UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN CELIK AKAL BUTA ROH.

Dunia pada hari ini melahirkan ramai yang cerdik pandai tapi rendah nilai akhlak. Di sini kita dapat melihat konsep pendidikan Barat atau sekular melahirkan orang yang celik akal buta hati. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta. 

Pada kebangkitan pertama pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu membina insaniah manusia atau menghidupkan roh atau hati mereka. Dalam pendidikan Islam iaitu awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. 

Pendidikan menentukan manusia itu jadi baik atau jadi jahat. Pendidikan adalah nyawa kepada semua aspek kehidupan. Kalau pendidikan baik, maka semua aspek kehidupan akan jadi baik. Sebaliknya, kalau pendidikan jahat, semua aspek pendidikan akan jadi jahat. Pendidikan dalam Islam tidak memisahkan ilmu dengan Tuhan. 

Mari kita lihat ayat Quran yang pertama turun.

Firman Allah:

 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" Al-Alaq: 1

Membaca mesti atas nama Tuhan. Ertinya dari membaca kita dapat ilmu. Bila ilmu dilaksanakan, akan terbina tamadun. Dari membaca, menimba ilmu hingga kepada membina tamadun, semuanya mesti dibuat atas nama Tuhan. Ilmu tidak boleh pisahkan dari Tuhan. Kalau dipisahkan akan jadilah ia ilmu sekular. Kalau ilmu tidak boleh dipisahkan dari Tuhan, betapalah hal-hal yang lain.

Dalam ayat yang lain pula:

 الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ 

"(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" Al-Ma'un:5

Jadi sembahyang atau ibadah juga tidak boleh dipisahkan dari Tuhan. Kalau dipisahkan atau lalai akan jadi ibadah atau sembahyang sekular yakni ibadah yang dibuat dengan riyak dan ujub yang tidak dikaitkan dengan Tuhan.

Kita juga diajar oleh Rasulullah SAW membaca dalam sembahyang :

   قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Al-Ana'am:162

Ia membawa maksud bahawa apa saja yang kita lakukan dalam kehidupan ini, kita lakukan kerana Tuhan. Malahan apa sahaja yang ada pada diri kita, kita untukkan kepada Tuhan. Ertinya seluruh kehidupan seperti ekonomi, politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain kita lakukan untuk Tuhan. Begitulah yang kita telah buat janji dengan Tuhan dalam setiap kali solat.

1. Golongan sekuler sejati.

Golongan yang tidak percaya adanya Tuhan dan adanya kehidupan Hari Akhirat. Agama dianggap candu kepada manusia. Agama itu bikinan manusia. Wujudnya alam ini adalah secara  nature atau alami. Orang atau golongan yang berpegang dengan faham ini adalah orang yang berfaham komunis, atheis atau free thinker. Golongan ini adalah orang yang berfahaman sekuler yang sejati. Golongan orang-orang yang berfaham sekuler yang tersesat.

2. Golongan sekular orang-orang kafir.

Golongan orang-orang kafir yang percaya dengan Tuhan, dengan hari Akhirat dan percaya dengan agama tetapi tidak kenal Tuhan. Keyakinannya dengan hari Akhirat tidak tepat. Agamanya tersesat. Kehidupan dunianya terpisah dari agama. Dalam urusan kehidupan di dunianya, seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Inilah golongan faham sekular yang tersesat.


3. Golongan sekular disebabkan fasik.

Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujudnya Tuhan
Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujudnya Tuhan dan pengenalannya tentang Tuhan tepat. Percaya dengan hari Akhirat secara tepat. Namun Islamnya hanya di sudut ibadah. Persoalan kehidupan seperti ekonomi, politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain tidak boleh dicampur aduk dengan Islam karena kejahilan. Syariat Islam tidak ada tempat di dalam kehidupan kecuali di sudut ibadah saja. Selain ibadah, mereka dapat menerima apa saja pandangan ideologi atau akal fikiran. Itulah golongan sekuler disebabkan fasik.

4. Golongan sekuler disebabkan zalim.

Orang Islam seperti golongan zalim tadi tetapi yakin bahwa Islam itu adalah agama yang syumul. Ia adalah agama seluruh kehidupan. Islam adalah agama ibadah, agama politik, agama pentadbiran, agama ekonomi, agama pendidikan tetapi mungkin karena  takut dengan golongan-golongan tertentu, atau tidak sanggup menerima risiko yang berat, karena kepentingan peribadi atau karena malu dan takut dituduh kolot maka berlakulah syariat Islam ditinggalkan melainkan di sudut ibadah. Di aspek-aspek kehidupan yang  lain, syariat Islam tidak menjadi disiplin dan peraturan. Inilah golongan sekuler disebabkan zalim.

5. Golongan sekular yang tertukar nawaitu niat.

Orang Islam yang mengerjakan ibadah, berjuang, berekonomi, berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubung dan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat tetapi bukan karena Allah Taala. Semua itu dibuat karena riyak, ujub, nama,  glamour, pangkat, harta, baik disadari atau tidak. Oleh karena itu pahalanya tidak sampai di Akhirat. Itulah golongan sekuler disebabkan tertukar  nawaitu atau niatnya. Golongan sekular yang disebabkan adanya unsur-unsur sekuler atau mementingkan dunia.


6. Golongan sekular disebabkan adanya unsur-unsur mementingkan dunia.

Golongan yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabila seseorang Islam itu, segala usaha-usahanya mengikut syariat tetapi oleh karena terlalu membesarkan kehidupan dunia daripada kehidupan Akhirat, dia tidak sanggup mengeluarkan zakat lalu menjadi bakhil. Dia tidak suka membuat kebaikan, tidak suka menolong orang, tidak suka bersedekah, suka mengumpul harta saja dan menjadi tamak. Itulah golongan sekular disebabkan adanya unsur-unsur sekular atau mementingkan dunia.


Begitulah apa yang telah Abuya difinisikan tentang sekulerisme; mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah dari agama, ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Terpisah ini tidak kira di bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi. Dengan kata-kata yang lain, faham sekuler itu ialah faham keduniaan semata-mata. Ia tidak ada sangkut paut dengan Akhirat.

Berdasarkan difinisi sekularesme yang telah Abuya bentangkan moga kita di berikan kekuatan dapat melepaskan diri daripada semua kategori sekular tersebut.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?