BERJIWA TAUHID MEMILIKI HATI DAN PERASAAN YANG HIDUP.

Orang Roh iaitu manusia yang berjiwa Tauhid, hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan? Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kasihan pula dengan orang itu.

Firman Tuhan:

قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".
( Ali-Imran,3:84 ).

Firman Allah dalam surah Al-Ikhlas:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

اللَّهُ الصَّمَدُ

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


PENGERTIAN TAUHID.

Mengesakan Allah, Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, Dialah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

'AHAD' adalah perkataan Arab yang maknanya dalam bahasa kita ialah ‘Maha Esa' atau “tunggal". Yang boleh juga kita maknakan sebagai “Yang Satu-Satu-Nya".

Sejarah mengajar kita para sahabat sangat memiliki jiwa tauhid yang tinggi. Keimanan yang kuat dan kental, jitu dan padu memberikan ketahanan pada fizikal mereka walaupun teruk disiksa. Bagaimana saidina Bilal ketika diseksa kerana pertahankan imannya, sangat luar biasa. Begitu juga kisah sahabat yang lainnya, menceritakan pada kita bahawa hati mereka sangat hidup dan sentiasa terhubung dengan Allah Taala. Hati atau jiwa tauhid inilah yang perlu ada pada kita umat akhir zaman. Barulah Tuhan akan berikan kemenangan pada umat islam bila hati-hati mereka telah terhubung dengan-Nya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?