HARAPAN BUAT NEGARA MALAYSIA!
Firman Tuhan:
تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍۭ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
"Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."
(Ibrahim,14:25).
Malaysia adalah tuan rumah persidangan menteri-menteri luar Asian yang ke 27. Program ini telah dirasmikan oleh DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia. Negara-negara Asian akan menerima tempias kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia ini. Justeru itu peranan Malaysia bukan sekadar sebagai tuan rumah persidangan, tetapi memainkan peranan iaitu memberi gambaran Islam yang indah. Bukan keganasan tetapi Islam yang selamat dan menyelamatkan.
Malaysia kena berperanan memberikan gambaran model Islam yang pernah berlaku pada kebangkitan pertama. Kepimpinan yang dimulakan oleh Rasulullah SAWdi Madinah. Tamadun ini ditunjangi ilmu dan iman merupakan gabungan pembangunan material dan rohani. Sebagai umat Islam kita kita perlu mengetahui sejarah kita sendiri yang ada hubungkait dengan kebangkitan Islam kali kedua. Agar umat Islam dapat bersikap tepat dengan tuntutan Tuhan di setiap zaman yang di lalui itu.
Setelah Malaysia berjaya menonjolkan "Islam Wasatiah" dan diterima baik oleh masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi mendapat pujian dan sokongan oleh negara-negara dalam OIC.
Peranan Malaysia sebagai tuan rumah persidangan tersebut di jangka meninggalkan kesan yang positif kepada umat Islam dan bukan Islam yang mudah terkesan dengan propaganda Barat terhadap Islam. Negara-negara Asian yang dianggotai 27 buah negara sedang menyaksikan kebangkitan semula nilai-nilai positif yang diperkenalkan oleh Malaysia. Agama Islam sebagai agama fitrah kepada umat manusia, yang mana manusia walau apapun ideologi, warna kulit, keturunan dan agamanya, secara fitrahnya memerlukan kasih sayang.
Ketika Malaysia menjadi Pengerusi persidangan Asian ke 27, boleh diambil peluang dapat mempamerkan model Islam yang indah dan syumul. Model Islam yang selamat dan menyelamatkan. Perjuangan kebenaran ibarat air. Model Islam ibarat air telah pun bertapak di Malaysia. Ianya telah Abuya perkenalkan semenjak tahun tujuh puluhan lagi. Model tersebut terus di terima baik. Mengalir dan terus mengalir. Kalau ditahan, dia akan menyusup ke bawah. Kalau disekat di bawah, dia akan mengalir ke sisi. Kalau disekat di sisi, dia akan bertakung. Sampai masa, dia akan melimpah dan mengalir juga ke atas. Seperti air, ia tenang dan tidak mendesak. Tetapi ia tetap mengalir. Ia mengikut dan menyesuaikan diri dengan bentuk bumi. Kehadirannya natural dan semula jadi. Perjuangannya dirasakan seolah-olah ia sebahagian dari kehidupan.
Seperti air juga, perjuangannya sangat diperlukan. Sangat memberi manfaat kepada manusia. Sangat menyejuk dan menyegarkan. Sangat menenang dan mententeramkan hati-hati manusia. Sangat menyejuk dan menyegarkan. Tidak seperti perjuangan lain yang ibarat api yang mengganas dan membakar. Yang marak dan mencemaskan manusia. Yang memusnahkan segala-galanya. Yang menyebabkan huru hara. Akhirnya yang tinggal hanya abu, arang dan bara. Manusia terseksa, menderita, sengsara.
Ketika negara dilanda kemelut politik yang tak pernah berlaku semenjak merdeka, kebangkitan Islam terus meningkat, berkembang dan membesar. Begitulah aturan Tuhan, ketika manusia sibuk dengan hal periuk nasi masing-masing di saat inilah Islam semakin berkembang dan tiada siapa menghalang. Para penghalangnya sibuk dengan kemelut politik masing-masing. Ketika rakyat Malaysia sendiri bergelut dengan suasana politik jijik yang ada, negara-negara luar melihat satu fenomena Islam sedang terjadi di Malaysia, seolah-olah tak terkesan dengan kemelut yang melanda. Ketika orang dunia sibuk dengan hal mereka, orang akhirat teruslah bekerja perjuangkan Islam di Malaysia. Tak hairanlah akan tiba masanya, Islam akan kembali gemilang! Bermula dengan proses yang sedang berlaku kini.