PENGAJARAN DARI BANJIR BESAR 2014.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)
Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa.
Penghujung tahun 2014 negara kita dikejutkan dengan bencana alam berbentuk banjir yang menjejaskan beberapa buah negeri. Seperti biasa, memang negeri-negeri Pantai Timur akan dilanda banjir namun pada tahun ini keadaanya lebih dahsyat dan buruk. Malah ia dikatakan terburuk dalam sejarah sejak 1971. Allah Taala perlihatkan kuasanya yang Maha Hebat dan Dahsyat itu dan sememangnya ia sangat menggerunkan. Hasilnya seolah-olah dilanda tsunami yang melanggar Aceh pada tahun 2004. Kerosakan dan kerugian memakan kos dan belanja lebih ratusan juta ringgit untuk memulihkan keadaan seperti sebelumnya.
Pujian dan penghargaan kita boleh berikan kepada kerajaan dalam menangani isu banjir ini, yang sekarang (semasa artikel ini ditulis) masih terdapat ribuan mangsa banjir di tempat pemindahan. Rakyat Malaysia juga bermurah hati memberikan bantuan dalam bentuk wang, tenaga, harta benda, makanan, dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir ini. Tak kurang juga ramai sukarelawan yang turut membantu dan turun padang ke tempat-tempat dan lokasi banjir bagi memberikan bantuan. Sememangnya ini satu fenomena baru kepada Malaysia dan rakyatnya.
Apa yang berlaku baru-baru ini, yang boleh kita ambil banyak iktibar dan pengajaran ialah ini adalah petunjuk daripada Allah supaya kita berubah. Abuya pernah berkata, politik hanya membawa keburukan kepada negara. Jika masih lagi diteruskan politik cara barat ini hanya kerosakan dan kehancuran yang akan berlaku. Kita dapat lihat dalam perkembangan politik sekarang, sesama parti dalam barisan yang sama bergaduh sesama sendiri. Inilah hasil politik barat. Tak cukup dengan itu, dalam usaha membantu dan menyelamat negara dalam menghadapi masalah banjir, masalah kehilangan mh370, dan lain-lain lagi semuanya hendak dipolitikkan. Ini suasana yang sangat teruk dan tidak langsung membantu negara dan rakyat yang hakikatnya menanggung sama beban yang dipikul.
Kita boleh belajar dari tsunami yang melanda Aceh. Lihatlah sejarah sebelum Aceh dilanggar tsunami. Mereka bergaduhan sesama sendiri. Berperang sesama sendiri. Jumlah yang terkorban hasil perang dan pergaduhan sesama sendiri lebih kurang sama sahaja dengan jumlah mereka yang terkorban dilanggar tsunami. Kerana politiklah Aceh bergaduh sesama sendiri. Aceh yang digelar 'Serambi Mekah' dikenali dengan tempat pengajian agama Islam, namun realitinya di masa itu pergaduhan dan perperangan berlaku sesama mereka. Kita memang yakin ini ada campurtangan musuh Islam dalam memburukkan imej Islam. Namun sebagai orang Islam mengapa kita juga terheret sama dalam isu yang dibangkitkan musuh Islam. Ini kerana di dalam badan-badan atau persatuan Islam juga ada musuh-musuh yang dihantar bertopengkan Islam. Mereka inilah yang memburukkan imej Islam. Namun Allah ada cara membersihkan Aceh dari kejahatan musuh Islam. Cukup Allah Taala menghantar tentera-Nya yang berbentuk air datang melanggar dan menyapu rata Aceh. Dalam beberapa jam sahaja jutaan nyawa melayang. Allah jika bertindak tidak kira siapa yang berada di tempat itu. Orang yang soleh matinya sebagai orang soleh, yang derhaka jika tidak bertaubat kekallah ia dalam keadaannya. Namun kerana kasih sayang Tuhan untuk umat Islam, mati lemas atau mati dihempap dikira mati syahid kecil. Berbahagialah mereka yang terlibat. Mereka telah terselamat hakikatnya.
Kini selepas tsunami, Aceh telah berwajah baru. Tiada lagi perperangan, tiada lagi pergaduhan yang mengorbankan nyawa manusia. Kalau adapun tak sebesar dan seteruk sebelum tsunami, yang membabitkan kuasa negara. Kini dengan wajah baru, Aceh memberi nafas baru kepada rakyatnya, membawa rezeki baru dan semua serba baru. Namun pengorbanan diperlukan untuk menjadikan Aceh berwajah baru.
Begitulah nampaknya banjir baru-baru ini. Kita sangat berharap selepas ini, Kelantan khususnya berwajah baru dan Islam yang ada lebih cantik dan indah dari sebelumnya. Jika nak disamakan Kelantan dan Aceh, banyak persamaan. Keduanya dikatakan Serambi Mekah. Banyak pusat pengajian ilmu Islam atau pondok di sana. Namun masih tak cukup memberikan gambaran cantik kepada Islam. Namun mudah-mudahan selepas ini Kelantan juga berwajah baru. Biarlah banjir yang melanda tenggelamkan fahaman-fahaman negatif, politik kotor, ideologi yang rosak dan merosakkan. Inilah harapan bagi sebuah negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini. Cukuplah pengajaran yang Allah datangkan memberikan kita banyak iktibar dan pengajaran. Rakyat pun sudah cukup bosan dengan suasana politik yang melanda negara kini. Salah menyalahkan, buruk memburukkan, londeh melondehkan, bercakap tidak mengkota apa yang dijanjikan. Cukuplah banjir teruk yang melanda menjadi guru dan teguran buat kita. Jika tidak cukup ini sebagai pengajaran, tidak tahu apa lagi bakal melanda selepas ini. Kita takut kita tidak cukup kuat menghadapinya. Inilah ujian yang melanda kita yang boleh merubah sekiranya kita ingin mengambil iktibar daripadanya. Sebaik-baik manusia ialah yang mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekelilingnya.
Bila Allah cintakan Nabi Ibrahim AS, Allah benarkan dia dibakar. Bila sayangkan Nabi Yunus AS, dibenarkan ikan menelannya. Bila cintakan Nabi Musa AS, disuruh terjun ke laut. Nanti bila berlaku ujian yang dahsyat itu, maka Allah perlihatkan kuasa-kuasa-Nya yang Maha Agung terhadap kekasih-kekasih-Nya itu. Dibela-Nya mereka semua dengan memberi kejayaan yang sangat besar.
Ujian adalah perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt.
Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri, muhasabah dan pertingkatkan rasa cinta dan takutkan Tuhan dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha NYA. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Tuhan dan pasti ada hikmah yang tersendiri.