MUJAHADAH SATU KEPERLUAN.
Melawan hawa nafsu memerlukan sebuah perjuangan yang hebat dan besar. Hawa nafsu yang tak dilawan, tak dididik, tak terpimpin, ia akan menjauhkan manusia daripada Tuhan. Hawa nafsu yang tak terdidik akan menjadi ganas dan buas, malah keganasannya lebih dahsyat dan memusnahkan. Kemusnahan yang disebabkan oleh hawa nafsu bukan sahaja boleh mengorbankan harta dan nyawa, malah menyebabkan manusia terhumban kedalam api neraka, Nauzubillah min zalik! Kerana itulah hawa nafsu ini perlu dididik dan dipimpin. Untuk mendidik nafsu, memerlukan kekuatan maknawi yang luarbiasa. Kerana nafsu itu tidak berjasad, tidak dapat dipegang, tak dapat dilihat, tahu sahaja kita dah dalam lembah kehinaan bila dikuasainya. Ibarat haiwan liar, sebelum dijinakkan, perlu bersabung nyawa dengannya, nasiblah kalau ditendang olehnya atau ditanduk olehnya. Dan sebab itulah untuk melawan hawa nafsu ini perlukan ilmu. Tak boleh semberono. Tak boleh sebarangan dalam menghadapinya, perlukan persiapan dan persediaan. Dan t