Posts

Showing posts from August, 2014

IKHWAN DAN ASOIB BERJUANG DI JALAN ALLAH.

Orang yang bertaqwa ialah mereka yang berjuang untuk Allah dan Rasulullah SAW. Orang yang mendapat kecelakaan ialah mereka yang berjuang untuk dunia. Terpisahlah yang hak dari yang batil oleh perangkap janji. Kerana janji itu dirancang oleh Rasul SAW dengan dua tujuan iaitu menguatkan kebenaran dan menapis kebatilan. Janji untuk umat Islam akhir zaman ini anak kuncinya dipegang dan dijaga rapi oleh Pemuda Bani Tamim. Seperti yang disabdakan Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan rahsia akhir zaman bersama dengan Pemuda Bani Tamim. Sabda Nabi SAW “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”. Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam (jemaah Pemuda Bani Tamim) datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk”.  (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim) Dari hadis-hadis di atas sudah menjelaskan

PENDIDIKAN DAPAT MERUBAH KEHIDUPAN MANUSIA.

Umat Islam perlu menukar sikap mereka dan mencontohi para Sahabat, para Tabiin iaitu di sekitar 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka sangat sensitif dengan kehidupan selepas mati. Sangat sensitif dengan persoalan kehidupan Akhirat mereka.  Mereka sangat bimbang kalau hati mereka longgar dengan Tuhan, sudah tidak ghairah dengan kebaikan dan nikmat Syurga dan sudah tidak bimbang dengan dosa dan seksaan Neraka. Mereka juga berlumba-lumba untuk menimba ilmu yang bermanfaat yang boleh membawa mereka hampir kepada Tuhan. Selepas zaman tabiit-tabiin, kebanyakkan ibu bapa tidak sealim dahulu lagi. Mereka tidak mampu mendidik anak-anak dirumah lagi. Justeru itu tugas mendidik diserahkan kepada orang yang lebih alim. Kebanyakkan pengajian dan pendidikan ini berpusat di masjid masjid dan di rumah guru-guru yang mengajar. Pelajaran yang diajar diasaskan kepada ilmu agama. Guru-guru yang mengajar di masjid, di rumah-rumah dan di madrasah, di samping mengajar ilmu, sedikit sebanyak tur

KASIH SAYANG ANAK KUNCI KEJAYAAN.

Mari kita melihat bagaimana kehidupan baginda bersama para sahabat. Bermaksud cara kehidupan Rasulullah SAW bertindak menyelesaikan dan membenteras penyakit masyarakat. Bila kita tahu bagaimana Rasulullah SAW mengenali dan mengasihi para sahabat dan bermesra dengan mereka bagaikan ayah dengan anak-anak. Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Setiap katanya dikota. Pada peribadinya terhimpun seluruh kandungan Al-Quran, lahir dan batin, hinggakan Ummul Mukminin Siti Aisyah rha mengatakan Rasulullah ialah Al-Quran bergerak.   Rasulullah adalah model cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Baginda merupakan figur yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah SAW, maka para sahabat rela berjuang, susah dan senang bersama baginda. Cita-cita dan harapan Rasulullah menjadi cita-cita dan harapan mereka. Dengan kesatuan itu, mereka sanggup mati mempertahankan Rasulullah SAW.   Setiap tutur kata, gera

SIAPAKAH WIRA ATAU HERO SEJATI?

Dunia di-saat ini kecoh dan sibuk dengan perang. Perang antara negara dan negara, pemerintah dan penentangnya, perang antara kaum atau puak, perperangan dalam politik, perang ideologi fan fahaman, perang dalam media dan hiburan, dan macam-macam lagi. Syria kini berperang dengan rakyatnya sendiri. Rakyat Palestin diganyang oleh Israel di Gaza. Amerika Syarikat sedang berperang dengan Afghanistan dan Iraq dan masih berterusan walaupun beritanya tak sampai ke tempat kita. Sebelum ini, Rusia dengan Afghanistan. Rusia berhenti berperang dan pulang ke negara asal. Kini jajahan Rusia berperang dengannya iaitu Ukraine kerana tidak lagi berpihak padanya malah bersatu dengan musuh politik Rusia iaitu Barat dan kesatuan eropah yang diketuai Amerika. Setelah jatuhnya empayar Islam Usmaniah yang berpusat di Turki, negara-negara umat Islam terbahagi kepada dua blok atau bahagian. Sebahagian bersama dengan Barat yang diterajui oleh British dan Amerika dan sebahagian lagi negara-negara umat Islam deng

ISLAM SEBENAR BERSIFAT GLOBAL.

Apa yang dimaksudkan Islam sebenar atau Islam Realiti dan Islam hakiki. Islam sebenar itu ialah Islam yang indah dan bersifat global. Semua aspek Islam terbawa dalam setiap tindakan. Akidah dan syariat terbawa dan berlaku dalam semua aspek dan tempat, sama ada dalam diri sendiri, rumahtangga, masyarakat, pejabat dan dibidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, hiburan, perhubungan, hal-hal dalam negara dan hal-hal antarabangsa. Begitulah indahnya Islam hakiki atau sebenar. Amalan Islam mesti bersifat global. Firman Tuhan:    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam (agama) Islam secara keseluruhannya. (Al-Baqarah: 208). Maksud firman Tuhan: Apakah kamu hanya percaya kepada sebahagian isi kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak

MASYARAKAT JAHILIAH ZAMAN TEKNOLOGI.

Allah sendiri sudah memberitahu dalam Quran, bahawa masyarakat atau bangsa jahiliah itu sudah kenal adanya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Firman Allah: وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). ( Luqman:25 ). Oleh itu apakah sebenarnya pengertian Jahiliah? Jahiliyah iaitu dapat disimpulkan bahawa pengertiannya, "kalau tiap-tiap seorang itu mempercayai adanya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi tetapi dia tidak menerima peraturan-peraturan dari Tuhan untuk menga

SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI PEMANGKIN ROH BAITUL MAQDIS.

SULTAN SHALAHUDDIN AL-AYYUBI, pembebas Palestin, MOHAMMAD AL-FATEH membenarkan hadis sebagai pembuka Kota Kostantenopel dan THORIQ BIN ZIAD merubah Kota Semenanjung Iberian menjadi Kota Andalusia dan Islam berdaulat selama 700 tahun disana. Nama mereka telah terpahat di hati sanubari Kaum Muslimin yang memiliki roh perjuangan Islam. Semoga roh perjuangan mereka dapat menyuntik roh kita untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama 700 tahun.  Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah kalah lagi. Sejarah perjuangan mereka kita jadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran akhir zaman yang dijanjikan buat kali kedua.  Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati ketika membela Allah dan Rasul SAW, dikira mati dalam kebaikan.  Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam sekali lagi akan diberikan kemenangan s