Posts

Showing posts from July, 2014

KHUTBAH RAYA FITRAH.

MULIA DAN BERJAYA MENGIKUT PANDANGAN TUHAN. KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ  كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٥٧﴾ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٨﴾ وَالَّذِينَ هُم بِرَبِّهِمْ لَا يُشْرِكُونَ ﴿٥٩﴾وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى

PERPECAHAN ADALAH SATU BALA DARI TUHAN.

Apabila masyarakat berpecah-belah maka akan timbul berbagai-bagai gejala yang negatif, yang menyakitkan dan menyusahkan manusia. Akan berlaku pelbagai krisis, kata-mengata, dan tuduh menuduh. Maka akan berlakulah pergaduhan. Hidup manusia menjadi kucar kacir dan tidak aman. Kehidupan tergugat. Keselamatan tergugat. Ekonomi juga tergugat. Segala-galanya tergugat. Jenayah pula berleluasa. Akan banyak berlaku kecurian, rompak merompak, rogol, pergaduhan dan bunuh-membunuh. Manusia menjadi cemas dan takut. Hidup seperti dalam Neraka. Firman Tuhan:  وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا  Maksudnya:       Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.  Ali-Imran :103 Pengertian Tafarruq. Tafarruq dalam bahasa Arab ( تفرق ) ertinya perpecahan. Orang Melayu yang beragama Islam memiliki kedudukan geografi yang strategik, berada di kawasan Asia Tenggara. Rumpun bangsa Melayu yang tinggal di kawasan tersebut dikenali Se

BERJIWA TAUHID MEMILIKI HATI DAN PERASAAN YANG HIDUP.

Orang Roh iaitu manusia yang berjiwa Tauhid, hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan? Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kasihan pula dengan orang itu. Firman Tuhan: قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan k

BILA TIDAK MENJADI ORANG ROH TERHINA DI-MANA MANA.

Siapakah orang roh? Mereka ialah manusia yang memiliki jiwa tauhid yang tinggi. Orang roh ialah mereka yang berjaya mensucikan hatinya hingga perasaan bertuhan yang diperoleh dari sembahyangnya dibawa ke mana-mana. Kita hendaklah menjadi orang roh. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja kita berada dan pada setiap masa dan ketika, kita perlu rasa bertuhan. Kita perlu berhubung dengan Tuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, mendengar, mengetahui tentang hal lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, kita sentiasa disuruh rasa bertuhan., lebih-lebih lagilah di dalam sembahyang. Malahan di dalam sembahyang, rasa bertuhan ini sepatutnya lebih subur, lebih hidup, lebih tajam kerana di dalam sembahyang itu ada disiplin, rukun-rukun dan syarat-syarat sah batalnya. Kemudian rasa bertuhan yang kita dapati dalam sembahyang dibawa keluar sembahyang. Sebagaimana yang Tuhan ingatkan kita dalam Quran. Firman Tuhan:                ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُ

ORANG ROH MENJADIKAN TUHAN SEGALA-GALANYA.

Dalam kejadian manusia, Allah telah ciptakan satu makhluk yang istimewa dalam dirinya. Allah telah jadikan baginya hati ( Roh ), akal dan nafsu. Ketiga-tiga jasad batin ini mempunyai peranan yang tersendiri di antara satu sama lain. Ketiga-tiga ini adalah nyawa manusia, atau roh manusia. Roh itu dinamakan juga jiwa atau hati. Hati ialah untuk merasa. Maka hati adalah tempat pandangan Allah.  Secara umum amalan hati lebih penting dan ditekankan daripada amalan lahiriyah. Syaikhul Islam Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali: "Bahwasanya hati ada dua makna:  1.    Roh dalam pengertian pertama merupakan jisim lembut yang bersumber dari rongga hati jasmani, dengan perantaraan otot-otot dan urat-urat yang beraneka ragam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian tubuh. Perjalanannya di dalam tubuh, pancaran sinar kehidupan, perasaan, penglihatan dan pendengaran itu sama seperti pancaran sinar dari sebuah lampu yang tersebar ke seluruh sudut rumah, sehingga tidak ada satu bahagian pun dari rumah yan

ANAK SOLEH DAN SOLEHAH ADALAH SAHAM UNTUK AKHIRAT.

Di zaman salafussoleh, anak-anak dididik dan diajar di rumah. Ibu bapa ketika itu alim dan berakhlak mulia. Mudah bagi mereka mendidik dan mengajar anak-anak mereka di rumah hingga menjadi alim dan berakhlak mulia seperti mereka juga. Firman Tuhan:  وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ  Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; ( An-Najmu:39 ). Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati. Zuriat yang di tinggalkan adalah hasil usaha si mati sendiri semasa hidupnya. Jadi bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati?  Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah: Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anak adalah sebahagian daripada hasil usaha kita sendiri. [Hadith sahih-Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An

ORANG MUKMIN DAN UJIAN.

Orang roh hidupnya senang dan tenang. Tidak cerewet dan tidak ada karenah. Bukan bererti tiada masalah tetapi apa situasi dan kondisi tidak mengocakkan hatinya. Sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan golongan, puak, kedudukan, bangsa, asal usul, keturunan dan negara, umat Islam perlu memiliki jiwa sufi atau menjadi orang roh yang diantaranya adalah seperti berikut: 1. UJIAN ITU ADALAH KHABAR GEMBIRA DARI TUHAN. Maksud firman Tuhan: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 155). Manusia itu seistimewa mana pun,tidak dapat lepas daripada ujian yang menyusahkan. Raja diuji, orang yang berkuasa diuji, orang kaya diuji, yang pandai diuji, apatah lagi rakyat jelata dan orang biasa. Ujian mereka bertimpa-timpa,uj