SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI PEMANGKIN ROH BAITUL MAQDIS.
SULTAN SHALAHUDDIN AL-AYYUBI, pembebas Palestin, MOHAMMAD AL-FATEH membenarkan hadis sebagai pembuka Kota Kostantenopel dan THORIQ BIN ZIAD merubah Kota Semenanjung Iberian menjadi Kota Andalusia dan Islam berdaulat selama 700 tahun disana. Nama mereka telah terpahat di hati sanubari Kaum Muslimin yang memiliki roh perjuangan Islam. Semoga roh perjuangan mereka dapat menyuntik roh kita untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama 700 tahun.
Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah kalah lagi. Sejarah perjuangan mereka kita jadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran akhir zaman yang dijanjikan buat kali kedua.
Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati ketika membela Allah dan Rasul SAW, dikira mati dalam kebaikan.
Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh. Tempoh masa zaman kegemilangan Islam tersebut berlaku selama 700 tahun. Prinsip merujuk perjuangan Rasulullah SAW hingga tiga ratus tahun selepas Baginda SAW menjadi pegangan penting bagi kita yang berada di akhir zaman ini. Sekali sekala Tuhan datangkan tokoh-tokoh yang di-gambarkan dalam hadis Rasulullah SAW. Tokoh-tokoh di atas adalah ciri-ciri yang pernah di gambarkan Rasulullah SAW.
Maka merujuk kepada mereka di-atas adalah panduan yang telah diberikan oleh mursyid adalah prinsip paling penting daripada setiap peribadi yang berada dalam sebuah jemaah untuk merealisasikan tujuan tersebut.
Firman Allah:
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaq:2-3).
Maksud Firman Allah:
" Allah pembela bagi orang yang bertaqwa."
(Al-Jasiyah:19).
Itu janji-janti Allah kepada orang-orang yang bertaqwa; dibantu kepimpinannya. Walaupun kiranya pemimpin itu tidak dijanjikan atau tidak ditunjuk oleh Allah melalui Al-Quran dan Hadis, tapi kalau dia bertaqwa, dia boleh berbuat lebih dari pemimpin-pemimpin biasa.
Pemimpin-pemimpin yang ditunjukkan Allah SWT termasuklah Rasulullah SAW, para Rasul, para Nabi, para Mujaddid dan Muhammad Al-Fateh. Pemimpin-pemimpin yang tidak ditunjukkan atau tidak dijanjikan, tetapi bertaqwa, maka Allah tetap memberi bantuan kepadanya lebih daripada pemimpin biasa. Pada mereka ada kerajaan langit, tentera Allah akan menumpaskan musuh.