HUBUNGAN EMPAYAR OSMANIAH TURKI DAN KESULTANAN JOHOR.
Pada kali ini, Suara Haramain mengajak anda semua menelusuri sejarah gemilang yang tersimpan dalam khazanah sejarah. Sekalipun sebelum ini ada yang cuba berkongsi mengenainya namun kerana belum tiba masanya ia hilang begitu saja dan dilupakan. Namun kini memang masanya sudah tiba, sudah Allah taala takdirkan untuk dunia umum mengetahuinya. Umum kita mengetahui banyak sejarah telah disorok atau dirubah oleh penjajah atau orientalis barat, lebih-lebih lagi oleh musuh Islam. Kewujudan Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan sejarah Islam namun diubah dan dimanipulasi serta dibesar-besarkan dengan sejarah hindu. Inilah kerja musuh, supaya semangat dan roh perjuangan berkubur. Namun jika tiba masanya tiada apa yang dapat menghalang. Pada 13.02.1886 Sultan Johor telah diiktiraf oleh kerajaan Osmaniyyah Turki , dengan gelaran Sultan. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah . Baginda dikurniakan dengan dua wanita seorang bernama Khadijah Hanum untuk bernikah dengan Su