sekarang Malaysia yang sangat berpengaruh di negara negara Arab. Kini Malaysia di kenali dan di hormati sebuah negara Islam yang maju dan meriah amalan Islamnya. Selawat ke atas Rasulullah SAW berkumandang dimana-mana di seluruh pelusuk Malaysia. Melalui program berselawat yang mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Selawat bukan sahaja berkumandang di masjid dan surau tetapi