Posts

Showing posts from 2015

RAJA-RAJA MELAYU AKAN BERPERANAN DI KEBANGKITAN ISLAM KEDUA.

Image
Alhamdulillah, beberapa bulan lepas penulis diizinkan Allah taala dan berpeluang ke Klang, dan menjejak kawasan sejarah perjuangan Abuya dan keluarga Syaikh Muhammad As-Suhaimi di sana. Abuya pernah bersekolah di Klang, sekitar tahun 1954 hingga 1958 di Madrasah Hisamuddin yang kini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih atau dikenali juga SAMSHSB . Ianya terletak di Jalan Tepi Sungai, Sungai Bertih, Klang, Selangor darul Ehsan. Sedikit maklumat ringkas mengenai Madrasah Hisamuddin atau SAMSHSB ini; Sejarah Maahad Hisamuddin ini bermula apabila Pengetuanya yang pertama, Syeikh Mahmud Al – Bukhari yang merupakn seorang tokoh agama yang tidak asing di negeri Selangor, datang ke Malaysia pada tahun 1940an atas jemputan Al- Marhum Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Syeikh Mahmud berketurunan Bukhara dan berasal dari Mekah. Beliau pernah tinggal di Teluk Pulai Klang dan kemudian menetap di Kampung Kuantan Klang. Pengajian secara tidak

UJIAN NIKMAT DAN KESENANGAN.

Image
Nikmat dan kesenangan ada bermacam-macam bentuknya dan ia adalah satu keperluan. Namun ia bukanlah matlamat dan tujuan, juga bukanlah keutamaan melainkan ianya adalah kekuatan yang mendokong didalam kehidupan dan perjuangan. Tidak dijanjikan kesenangan pada mereka yang memburu cinta dan rahmat Allah, kerana dalam sejarah tidak pernah Allah berikan kesenangan melainkan sekadar keperluan kepada para Nabi dan Rasul. Sejarah telah menceritakan dan menggambarkan bahawa kehidupan para kekasih Allah dan pejuang-pejuang kebenaran dipenuhi onak dan duri, dikelilingi kesusahan dan kepayahan. Kesusahan inilah yang menguatkan jiwa para kekasih Allah, yang menapis dan membezakan mereka yang ikhlas kerana Allah atau kerana selain-Nya. Ujian berbentuk kesusahan dan kepayahan melahirkan jiwa-jiwa yang kuat dan kental dalam menghadapi ujian. Tidak menjadi kesalahan jika mempunyai kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan, malah menjadi satu kelebihan bila diberikan nikmat yang lebih daripada orang

SUNTIKAN ROH PERJUANGAN DARI KECIL DARIPADA ABUYA.

Image
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur. Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang . Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala, Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar).  Ada beberapa sebab dan hi

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih lagi yang

PERLUNYA KITA PADA PEMIMPIN YANG MEMBAWA KE AKHIRAT.

Image
Hidup di dunia ini tidak kekal. Kehidupan sementara.  Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah bukan realiti dinisbahkan akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 70 atau 80 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.  Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, setiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Kesengsaraan dan penderitaan di dunia ini, yang berlangsung hanya beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan atau beberapa tahun. Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Firman Allah:  ۚ  أَرَضِيتُم بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا مِنَ ٱلْءَاخِ

KEPIMPINAN DUNIA AKAN KEMBALI KEPANGKUAN ISLAM.

Image
Firman Allah: وتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia , ( Ali-Imran,3:140 ). Sabda Nabi SAW: تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ  أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ  تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا  إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ  “Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1437H.

Image
Sempena berada di awal Muharram, bulan pertama dalam tahun baru hijrah, semoga kita dapat mengambil hikmah dan panduan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW.  Macam-macam panduan yang kita boleh dapati dari perjuangan kebenaran yang berlaku dalam bulan hijrah tersebut. Bagi pejuang kebenaran atau mereka yang memperjuangkan Islam, memperjuangkan Allah dan Rasul, memperjuangkan agama suci ini, bulan Muharram ialah bulan menagih kemenangan, menang dalam perjuangan lahir apatah lagi menang dan berjaya dalam perjuangan batin, iaitu perjuangan melawan hawa nafsu. Hijrah pertama dalam Islam ialah apabila Allah taala memerintahkan Rasulullah saw dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, demi menyelamatkan Iman para sahabat dan mengembangkan Islam. Hijrah Rasul dan sahabat bukan bermakna melarikan diri, sebaliknya hijrah yang berlaku ialah berpindah ke tempat yang lain dan membina kehidupan yang lebih baik untuk umat Islam. Bukti hijrah Rasul dan sahabat bukan sebagai melarik

MELIHAT DAN MENYALIN KEBAIKAN DARIPADA ORANG LAIN.

Image
Para Sahabat Rasulullah SAW yang menjadi pemimpin dan pelaksana bagi pihak baginda dikenali sebagai Khulafaur Rasyidin. Mereka Khulafaur Rasyidin ( الخلفاء الراشدون) atau Khalifah Ar-Rasyidin adalah empat orang khalifah (pemimpin) kebangkitan Islam pertama, yang dipercayai oleh umat Islam sebagai penerus kepemimpinan setelah Rasulullah SAW wafat. Mereka ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Faruq, Saidina Usman Al-Affan, dan Saidina Ali Karamallah Wajhah. Empat orang tersebut adalah para sahabat Rasulullah SAW yang tercatat paling dekat dan paling dikenal dalam membela ajaran yang dibawanya di saat masa kerasulan Nabi Muhammad SAW. Keempat khalifah tersebut dipilih bukan berdasarkan keturunannya. Khulafaur Rasyidin telah berjaya meneruskan kepimpinan yang telah di lagang oleh Rasulullah S.A.W. Perlaksanaan kepimpinan Islam yang baik dan berjaya meneruskan kehendak Rasulullah S.A.W. Para Sahabat Rasulullah SAW dikalangan Khulafaur Rasyidin, pertolongan dan bantuan Tuhan a

KHUTBAH AIDILADHA 2015: HIKMAH HAJI DALAM MEMBINA WADAH ISLAMIAH.

Image
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ "Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Daku datang memenuhi panggilan-Mu Daku datang memenuhi panggilan-Mu, Tiada sekutu dan setanding dengan-Mu, aku datang m