Posts

Showing posts from January, 2015

MENJADI BANGSA BARU.

Bangsa Melayu adalah bangsa baru. Bangsa Melayu juga adalah bangsa baru yang belum pernah menjadi empayar atas nama Islam. Ketika Islam tiba di Tanah Melayu satu masa dahulu, musuh-musuh Islam dengan cepat telah terhidu usaha-usaha ulama dan pejuang Islam terdahulu lalu berusahalah musuh-musuh Islam menghalang kebangkitan Islam terjadi di Tanah Melayu. Berpakatlah yahudi dan sekutunya dalam kerja jahat mereka supaya Islam tidak berdaulat di Nusantara. Hasilnya terpisahlah negeri-negeri Nusantara menjadi negara yang asing antara satu sama lain. Yahudi dan barat juga telah mencorak pemikiran dan cara hidup bangsa kecil ini supaya mengikut acuan yang telah mereka sediakan. Namun jadual Allah tak boleh dihalang dengan apa cara sekalipun jika Allah Taala telah berkehendak. 40 tahun lalu Malaysia khususnya telah menerima gelombang dakwah dan ini telah mencorak rakyatnya. Gelombang yang berlaku lebih puluhan tahun itu dalam diam memberikan hasil. Secara umumnya rakyat Malaysia telah meneri

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI ZIKIR YANG DAPAT MEMBAIKI DIRI.

Firman Allah: الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali Imran: 191). Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fi’li (perbuatan) dan zikir qaibi (hati). Zikir yang paling besar atau agung ialah solat. Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, amalan para malaikat serta para nabi dan rasul. Selain itu, di dalamnya kita meminta petunjuk, keampunan, mengadu dan bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesar dan me

PENGAJARAN DARI BANJIR BESAR 2014.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi) Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa. Penghujung tahun 2014 negara kita dikejutkan dengan bencana alam berbentuk banjir yang menjejaskan beberapa buah negeri. Seperti biasa, memang negeri-negeri Pantai Timur akan dilanda banjir namun pada tahun ini keadaanya lebih dahsyat dan buruk. Malah ia dikatakan terburuk dalam sejarah sejak 1971. Allah Taala perlihatkan kuasanya yang Maha Hebat dan Dahsyat itu dan sememangnya ia sangat menggerunkan. Hasilnya seolah-olah dilanda tsunami yang melanggar Aceh pada tahun 2004. Kerosa

IKTIBAR DAN MUHASABAH DARI 2014.

Tahun 2014 merupakan satu tahun yang sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia, khususnya buat pemimpin negaranya Dato Seri Najib Tun Abd. Razak. Negara kita diuji dengan ujian dari dalam dan luar yang datang dalam berbagai bentuknya. Dugaan yang menimpa tak mengenal sesiapa, baik rakyatnya, para pemimpin, ahli perniagaan, tak kenal usia dan diperingkat mana. Semua ini Allah Taala yang tentukan dan telah tertulis di Azali semenjak dunia diciptakan. Sebagai umat Islam, kita mesti menerimanya sebagai salah satu tanda keimanan terhadap Allah Taala, iaitu beriman dengan Qada dan Qadar. Bermulanya ujian di awal tahun antaranya kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang yang mendadak. Begitu juga dengan cabaran dibeberapa buah negeri terutama Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bila Allah uji dengan kemarau yang menyebabkan catuan air lebih sebulan dibeberapa tempat dan kawasan. Kesemua ini cukup memeningkan pentadbiran Negara kita. Hinggalah Allah uji deng

MENANGANI GENERASI MASA DEPAN.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tem

Muhasabah Tahun Baru 2015.

Maksud firman Tuhan: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( Al-Asr,103: 1-3 ). Masa telah berjalan begitu cepat. Masa telah membawa kita sampai ke hari ini januari 2015. Sudah cukup jauh perjalanannya. Sudah banyak kisah yang berakhir tapi masa belum lagi mahu berhenti. Bilakah masa akan berakhir yang akan mengakhiri segala perjalanan makhluk? Hanya Allah sahaja yang tahu, kerana Dialah Pencipta masa dan mengawal perjalanannya. Sedangkan Allah tidak terikat oleh masa. Kita perlu ingat masa di sisi manusia tidak sama. Masa yang beredar menurut ukuran jin tidak juga sama dengan ukuran masa oleh malaikat. Lain alam lain ukuran masanya. Masa yang dipakai di dunia tidak sama dengan jarak masa yang di pakai di dunia tidak sama dengan jarak masa yang di pakai di akhirat. Satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun ukuran dunia. Ambil perhatia