SIAPAKAH WIRA ATAU HERO SEJATI?
Dunia di-saat ini kecoh dan sibuk dengan perang. Perang antara negara dan negara, pemerintah dan penentangnya, perang antara kaum atau puak, perperangan dalam politik, perang ideologi fan fahaman, perang dalam media dan hiburan, dan macam-macam lagi.
Setelah jatuhnya empayar Islam Usmaniah yang berpusat di Turki, negara-negara umat Islam terbahagi kepada dua blok atau bahagian. Sebahagian bersama dengan Barat yang diterajui oleh British dan Amerika dan sebahagian lagi negara-negara umat Islam dengan blok Timur yang di terajui oleh Rusia. Bila negara-negara umat Islam merdeka masing-masing terus bersandar dengan negara-negara yang pernah menjajah umat Islam.
Syria kini berperang dengan rakyatnya sendiri. Rakyat Palestin diganyang oleh Israel di Gaza. Amerika Syarikat sedang berperang dengan Afghanistan dan Iraq dan masih berterusan walaupun beritanya tak sampai ke tempat kita. Sebelum ini, Rusia dengan Afghanistan. Rusia berhenti berperang dan pulang ke negara asal. Kini jajahan Rusia berperang dengannya iaitu Ukraine kerana tidak lagi berpihak padanya malah bersatu dengan musuh politik Rusia iaitu Barat dan kesatuan eropah yang diketuai Amerika.
Setelah jatuhnya empayar Islam Usmaniah yang berpusat di Turki, negara-negara umat Islam terbahagi kepada dua blok atau bahagian. Sebahagian bersama dengan Barat yang diterajui oleh British dan Amerika dan sebahagian lagi negara-negara umat Islam dengan blok Timur yang di terajui oleh Rusia. Bila negara-negara umat Islam merdeka masing-masing terus bersandar dengan negara-negara yang pernah menjajah umat Islam.
Kini masing-masing sibuk untuk menjadi hero atau wira samada di arena antarabangsa, atau wira dalam negara mereka, dalam fahaman atau ideologi yang dianuti, hero dalam politik dan lain-lain lagi. Ada juga yang menyibuk mahu menjadi hero dan wira. Konon dialah penyelamat dunia. Ini tak dapat dinafikan bila Amerika yang mahu mencampuri apa jua dalam sebarang hal dan masalah di negara-negara orang lain. Seolah-olah memberi khidmat dan bantuan untuk jayakan cita-cita mereka. Kadang-kadang agenda atau isu tertentu dicipta supaya itulah masa menunjukkan hero mereka.
Tetapi apakah itu hero atau wira sebenar? Itukah wira atau penyelamat? Ini kerana ada juga berjuang atas slogan agama dan mahu menjadi wira agama, tapi adakah mereka ini wira agama? Kenapa bila semua mahu menjadi wira atau hero tapi kesudahannya Islam menjadi mangsa dan umat Islam sendiri terhina?
Punca utama umat Islam jadi begini kerana umat Islam kini bukan lagi seperti para sahabat Rasulullah SAW. Malah umat Islam kini malu dalam meniru dan mencontohi para sahabat apatah lagi menyalin dan perjuangkan Rasul dan Sahabatnya. Musuh Islam telah berjaya memisahkan umat Islam dari Nabi mereka. Hati dan perasaan mereka tidak lagi terhubung dengan roh Rasulullah SAW. Malah lebih jahat lagi ada orang Islam sendiri menafikan Nabi mereka. Cara yang telah mereka lakukan dengan memomokkan tokoh-tokoh ulama pewaris para nabi dan tonjolkan tokoh yang mereka cipta dikalangan umat Islam.
Demikianlah halnya dengan dunia ini. Tidak habis-habis dengan perang, terutama perang senjata. Hingga apabila disebut sahaja perang, itulah yang kita faham iaitu perang bersenjata. Kita lupa bahawa banyak lagi perang yang lebih besar, lebih rumit dan lebih mencabar yang tidak melibatkan penggunaan apa-apa senjata. Di dalam Quran, Tuhan ada menyebut tentang tiga bentuk perperangan iaitu:
1. Perang melawan hawa nafsu.
2. Perang melawan Syaitan.
3. Perang melawan orang kafir.
Firman Tuhan:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
(Al-Baqarah:190).
Maksud firman Tuhan:
“Berjihadlah dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka”
(Surah At-Taubah: 20)

Sebenarnya perang itu ialah perlawanan, perjuangan, atau penentangan. Tidak semestinya perang itu perang bersenjata. Apa sahaja yang dilawan, diperjuangkan, ditentang, maka peranglah namanya. Kata jihad boleh juga diertikan dengan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Mencari (rezeki) yang halal itu adalah jihad”.
(Hadith riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar)
Namun kata jihad juga diertikan dengan memerangi hawa nafsu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya:
“Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju
peperangan yang lebih besar”
Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:
“Bukanlah orang yang gagah berani itu kerana dia tangkas menerpa
musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah
orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan”.
(Hadith riwayat Abu Daud)
Bila boleh berperang dengan nafsu dan syaitan dalam diri sendiri dan menang mengalahkan mereka barulah boleh menjadi hero atau wira dalam perjuangan. Jika belum perang dengan nafsu dan syaitan tapi awal-awal dah tewas ini bukan wira namanya. Bagaimana nak mengaku hero atau wira kalau masing-masing tahu hakikat diri. Malah malu nak mengaku hero atau wira. Lagilah merancang dan mengatur agar dirinya menjadi wira dan hero sanjungan manusia.
Berperang dan bermujahadah dengan hawa nafsu ini hakikatnya ialah berperang dengan diri sendiri. Ia sungguh sakit, perit dan menyeksakan. Ia sungguh rumit dan mencabar. Ramai orang boleh jadi hero dan wira dalam perang dan pertempuran senjata tetapi tidak ramai yang sanggup lebih lebih lagi yang berjaya berperang melawan mafsu ammarahnya sendiri. Orang yang boleh menundukkan hawa nafsunya ialah wira yang sejati. Dia selamat di dunia dan selamat di Akhirat.