Muhasabah Tahun Baru 2015.
Maksud firman Tuhan:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( Al-Asr,103: 1-3 ).
Masa telah berjalan begitu cepat. Masa telah membawa kita sampai ke hari ini januari 2015. Sudah cukup jauh perjalanannya. Sudah banyak kisah yang berakhir tapi masa belum lagi mahu berhenti. Bilakah masa akan berakhir yang akan mengakhiri segala perjalanan makhluk? Hanya Allah sahaja yang tahu, kerana Dialah Pencipta masa dan mengawal perjalanannya. Sedangkan Allah tidak terikat oleh masa. Kita perlu ingat masa di sisi manusia tidak sama. Masa yang beredar menurut ukuran jin tidak juga sama dengan ukuran masa oleh malaikat. Lain alam lain ukuran masanya. Masa yang dipakai di dunia tidak sama dengan jarak masa yang di pakai di dunia tidak sama dengan jarak masa yang di pakai di akhirat. Satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun ukuran dunia.
Ambil perhatian dengan masa. Dia adalah suatu kejadian yang cukup besar dan luar biasa. Menjadi pengukur dan penentu kayu ukur perjalanan hidup kita. Allah sendiri bersumpah dengan masa !.
Kita sangat beruntung berada di Era kebangkitan Islam kali kedua. Kebangkitan Islam yang akan mengulangi kebangkitan Islam pertama. Kita berada di zaman sabsidi dari Tuhan. Buat sedikit hasilnya banyak.
Kini tahun baru masihi 2015 telah pun datang untuk kita. Masa ini memberitahu kita bahawa suatu hari nanti, seperti yang sudah ditetapkan oleh Allah, masa untuk kita sudah habis. Hidup ini ada hujungnya. Perjalanan pasti sampai ke distinasi. Masalah yang jadi penentunya.
Kalau begitu dipermulaan awal tahun baru ini kita lihat ke belakang dan ke depan, masa yang sudah kita habiskan dan yang kita akan habiskan, apakah sudah memenuhi maksud serta tujuan hidup dan mati kita nanti. Untuk apa kita minta ditambah lagi umur, kalau ianya merugikan?
Mari kita lakukan muhasabah atau postmortem yang sebenar-benarnya agar kita menemukan kebenaran dan kesabaran yang Allah maksudkan itu. Kita teruskan tanam cita-cita untuk membela Islam. Kita perbaharui azam cita-cita tersebut iaitu untuk membela Allah dan Rasul. Kita buat koreksi secara Islam. Bila dapati ada kejayaannya, teruskan lagi. Tapi jika nasib masih malang, jangan diulang. Yang cacat ditampal, yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan untuk tindakan. Jika semua warga negara berfikiran begini, setiap awal tahun hijriah dan masihiah melakukan muhasabah, yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang di tambah, yang baik diteruskan bahkan lebih dibaiki lagi. Bangsa dan negara akan jadi maju atas nama Islam. Masyarakatnya mempunyai moral yang tinggi, kerana Tuhan disembah, saling berkasih sayang, bekerjasama, berakhlak mulia, dan berbudi tinggi. Orang yang bukan Islam pun jatuh hati kerana layanan yang menarik hati. Maka akan berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani pada bangsa kita. Sejarah adalah masa yang telah berlalu. Sejarah juga boleh menjadi guru dalam hidup kita.
Inilah semangat tahun baru yang telah abuya didik kita. Semangat muhasabah diri dan membaikki diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara.bangsa yang ada masa depan cemerlang yang senentiasa memperbaharui azam mereka. Kita yakin kini adalh giliran Islam untuk menerajui empayar dunia sekali lagi.
Ya Allah, Yang Memberi dan Mencabut kekuasaan dari siapa yang Dia suka, muliakanlah bangsa ini dengan Iman dan Islam. Lepaskan kami dari kehinaan yang menimpa. Wariskanlah kekuasaan kepada orang orang yang bertaqwa yang mereka itu sanggup jadikan hidup mati untuk menyembahMu dan motivasikan manusia untuk mencintaiMu! Amin.