PERGILIRAN KUASA DUNIA

Dalam hendak merubah peta dunia, barat ambil masa 100 tahun. Tapi kalau bangsa Melayu kata Abuya, kena ambil masa 1000 tahun. Tapi kalau Imam Mahadi dan Abuya yang buat, tak perlu mengambil masa selama itu. 

Abuya memulakannya di Asia Tenggara. Abuya memulakan dengan keluarganya sendiri. Diaturkan perkahwinan antara Malaysia-Indonesia-Thailand. Maka berlakulah ikatan atas perkahwinan. Bukan itu sahaja, ahli-ahli jemaah juga dikeluargakan dan diikatkan antara negara-negara di Asia Tenggara ini. 

Abuya juga melahirkan hiburan-hiburan untuk semua bangsa. Maka lahirlah generasi nasyid dari era Arqam hingga sekarang. Meriahlah Islam oleh Abuya. Sebaliknya berlakulah pertembungan antara Abuya dan kuasa besar Asia Tenggara, yang diketuai negara Malaysia. Dengan berjayanya Abuya menyatukan Asia Tenggara atas nama Islam yang diperjuangkannya. Maka bergabunglah Asia Tenggara untuk menjatuhkan Abuya. 

Belum pernah berlaku lagi di Asia Tenggara, berlakunya penyatuan atas nama Islam. Pernah Sukarno cuba untuk melakukannya atas nama Melayu Raya, hasil pengaruh kitab Babad Jawa. Namun kerana dia bukan dijanjikan maka ianya tidak berlaku. Di zaman Majapahit, Nusantara juga pernah disatukan tetapi bukanlah atas nama Islam. Berjayalah Abuya dan Imam Mahadi yg melakukannya. Ini menggerunkan Yahudi dan menggetarkan mereka

Dunia mencatat peristiwa kejatuhan empayar barat sekarang. Dulu dunia dikuasai Rusia di timur, Amerika di barat. Kini Rusia sudah jatuh, bukan oleh sesiapa tetapi kerana ianya sendiri tak mampu menanggung kerajaannya lebih-lebih lagi jajahannya. Sekarang barat di bawah Amerika sedang di ambang maut dan berada di dalam sakaratnya. 

Kalaulah bukan kerana kebenaran, kita tak boleh melihat sebesar peristiwa ini. Bahkan kita diseret oleh Abuya dan Imam Mahadi untuk bersama-sama dalam membina sejarah baru bersama Islam ini. Pada era pemerintahan Imam Mahadi nanti, beliau adalah khalifah ummah sekaligus dunia di bawah pentadbirannya. Untuk di Asia Tenggara, beliau menyerahkannya kepada Abuya untuk menjadi wakilnya di sana

Apa yang berlaku sekarang adalah membenarkan jadual yang sedang mereka rancangkan. Kalau bukan kerana pimpinan dua pemimpin ini, bagaimana boleh kita bertapak di Haramain. Kerana dipandu dan dipimpinlah wujudnya jemaah di Haramain. Ini satu bukti Abuya dan Imam Mahdi berjaya melahirkan Bonda Wasilah sebagai wakil mereka. Bagi mereka yang tidak tahu perancangan besar di akhir zaman ini, mereka akan mengatakan ini rekaan semata-mata dan bukan kebenaran. 

Empayar di timur dan barat bersilih ganti. Antara Rom dan Parsi, bergilir menjadi empayar. Selepas itu Islam pula menjadi empayar. Dan di dalam empayar Islam, Tuhan juga pergilirkan antara bangsa sesama bangsa menerajuinya atas nama Islam. Bangsa Arab memulakannya diketuai oleh baginda Rasul, kemudian digilirkan antara Kurdish, Monggol, Cina, India, dan Turki di era Uthmaniah dan selepas itu Islam sudah tidak lagi menjadi empayar. 

Ada juga yang berkuasa dan mengatakan mereka Islam, seperti Wahabi dan Syiah yang masing-masing punya negara atau empayar mereka. Tetapi ahli sunnah selepas kejatuhan empayar Uthmaniah masih belum lagi menjadi empayar hingga sekarang. Sedangkan Wahabi dan Syiah bukanlah Islam sebenar, bahkan memalukan dan merusakkan Islam atas nama Islam. 

Sekarang adalah giliran Ahli Sunnah untuk menjadi empayar, bahkan bangsa Melayu lah yang akan menerajuinya. Maka kekuatan untuk membina empayar juga diberikan untuk melakukannya. Diberikan kekuatan perasaan dan kefahahaman, yang menjadi cita-cita untuk membahu dan memikul kerja-kerja besar ini walaupun lahirnya bangsa Melayu fizikalnya kecil. Hanya Abuya dan Yahudi sahaja yang tahu jadual kebangkitan Islam kali kedua ini.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?