PENDIDIKAN DAPAT MERUBAH KEHIDUPAN MANUSIA.

Umat Islam perlu menukar sikap mereka dan mencontohi para Sahabat, para Tabiin iaitu di sekitar 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka sangat sensitif dengan kehidupan selepas mati. Sangat sensitif dengan persoalan kehidupan Akhirat mereka. Mereka sangat bimbang kalau hati mereka longgar dengan Tuhan, sudah tidak ghairah dengan kebaikan dan nikmat Syurga dan sudah tidak bimbang dengan dosa dan seksaan Neraka. Mereka juga berlumba-lumba untuk menimba ilmu yang bermanfaat yang boleh membawa mereka hampir kepada Tuhan.

Selepas zaman tabiit-tabiin, kebanyakkan ibu bapa tidak sealim dahulu lagi. Mereka tidak mampu mendidik anak-anak dirumah lagi. Justeru itu tugas mendidik diserahkan kepada orang yang lebih alim. Kebanyakkan pengajian dan pendidikan ini berpusat di masjid masjid dan di rumah guru-guru yang mengajar. Pelajaran yang diajar diasaskan kepada ilmu agama.

Guru-guru yang mengajar di masjid, di rumah-rumah dan di madrasah, di samping mengajar ilmu, sedikit sebanyak turut juga memberi tarbiah atau didikan. Namun begitu, didikan di rumah oleh ibu bapa masih di teruskan. Anak anak belajar dan diberi ilmu agama di madrasah tetapi mereka ditarbiah dan dididik di rumah.

Tarbiah atau didikan dan bimbingan dari Abuya Attamimi selama ini kita jadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran akhir zaman yang dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama lebih 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah kalah lagi. 

Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.

Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri atau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata-kata lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat. 

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?