Posts

Showing posts from October, 2012

KEBANGKITAN EMPAYAR AHLI SUNNAH OLEH ABUYA

Syiah dan Wahabi dah mempunyai empayar mereka. Syiah dan negaranya di Iran sebagai pusat, kemudian Syria, Iraq dan Lubnan. Negara-negara Teluk adalah dibawah pengaruh mereka. Wahabi berkuasa di Saudi dan rata-rata negara Islam di dunia berpegang kepada ajaran Wahabi. Kedua-duanya sudah menjadi empayar hampir seratus tahun. Kini sudah tiba masanya, era kejatuhan empayar mereka. Kerajaan Saudi di era kegemilangan mereka, mampu mencatur ummat Islam mengikut selera mereka kerana Haramain di bawah mereka. Mereka sesuka hati boleh merubah tarikh-tarikh penting Islam seperti mengawalkan atau melewatkan puasa, juga mengelakkan berlakunya Haji Akbar. Tapi kini mereka sudah cukup lemah. Mereka tak boleh mengelaknya lagi. Sudah tiba era kejatuhan mereka. Syiah pula sedang berada dikemuncak kegemilangannya. Sekarang Yahudi sedang beri laluan kepada mereka untuk menghina sehina-hinanya Islam dan ummatnya. Mereka menggunakan seluas-luasnya laluan yang diberikan oleh Yahudi. Dan

HAJI AKBAR HADIAH MILAD ABUYA

Haji Akbar Hadiah Milad Abuya.  " Haji Akbar sangat berkait rapat dengan milad Abuya . Ianya sangat ada hubung kait antara satu sama lain, ia bukan satu kebetulan. Dikurun ini, ini Haji Akbar suku yang terakhir. Sudah tentu ini perkara besar. Apa rahsianya? Semua tareqat berdatangan ke Mekah bagi melihat peristiwa besar ini.  Pada milad Abuya kali ni kita melihat kemenangan. Sebelum ini belum pernah kita lihat Wazir campur tangan dalam hal jemaah Abuya. Tapi kali ini dia sendiri campur tangan dalam hal yang berlaku dalam jemaah ini . Dia datang ke sini dijemput, bukan saja-saja. Bahkan dia menginap di istana raja disini. Ini adalah peristiwa besar yang berlaku pada Haji Akbar ini. Wahabi dah tak mampu nak menutupnya. Mereka dah cukup lemah. Inilah peranan team Abuya dan Wazir-Wazir Imam Mahadi.  Perang Teluk, Islam kembali gemilang - begitulah kata-kata Abuya bahkan dibukukan. Peranan Abuya dan Wazir-Wazir Imam Mahadi ialah mengisi kekosongan yang dilalui umat Islam khususny

PERGILIRAN KUASA DUNIA

D alam hendak merubah peta dunia, barat ambil masa 100 tahun. Tapi kalau bangsa Melayu kata Abuya, kena ambil masa 1000 tahun. Tapi kalau Imam Mahadi dan Abuya yang buat, tak perlu mengambil masa selama itu.  Abuya memulakannya di Asia Tenggara. Abuya memulakan dengan keluarganya sendiri . Diaturkan perkahwinan antara Malaysia-Indonesia-Thailand . Maka berlakulah ikatan atas perkahwinan. Bukan itu sahaja, ahli-ahli jemaah juga dikeluargakan dan diikatkan antara negara-negara di Asia Tenggara ini.  Abuya juga melahirkan hiburan-hiburan untuk semua bangsa. Maka lahirlah generasi nasyid dari era Arqam hingga sekarang . Meriahlah Islam oleh Abuya. Sebaliknya berlakulah pertembungan antara Abuya dan kuasa besar Asia Tenggara, yang diketuai negara Malaysia . Dengan berjayanya Abuya menyatukan Asia Tenggara atas nama Islam yang diperjuangkannya. Maka bergabunglah Asia Tenggara untuk menjatuhkan Abuya.  Belum pernah berlaku lagi di Asia Tenggara, berlakunya penyatuan atas nama Islam. Pernah Su

ABUYA MENGASASKAN SUKAN BERKUDA

B ila ada orang lain buat suatu kemajuan seseorang itu rasa tak senang atau benci maknanya dalam diri orang itu ada penyakit hati (mazmumah) hasad dengki. Maka orang itupun berusahalah untuk menjatuhkan orang yang didengkinya itu. Lebih parah lagi diajaknya orang lain membenci juga supaya dia tak seorang, supaya rasa kuat dan orang lain menganggap dia yang benar. Maka dibuatlah tipudaya untuk mempengaruhi orang lain hingga orang nampak munasabah mengapa orang yang buat kemajuan itu perlu dibenci atau dipersalahkan. Saya ambil contoh kes, bila Bonda Ummu Jah mengusahakan wujudnya sukan berkuda dalam GISB, maka ramailah orang yang menentang, samada dalam diam ataupun yang bersuara lantang di depan atau di belakang. Di antara yang lantang menentang wujudnya sukan berkuda ini adalah mereka yang kini bergabung dalam GBA. Ditiuplah fitnah bahwa sukan berkuda itu bukan kehendak Abuya, kononnya itu hanya idea Bonda Ummu Jah yang terpaksa direstui oleh Abuya. Ditambah pula

IKHWAN ITU TERPIMPIN

Perkataan Ikhwan adalah dari bahasa Arab: أخ - اخوان yang bermakna saudara. Makna 'saudara' itu luas,  bukan hanya kerana ikatan adik-beradik atau anak-anak dari satu ibubapa. Ikhwan juga boleh bermakna saudara kerana ikatan agama. Dalam Al-Quran disebutkan: " Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara" (Al-Hujuraat: 10). Namun ada satu istilah Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman yang menjadi pendokong utama Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Mereka bukan sekadar orang-orang beriman (mukmin) biasa, tetapi pilihan dari kalangan mukmin. Mereka bersaudara kerana keimanannya. Persaudaraan Ikhwan itu ibarat seibu dan sebapa. Cita-cita mereka adalah satu. Cara hidup dan pakaian mereka adalah satu. Kehendak mereka sangat kuat. Kalaulah gunung yang nak dipindahkan, nescaya mereka mampu memindahkan dari tempatnya. Begitulah Ikhwan yang digambarkan dari atsar (ucapan) Sayyidina Ali dan itu

TUGAS PEMIMPIN ITU BERAT

Ramai orang nak jadi pemimpin, sebab status pemimpin itu dianggap istimewa, hebat, mulia, terhormat dan bernilai tinggi pada pandangan manusia. Dengan menjadi pemimpin maka boleh dapat ketaatan, penghormatan, layanan dan pelbagai kemudahan lainnya dari para pengikutnya. Ramai orang melihat dan ingin menjadi pemimpin dari sudut faedah atau kepentingan itu. Tapi jarang manusia yang menjadi pemimpin tahu dan mahu melaksanakan tuntutan, peranan dan tanggungjawab pemimpin itu. Mari kita lihat apakah takrif atau definisi pemimpin dalam Islam. Istilah pemimpin dalam Islam dinamakan Za'iimun dari kata za'ama, yaz'amu, za'iimun yang bermaksud orang yang memikul beban, membeban, atau bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Dari takrif ini jelas bahawa tugas pemimpin itu susah, berat dan beresiko tinggi. Kerana tugas utamanya ialah memikul beban orang lain, yakni beban para pengikutnya. Makin banyak pengikut makin beratlah bebannya. Makin banyak masalah pengikut m

HANYA ABUYA DAN ORANG-ORANGNYA YANG DIPANDU, BOLEH MEMBANGUNKAN ISLAM.

Apa yang dibuat oleh Abuya, oleh kerana dia mursyid, pandangannya jauh kedepan hingga masyarakatnya tidak dapat membaca pemikirannya. Sehingga apa yang dilontarkan sebagai kebaikan kedalam masyarakatnya, ia tidak diterima baik bahkan dianggap pengacau ketika itu. Besarnya dan hebatnya jiwa Abuya bersama orang-orangnya menghadapi karenah kaumnya. Misalnya Abuya kedepankan sunnah berserban, tetapi masyarakat ketika itu tidak menerimanya bahkan menerima tohmahan daripada mereka. Antara tohmahan, "Ustaz Asyaari nak bawa kita ke zaman unta." "Dia nak bawa kita ketinggalan zaman." "Kita melayu ada budaya sendiri." Begitu juga dengan pemakaian furdah. Tetapi bila Abuya sudah di era yang lain, yang mana model-model Islam Abuya sudah merata negeri, barulah mereka nak buat apa yang dimulakan oleh Abuya. Contoh,  penerimaan imej serban dan furdah dikalangan masyarakat sekarang, setelah puluhan tahun Abuya buat, kini mereka baru melakukannya. Conto