ISLAM SEBENAR BERSIFAT GLOBAL.

Apa yang dimaksudkan Islam sebenar atau Islam Realiti dan Islam hakiki. Islam sebenar itu ialah Islam yang indah dan bersifat global. Semua aspek Islam terbawa dalam setiap tindakan. Akidah dan syariat terbawa dan berlaku dalam semua aspek dan tempat, sama ada dalam diri sendiri, rumahtangga, masyarakat, pejabat dan dibidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, hiburan, perhubungan, hal-hal dalam negara dan hal-hal antarabangsa. Begitulah indahnya Islam hakiki atau sebenar.

Amalan Islam mesti bersifat global.

Firman Tuhan: 

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam (agama) Islam secara keseluruhannya.
(Al-Baqarah: 208).

Maksud firman Tuhan:

Apakah kamu hanya percaya kepada sebahagian isi kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Al-Baqarah: 85).

Maksud firman Tuhan:

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". (Al-Baqarah: 138).

Maksud firman Tuhan:

"Bukan sifat orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka).
(Al-Ahzab: 36).

Pengertian كافة berasal dari bahasa Arab maknanya secara keseluruhan. Berdasarkan ayat diatas Allah perintahkan kita laksanakan Islam kaffah, iaitu Islam secara menyeluruh, yang Allah SWT telah jelaskan sebagaimana yang telah dijelaskan perintah tersebut didalam Al-Quran  yang dinyatakan di atas.

Melaksanakan dan mengamalkan Islam secara kaffah adalah perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan oleh setiap mukmin, samada lelaki atau perempuan dalam apapun peranannya, di mana pun mereka berada, di zaman apa pun mereka hidup baik dalam skop besar ataupun kecil, baik peribadi atau pun masyarakat, semua masuk dalam perintah Tuhan ini : “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh).

Maksud firman Tuhan:

"..Dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah: 208).

Pada ayat yang sama, kita dilarang mengikuti jejak langkah syaitan kerana sikap mengikuti jejak-jejak syaitan bercanggah dengan Islam yang kaffah. Sementara pada ayat yang lain, Allah SWT juga menyebutkan tentang sikap kaum Yahudi (Ahlul Kitab) iaitu ketika Allah turunkan kepada mereka Kitab-Nya, Allah mengutus kepada mereka Rasul-Nya, mereka tidak mahu beriman, menjalankan, dan mengamalkan syari’at yang Allah SWT turunkan secara kaffah. Ini adalah akhlak buruk Yahudi. 

Ayat yang kedua ini sebagai peringatan
bahawa kita dilarang meniru akhlak dan cara kaum Yahudi dalam beragama. Mereka hanya menerima syariat Allah SWT yang diturunkan pada waktu itu jika syariat tersebut tidak bertentangan dengan hawa nafsu mereka. Namun jika ianya dapat menghalangi kepentingan duniawi, kepentingan hawa nafsu dan syahwat mereka, atau tidak boleh diterima oleh akal logik mereka, maka mereka tidak beriman dan mengamalkan syariat Allah SWT. Barangsiapa yang berbuat seperti itu, maka sungguh balasannya adalah kehinaan di dunia dan azab di akhirat kelak lebih dahsyat lagi.

Islam kaffah maknanya adalah Islam secara menyeluruh, dengan seluruh aspeknya, seluruh sisinya, yang terkait urusan iman, atau terkait dangan dengan akhlak, atau terkait dengan ibadah, atau terkait dangan muamalah, atau terkait dangan urusan peribadi, rumah tangga, masyarakat, negara, dan yang lainnya yang sudah diatur dalam Islam. Ini makna Islam yang kaffah.

Namun, sebelum membahas tentang Islam yang kaffah : apa maknanya dan bagaimana bentuk dari Islam yang kaffah ini? Sebelum kita mengetahui, seperti apa islam yang kaffah tersebut, apakah sudah pernah ada penerapan Islam secara kaffah? Apakah pernah agama Islam ini, sejak awal diturunkan oleh Allah SWT hingga hari ini, pernahkah diterapkan secara kaffah ataukah belum?
Jawapannya adalah pasti : bahwa Islam sudah pernah diterapkan secara kaffah. Islam secara kaffah sudah pernah difahami dan diamalkan oleh generasi terbaik umat ini, iaitu generasi para shahabat Nabi SAW ridwanallahi ‘alahi jami’an baik secara zahir maupun secara batin. Secara zahir jelas terserlah dalam berbagai amalan mereka, baik dalam urusan ibadah, akhlak, maupun muamalah. Secara batin yakni dalam keikhlasan, kebenaran dan kejujuran iman, dan takwa.

Semua itu telah diterapkan para sahabat Rasulullah SAW di bawah bimbingan langsung Nabi SAW secara berkesinambungan dari hari ke hari, dari tahun ke tahun. Ayat demi ayat turun, surah demi surah turun untuk mereka dengan disampaikan dan diajarkan langsung oleh Rasulullah SAW kepada mereka. Ketika turun ayat tentang ibadah, maka Rasulullah SAW langsung mempraktikkan ayat tersebut, yakni memprakikkan bagaimana cara beribadah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.

Begitulah yang dikatakan Islam yang kaffah atau sempurna atau syumul ini. Dengan menyalin sunnah Rasulullah SAW juga akan sempurnalah pengamalan Islam kaffah ini. Bukan dipilih mana yang nafsu suka dan tinggalkan apa yang nafsu tak suka. Memilih ayat quran yang bersesuaian dengan kehendak dan selera kita dan mengabaikan atau meninggalkan perintah atau larangan yang menghalang selera nafsu kita. Ingatlah! Balasan Allah amat pedih sekali. Bukan sahaja di akhirat, malah di dunia lagi peroleh pembalasan.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?