BAYANGAN NEGARA ISLAM IALAH DARI DIRI DAN KELUARGA.

Dalam memperjuangkan Islam kita mesti ada perancangan yang berdisiplin, rapi dan teliti. Bermacam-macam langkah yang mesti dibuat untuk menuju kepada matlamat menegakkan hukum-hakam Allah di dalam segala aspek kehidupan. Dari sini akan terlaksanalah kesyumulan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan negara, atau dengan kata-kata yang lain, tertegaklah hukum-hukum Allah secara syumul di dalam kehidupan.

Firman Tuhan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah:208).


أقم الدولة في انفسكم ستكم في بلادكم

Kata Hasan Hudhaibi : “Dirikanlah negara  Islam di dalam hati kamu, nescaya ia akan tertegak di dalam negara kamu“

Mana tahu, di satu masa nanti apabila Allah serahkan negeri atau negara, maka sistem hidup Islam secara syumul yang telah diwujudkan di dalam bani (keluarga) atau kabilah tadi ditarik saiznya menjadi besar. Bila model Islam yang syumul sudah wujud hanya saiznya sahaja yang dibesarkan. Islam yang bermula dari diri, keluarga, dan seterusnya berkembang ke dalam masyarakat majmuk di kelilingnya.

Daulah dalam bahasa Arab secara harfiahnya berasal dari kata terbitan دولة bererti daulat adalah istilah dalam erti kata yang sama bermaksud kuasa ataupun kerajaan. Perkataan bahasa Arabnya: ( دال يدول دولة ) Kerajaan, negara, kuasa perubahan, menurut kamus Arab-Melayu, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. Klang Book Centre.

Maksud Firman Tuhan:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imran:26).

Ketika berlakunya penguatkuasaan hukum-hukum Tuhan diperingkat daulah, keadilan, kedamaian, keamanan, kasih sayang, dan perpaduan yang merata akan menggantikan kezaliman sebelumnya, kerana rata-rata hati manusia telah beriman dan bertaqwa dan hidup diatas syariat Tuhan. Suasana keindahan Islam yang berlaku pada kebangkitan pertama akan berlaku sekali lagi pada kebangkitan Islam kedua.

Kesimpulannya, siapa saja yang hatinya belum rosak pasti merindui dan menunggu saat dan ketika berlakunya suasana demikian. Keadilan paling pokok dan utama ialah apabila roh manusia itu mengenal Penciptanya iaitu Allah SWT. Sehingga kenal itu membawa kepada taat dan ibadah. Kenal itu sehingga rata-rata hati manusia merasai rasa kehambaan dan bertuhan, sehingga terbakar dan musnah segala mazmumah yang menjadi racun perosak kehidupan manusia.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?