BILA TIDAK MENJADI ORANG ROH TERHINA DI-MANA MANA.

Siapakah orang roh? Mereka ialah manusia yang memiliki jiwa tauhid yang tinggi. Orang roh ialah mereka yang berjaya mensucikan hatinya hingga perasaan bertuhan yang diperoleh dari sembahyangnya dibawa ke mana-mana.

Kita hendaklah menjadi orang roh. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja kita berada dan pada setiap masa dan ketika, kita perlu rasa bertuhan. Kita perlu berhubung dengan Tuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, mendengar, mengetahui tentang hal lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, kita sentiasa disuruh rasa bertuhan., lebih-lebih lagilah di dalam sembahyang. Malahan di dalam sembahyang, rasa bertuhan ini sepatutnya lebih subur, lebih hidup, lebih tajam kerana di dalam sembahyang itu ada disiplin, rukun-rukun dan syarat-syarat sah batalnya. Kemudian rasa bertuhan yang kita dapati dalam sembahyang dibawa keluar sembahyang. Sebagaimana yang Tuhan ingatkan kita dalam Quran.


Firman Tuhan:

               ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ

Maksud-Nya:

“Akan ditimpakan kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan yang menghubungkan diri dengan ALLAH dan menghubungkan diri dengan sesama manusia.”
(Al Imran: 112)

Jika tidak membawa hati atau jiwa bertauhid, maka kehinaan Allah akan menimpa manusia di mana saja dia berada. 

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?