IKHWAN DAN ASOIB BERJUANG DI JALAN ALLAH.
Orang yang bertaqwa ialah mereka yang berjuang untuk Allah dan Rasulullah SAW. Orang yang mendapat kecelakaan ialah mereka yang berjuang untuk dunia. Terpisahlah yang hak dari yang batil oleh perangkap janji. Kerana janji itu dirancang oleh Rasul SAW dengan dua tujuan iaitu menguatkan kebenaran dan menapis kebatilan.
Janji untuk umat Islam akhir zaman ini anak kuncinya dipegang dan dijaga rapi oleh Pemuda Bani Tamim. Seperti yang disabdakan Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan rahsia akhir zaman bersama dengan Pemuda Bani Tamim.
Dari hadis-hadis di atas sudah menjelaskan bahawa rahsia Al-Mahdi bersama pembantunya iaitu PBT. Persoalannya, selain PBT siapa yang menjaga rahsia ini? Perlu diketahui, sesuatu rahsia itu amat berharga dan bernilai. Lebih-lebih lagi rahsia akhir zaman. Maka Allah yang Maha Kuasa merahsiakannya bersama PBT dan rahsia ini kekal bersamanya.
Ada juga mereka yang dikongsikan rahsia ini namun mereka tidak dipertanggungjawabkan seperti PBT, perjuangkan Al-Mahdi secara umum. Inilah rahsia yang menyelamatkan kebangkitan akhir zaman. Ketika musuh merasakan berjaya merosakkannya namun yang berlaku sebaliknya. Musuh dipermainkan dan rahsia kekal selamat. Mereka yang menyimpan rahsia akhir zaman tidak bercakap-cakap akan hal ini melainkan PBT. Bila tiba masanya rahsia kekal rahsia dan siapa yang membukanya bukan mendapat keselamatan malah akan dikeronyok musuh. Ini kerana rahsia ini dijanjikan kepada PBT sahaja, seperti termaktub dalam Hadis-hadis Nabi SAW tentangnya.
Kini, Ikhwan dan Asoib serta calon-calonnya dipersiapkan dengan pelbagai cara dan kaedah. Perjuangan kebenaran ibarat kepompong rama-rama. Ia takkan selamanya dalam kempompong. Sampai masanya ia akan pecah dan keluar seekor rama-rama yang cantik darinya. Subhanallah! Begitu cantik percaturan Tuhan. Namun untuk kepompong pecah, ianya memang menyakitkan namun ia proses untuk si rama-rama menjadi cantik dan terbang bebas dan jauh.
Sekali lagi rahsia akhir zaman disimpan rapi dan menjadi misteri. Ianya disebut-sebut namun dicari tiada. Nak dikata tiada tanda-tanda dan ciri-cirinya ada. Inilah rahsia dan kasih sayang Tuhan untuk umat Islam akhir zaman.
Maka sibuklah Ikhwan dan Asoib berjuang di Jalan Allah. Menyiapkan generasi yang akan diserahkan kepada Al-Mahdi. Generasi demi generasi yang perlu dididik dan dijaga iman mereka supaya bara api Islam tidak padam bahkan akan menyala dengan marak dengan sentuhan Al-Mahdi suatu hari nanti. Inilah perjuangan Ikhwan dan Asoib sekarang. Menjaga bara PBT agar tidak padam, supaya bara Islam yang dijaga PBT ini akan menyala kembali dengan sentuhan Al-Mahdi.

Sabda Nabi SAW “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.
Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam (jemaah Pemuda Bani Tamim) datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk”. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)