HAJI AKBAR HADIAH MILAD ABUYA

Haji Akbar Hadiah Milad Abuya. 

"Haji Akbar sangat berkait rapat dengan milad Abuya. Ianya sangat ada hubung kait antara satu sama lain, ia bukan satu kebetulan. Dikurun ini, ini Haji Akbar suku yang terakhir. Sudah tentu ini perkara besar. Apa rahsianya? Semua tareqat berdatangan ke Mekah bagi melihat peristiwa besar ini. 

Pada milad Abuya kali ni kita melihat kemenangan. Sebelum ini belum pernah kita lihat Wazir campur tangan dalam hal jemaah Abuya. Tapi kali ini dia sendiri campur tangan dalam hal yang berlaku dalam jemaah ini. Dia datang ke sini dijemput, bukan saja-saja. Bahkan dia menginap di istana raja disini. Ini adalah peristiwa besar yang berlaku pada Haji Akbar ini. Wahabi dah tak mampu nak menutupnya. Mereka dah cukup lemah. Inilah peranan team Abuya dan Wazir-Wazir Imam Mahadi. 

Perang Teluk, Islam kembali gemilang - begitulah kata-kata Abuya bahkan dibukukan. Peranan Abuya dan Wazir-Wazir Imam Mahadi ialah mengisi kekosongan yang dilalui umat Islam khususnya di Timur Tengah. Di Malaysia, pihak MKN sendiri sudah campur tangan dalam hal jemaah, apabila mereka sendiri ingin turut terlibat dalam hal menjaga orang penting dalam jemaah. Bahkan mereka ingin menghantar wakil mereka untuk menjaga kekuatan jemaah. Inilah hasil Haji Akbar

Abuya mempersiapkan jemaahnya dan pada masa yang sama mengembangkan sayap empayarnya. Kini Abuya sedang membuktikannya bila bertapak di Haramain. Mana-mana empayar Islam yang mahu menerajui dunia Islam, semestinya memiliki Haramain. Kini Abuya giat mempersiapkannya. Ini adalah berita besar dari Haji Akbar untuk jemaah khususnya. Bahkan tareqat-tareqat lain pun mendapat isyarat-isyarat yang sama tentang kezahiran Imam Mahadi. Seperti kata Syeikh Nazim, Imam Mahadi telah zahir kepada setengah-setengah orang. Bagi kita, Imam Mahadi zahir secara roh menutup jasad. Istilah yang berbeza tetapi masing-masing mendapat berita dan isyarat yang sama kerana sumbernya juga adalah sama. 

Kita sedang menatap kemenangan yang besar. Abuya sedang berperanan menggoncangkan dunia dan memenangkan Islam. Lihatlah dunia sekarang. Peristiwa-peristiwa yang berlaku membenarkan kerja-kerja yang Abuya dan Imam Mahadi sedang lakukan. Islam takkan kalah lagi! 

Sebelum ini, tidak pernah pihak kerajaan mahu berunding dengan kita. Tapi kali ini mereka sendiri mendokongnya, bahkan mengakui kekuatan jemaah sebenarnya pada kekuatan pimpinan Mursyid kita. Ertinya mereka sendiri mengakui peranan Abuya yang ghaib dan sekaligus membenarkan tawassul dengan Abuya selama ini. Ini adalah kemenangan Haji Akbar dan hadiah buat milad Abuya".

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?