XPDC MENYUBURKAN RASA CINTA DAN TAKUTKAN TUHAN.
Dalam sejarah Islam, pengembaraan, permusafiran, atau ekspidisi (xpdc) merupakan suatu tradisi yang biasa dilakukan oleh para ulama dan pencari ilmu. Hampir seluruh ulama Islam pernah mengembara, dari satu kota ke kota lain untuk menuntut ilmu.
Ini juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Baginda selalu membawa para sahabat berekspidisi dari tempat ke tempat, walaupun ianya dilakukan sekitar bandar Madinah. Di dalam xpdc bersama sahabat, disitulah berlakunya pengisian dan perkongsian ilmu serta peluang baginda menyampaikan wahyu.
Segala sifat-sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka cukup terangsang dengan kebesaran dan keagungan Tuhan.
Ajaran Islam sangat luas. Dari tiga asas utama ajaran Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu iman, Islam dan Ihsan atau istilah barunya akidah, syariat dan tasawuf, ilmu Islam telah berkembang dengan begitu luas sekali. Memang begitulah sifat ilmu.
Segala sifat-sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka cukup terangsang dengan kebesaran dan keagungan Tuhan.
Didalam permusafiran akan melahirkan fizikal yang cergas, mental yang cerdas serta menguatkan jiwa. Di setiap tempat yang dituju pasti memberikan kesan dan tinggalan pada akal dan rohani. Melihat alam sahaja boleh menambahkan keimanan dan menyuburkan sifat-sifat hamba kepada Allah swt.
Pernah satu ketika, Nabi Muhammad SAW membawa sahabat ke suatu tempat. Kemudian baginda menunjukkan kepada satu pandangan iaitu sampah yang dikelilingi anjing. Kata baginda SAW, dunia ibarat sampah dan yang memburunya ibarat anjing. Begitulah iktibar dan ibrah yang boleh didapati dalam permusafiran atau xpdc. Ilmu semakin berkembang, jiwa dan fizikal menjadi tahan mengikut suasana dan situasi keliling. Inilah universiti alam atau universiti kehidupan.
Terdapat ayat Quran mengenai mengembara atau XPDC dalam menyuburkan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Antaranya, firman Allah yang bermaksud;
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu ( XPDC ) di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." (Al-Anaam : 11)
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (Ali-Imran : 137).
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj : 46).

Banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar serta pengajaran sekiranya kita mahu melaksanakannya. Selain itu, dalam xpdc juga dapat memanjangkan silaturrahim sesama manusia. Menghubungkan kasih sayang juga adalah anjuran Allah SWT.