MALAYSIA DAULAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. Pegangan aqidah atau tauhid ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam feqah bermazhab Syafie, bahawa ajaran Islam yang diperkenalkan di Malaysia sebenarnya adalah cukup cantik, selamat dan menyelamatkan. Sejarah mencatitkan bahawa ramainya ulama Ahli Sunnah dari Tanah Melayu khususnya Malaysia yang menjadi benteng atau pembela kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah ini. 

Para ulama Ahli Sunnah di Tanah Melayu adalah cukup terkenal dalam dunia Islam, samada dalam hal membela agama atau membela Nabi S.A.W. Sebelum ini kita telah sinaraikan ulama ulama yang berasal dari Tanah Melayu sekarang Malaysia yang sangat berpengaruh di negara negara Arab. Kini Malaysia di kenali dan di hormati sebuah negara Islam yang maju dan meriah amalan Islamnya. Selawat ke atas Rasulullah SAW berkumandang dimana-mana di seluruh pelusuk Malaysia. Melalui program berselawat yang mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Selawat bukan sahaja berkumandang di masjid dan surau tetapi juga meriah berkumandang di kaca TV.

Jadi, sebagai umat Islam yang ingin melihat Islam sekali lagi menjadi empayar, inilah yang perlu dilakukan. Dapatkan perasaan hamba melalui sembahyang, seterusnya melahirkan rasa rindu pada Nabi. Dengan inilah Allah dan Rasul akan menilai dan membantu untuk berlakunya kegemilangan Islam sekali lagi di atas muka bumi ini.

Jika Syiah dan Wahabi sudah menerajui empayar, kini giliran Ahli Sunnah yang dijanjikan pula yang akan menerajui empayar Islam, sekaligus memakmurkan dunia dengan keadilan sepertimana dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kemusnahan. Malaysia adalah daulah Ahli Sunnah wal Jamaah, hinggakan ada tokoh Islam kerabat diraja Saudi di Riyadh menyatakan "kemajuan Barat ada di Malaysia tetapi Islam Malaysia tidak ada di Barat". Kata katanya memotivasikan kita di Malaysia.

Kita diminta untuk belajar dengan sejarah. Sejarah adalah guru kita. Mana-mana yang baik atau positif, kita ulanginya dan kembangkan. Mana-mana yang negatif kita jadikan sempadan dan iktibar. Mari kita belajar dengan sejarah Salahuddin Al-Ayubbi dia disegani oleh kawan dan lawannya. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam Salahuddin Al-Ayyubi. 

Sultan Salahuddin Al Ayyubi berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187. Kita juga belajar dengan sejarah Tariq bin Ziad berjaya mengislamkan Iberian Peninsular ( kini Sepanyol,Portugal dan Selatan Prancis ).

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Tariq bin Ziad telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menawan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.

Tentera Islam yang di ketui oleh Tariq berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan Islam setelah mendengarkan pidato dari Tariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah. Kata-katanya, 

"البحر من ورائكم والعدو أمامكم فأختار بينهما شئتم عش كريما أو مت شهيدا 

Pada 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. 
Kemenangan Tariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Manusia adalah ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW untuk mengubat penyakit umat di waktu hayat Baginda, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan utk mengubati penyakit manusia. Pertama ialah menanamkan iman yang padu iaitu cinta dan takutkan Tuhan. Kedua, Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama.

Kalau kita betul-betul kenal Tuhan, ianya cukup indah. Kalau kita faham kerja Tuhan dan tahu pula peranan Tuhan dlm hidup kita, ia cukup menenangkan dan membahagiakan kita bahkan adalah satu kekuatan.

Sebenarnya usaha taqwa ialah seseorang itu atau kelompok orang itu berjaya dalam mendapat reda, cinta dan kasih sayang Allah serta menegakkan peraturan peraturan dan hukum hakam Allah dalam berbagai aspek kehidupan.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?