IKHWAN ITU TERPIMPIN
Perkataan Ikhwan adalah dari bahasa Arab: أخ - اخوان yang bermakna saudara. Makna 'saudara' itu luas, bukan hanya kerana ikatan adik-beradik atau anak-anak dari satu ibubapa. Ikhwan juga boleh bermakna saudara kerana ikatan agama. Dalam Al-Quran disebutkan:
" Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara" (Al-Hujuraat: 10).
Namun ada satu istilah Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman yang menjadi pendokong utama Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Mereka bukan sekadar orang-orang beriman (mukmin) biasa, tetapi pilihan dari kalangan mukmin.
Mereka bersaudara kerana keimanannya. Persaudaraan Ikhwan itu ibarat seibu dan sebapa. Cita-cita mereka adalah satu. Cara hidup dan pakaian mereka adalah satu. Kehendak mereka sangat kuat. Kalaulah gunung yang nak dipindahkan, nescaya mereka mampu memindahkan dari tempatnya. Begitulah Ikhwan yang digambarkan dari atsar (ucapan) Sayyidina Ali dan itulah ciri-ciri yang Rasulullah SAW sampaikan.
Mereka itu diikat oleh satu pemimpin, iaitu Putera Bani Tamim. Mereka mempunyai cara berperasaan yang satu, cara berfikir dan bertindak pun selari, samada dengan pemimpin atau sesama pengikut. Apabila mereka diarahkan, terus sahaja faham, kerana fikiran dan perasaan mereka sama. Mereka melihat atau menilai sesuatu perkara itu dengan kayu ukur yang sama sebab itu hasil penglihatan dan penilaian mereka sama. Seringkali arahan itu tanpa perlu bercakap, kerana perasaan, keinginan dan cita-cita mereka dengan pemimpin sentiasa selari. Kalau mereka bertemu atau berkumpul bukan untuk berunding menyamakan pendapat tetapi untuk mengisytihar sahaja tindakan yang memang telah dipersetujui sebelum bertemu. Jauh sekali dari berbalah atau bergaduh kerana berbeda pendapat.
Bagaimana Ikhwan itu boleh jadi selaras fikiran, perasaan dan tindakannya? Ini kerana roh, yakni raja dalam diri mereka itu sama. Bagaimana roh boleh sama sedangkan jasad mereka terpisah satu sama lain? Inilah keajaiban roh. Roh adalah unsur dalam diri manusia yang boleh berhubung satu sama lain walaupun jasad orang itu tidak bertemu.
Untuk lebih mudah faham mari kita lihat teknologi atau sistem telefon selular. Cara kerja sistem telefon selular ialah microchip dalam simkad telefon boleh berhubung dengan satelite dan satelite menghubungkannya dengan microchip di simkad telefon yang lain. Dengan sistem kerja itu, maka kita menghantar dan menerima maklumat dari telefon kita kepada telefon orang lain, samada dalam bentuk tulisan, percakapan dan gambar.
Teknologi roh Ikhwan jauh lebih canggih dari sistem telefon selular itu. Roh seorang Ikhwan dapat berhubung dengan roh ikhwan yang lain tanpa sebarang media lahir. Sedangkan teknologi telefon selular sangat bergantung kepada media lahir seperti microchip, satelite, pemancar, ibusawat, operator dan sebagainya. Kelajuan teknologi telefon selular juga sangat dipengaruhi oleh alam seperti bentuk muka bumi, cuaca dan jarak. Sedangkan kelajuan teknologi roh bebas dari pengaruh alam tersebut. Roh ikhwan dapat menghubungi roh pemimpin dan sesama pengikut sekelip mata sahaja. Roh memiliki sistem atau teknologi yang paling ajaib:
1. Roh mampu berhubung dengan roh-roh lain bahkan boleh berhubung dengan Allah.
2. Roh berhubung tanpa perlu media lahir. Sedangkan kalau jasad berhubung kena bertemu. Akal berhubung memerlukan media seperti telefon, buku, internet dsb.
3. Roh adalah dimensi yang berbeza, tidak dipengaruhi oleh alam, jarak dan masa.
4. Roh mampu berhubung serentak dengan seberapa banyak sasaran yang dia mahu dengan izin Allah.
Bagaimana roh-roh ikhwan boleh jadi secanggih itu? Syarat utamanya ialah pastikan roh itu benar-benar menjadi raja dalam kerajaan dirinya. Ertinya, ikhwan itu telah berjaya menundukkan nafsu dan akalnya sehingga menjadi taat sahaja kepada rohnya. Roh benar-benar berkuasa dalam diri, bebas merdeka, mampu bergerak kemana sahaja tanpa diganggu oleh akal dan nafsunya. Maka roh yang beginilah yang mampu berhubung dengan roh pemimpinnya. Roh ikhwan itu berjaya menghadirkan roh pemimpin 100% ke dalam dirinya. Jadi, hakikatnya roh pemimpin itu yang menjadi penasihat roh Ikhwan. Segala keputusan roh Ikhwan adalah dari roh pemimpinnya.
Jadi kalau semua roh ikhwan itu menghadirkan roh pemimpin, maka jadi samalah perasaan mereka. Sebab itulah bila diberi sahaja arahan, mereka terus faham dan taat untuk bertindak.
Jika masih diarah-arahkan, disuruh-suruh, dipaksa-paksa untuk bertindak, ertinya kita masih belum serius mengusahakan ciri-ciri ikhwan tersebut. Roh belum menjadi raja diri sepenuhnya kerana masih diganggu dan digugat nafsu dan akal. Ertinya, kita masih belum jadi orang roh.
Bila mendapat arahan kita masih fikir-fikir, nak taat atau tidak, nak buat segera atau tunggu dulu. Atau masih mentafsir-tafsir dan mengandai-andai sendiri. Itu menunjukkan roh kita belum selari.
Lebih-lebih lagi bila pemimpin sedang diganggu dan digugat, bila jemaah sedang dipecahbelah, kita tak rasa pun nak bela. Atau kalau dah rasa pun tapi tak tahu macamana nak bela. Atau kalau dah bela pun tapi tak serius. Itu menunjukkan kita masih belum selari dengan pemimpin. Kita masih gagal menghadirkan roh pemimpin ke dalam diri kita.
Mari kita tengok bagaimana sikap Sayidina UWeis Al-Qarni. Dia tak termasuk Sahabat kerana jasadnya tak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW. Tapi, tengoklah bagaimana selari perasaannya dengan Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah kesakitan kerana patah gigi dalam peperangan, Sy. UWeis dapat merasakan kesakitan baginda itu. Lalu, dia ambil batu dan patahkan giginya sendiri, sebab nak mengalami penderitaan yang sama dengan Rasulullah SAW.
Begitulah ajaibnya roh, dapat merasa walau tak bertemu. Roh dapat memahami walau mulut tak bercakap. Sepatutnya bila kita tahu pemimpin kita digugat, jemaah kita diganggu, kita terus boleh merasakan perasaan pemimpin kita. Kita gembeling tenaga untuk membelanya. Kalau untuk membela pemimpin itu kita perlu berperang, kita sambut lah. Bukannya tunggu dan lihat. Lebih-lebih lagi kalau tindakan perang untuk membela pemimpin itu memang sudah diarahkan secara lahir.
Bila hasrat pemimpin lambat disambut, maka musuh sempat menggoncang pasukan kita. Musuh sempat menggunakan nama kita, sempat mengambil barang-barang kita, bahkan sempat mempengaruhi keluarga dan anak-anakbuah kita. Ini kerana kita tidak bersepadu menyambut hasrat pemimpin. Sedangkan ikhwan itu kalau menyambut hasrat pemimpin, semua selari dalam merasa, berfikir dan bertindak. Sebab itu kalau pemimpin arah untuk merubah gunung sekali pun, mereka boleh melakukannya kerana begitu sekali selarinya cita-cita, hasrat, perasaan dan kehendak mereka dengan pemimpinnya.
Apa yang berlaku dalam jemaah sekarang ini, Tok Hashim menggugat untuk menggantikan tempat Abuya sebagai pemimpin nombor satu jemaah. Dia pula menggerakkan jenteranya (GBA), bekerjasama pula dengan musuh untuk memecahbelahkan jemaah ini. Ini bukan ujian peribadi kepada Abuya. Bukan pula ujian khusus untuk Bonda Ummu Jah. Tidak juga ujian eksklusif kepada keluarga Abuya. Ini adalah ujian kepada setiap individu pengikut Abuya. Ini adalah UJIAN ROH. Abuya adalah pemimpin roh yang sedang menguji roh kita. Apakah roh kita sudah selari dengan roh Abuya atau tidak? Apakah kita sudah berjaya menghadirkan roh Abuya dalam diri kita? Apakah fikiran, perasaan dan tindakan kita sudah selaras dengan Abuya?
Sepatutnya dalam ujian ini kita berusaha sungguh-sungguh untuk melepasinya. Kita rasakan apa yang Abuya rasakan, kemudian berfikir dan bertindaklah untuk membela Abuya. Ketika kepimpinan Abuya digugat, jemaah Abuya diganggu, apa agaknya yang Abuya rasa? Boleh tenang-tenang sahaja ke? Boleh tunggu dan lihat sahaja ke? Boleh rasa itu bukan masalah ke?
Mari kita suluh diri masing-masing. Apakah perasaan Abuya sudah kita miliki? Kalau Abuya digugat, apakah kita rasa digugat? Kalau jemaah diganggu, apakah kita pun rasa diganggu? Kalau kita rasa diganggu dan digugat juga, kenapa diam-diam sahaja? Kenapa tak serius membela Abuya dan mempertahankan jemaah ini? Itu bermakna kita belum menjiwai Abuya, belum menghadirkan roh Abuya dalam diri. Segeralah koreksi diri, nafsu apalagi yang masih membelenggu roh kita hingga belum mampu menjejaki roh Abuya. Apakah dosa-dosa yang masih dikekalkan hingga terus menghitamkan roh kita? Apakah hijab yang menutup hingga roh kita tidak dipimpin oleh Abuya?
Sedangkan ikhwan itu rohnya sentiasa terpimpin. Jadi, kalau betul kita nak jadi Ikhwan, segeralah sedar, segeralah bebaskan diri dari nafsu, syaitan dan yahudi. Segeralah Islamkan akal kita, janganlah berfikir secara yahudi lagi. Jangan berdolak-dalik lagi.
Sumbangan: SFRA