BERJUANGLAH MENAMBAH IMAN DAN AMAL.

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمْ وَٱلْمُقِيمِى ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (Al-Hajj,22:35).

Ikhwan adalah golongan yang dirindui oleh Baginda Rasul s.a.w., juga di kenali sebagai orang roh (rijalul ghaib) yang dapat melakukan satu pembaharuan melibatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Mereka telah menggabungkan pendekatan sufi dan teknologi. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang berjiwa sufi membangunkan teknologi dunia yang selamat dan menyelamatkan. Mereka bergelanggang dalam dunia korporat. Mereka juga peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Mereka perkenalkan ajaran sufi yang tidak mengasingkan diri dari masyarakat, kemajuan, dan kemodenan. Mereka boleh jadi pemimpin yang berjaya. Ikhwan dan Asoib boleh jadi ahli ekonomi, pakar teknologi atau apa sahaja tugas dalam masyarakat.


Sabda Nabi SAW:
 خير الناس من ينفع الناس 
Maksudnya: 
sebaik-baik manusia mereka yang dapat memberi manfaat kepada manusia.

Ikhwan adalah pilihan di kalangan mukmin yang sejati. Rasa hati yang terus diperhaluskan membentuk sikap mahmudah yang lahir di tengah-tengah kehidupan kini. Yakni ikhwan itu pada lahirnya saja bersama-sama manusia tetapi hatinya bersama Allah. Badan lahirnya sibuk mentadbir dunia tetapi hatinya sibuk dengan Allah. Melalui mujahadah yang berterusan dan panduan yang tepat, ini membantu membentuk peribadi mukmin pilihan. Merekalah yang di gelar oleh Rasulullah SAW sebagai "IKHWAN-ku di akhir zaman."

Ikhwan dan Asoib gigih berjuang untuk mencari dan menambahkan iman. Setia dengan ikrarnya " إن الصلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين " berkorban apa saja untuk iman. Ikhwan dan Asoib merelakan diri untuk diperalatkan dalam perjuangan merebut iman. Di hari ketika di panggil mengadap Tuhan, di hari itu tiada apa yang melindungi manusia melainkan iman. Maksud firman Tuhan
"Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. (Ash-Shu'ara,88).

Satu kelompok manusia yang terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, kesepian, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian. Ikhwan satu kelompok manusia yang berkawan dengan Tuhan. Hatinya tidak putus dengan Tuhan sekalipun fizikalnya sibuk bersama manusia. Sangat mengenali Tuhanya dan menghiburkan manusia melalui khidmatnya. 

Ikhwan adalah satu kelompok manusia yang ditakuti dan digeruni oleh Yahudi dan Nasrani. Bukan kerana memiliki senjata atau teknologi tetapi kerana memiliki hati yang luar biasa. Yahudi dan Nasrani tidak dapat menangkis mereka yang ada rasa CINTA, TAKUT, CEMAS, dan HARAP pada ALLAH, itulah senjata paling berkesan yang tidak dapat ditangkis oleh Yahudi. Pergantungan, percintaan dengan Allah itulah satu-satunya senjata yang tidak boleh dikalahkan oleh Yahudi.

Kelompok manusia inilah yang dikagumi oleh malaikat. Iaitu mereka digelar kelompok ikhwan. Ikhwan dan Asoib mereka yang telah berjaya menyatukan aqal (fikiran bersih) dan wahyu. Ikhwan dan Asoib pilihan di kalangan mukmin yang dapat mengekalkan status diri mereka sebagai hamba Allah. Satu kelompok yang tidak mengalah dengan nafsu dan syaitan. Kesungguhannya bermujahadah dapat kekalkan rasa kehambaan dalam diri mereka. Bila fikiran telah bersih kerana terpandu dengan wahyu (Al-Quran), akan terbentuk satu kelompok atau masyarakat yang menyalin peribadi-peribadi sahabat.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?