TUGAS PEMIMPIN ITU BERAT

Ramai orang nak jadi pemimpin, sebab status pemimpin itu dianggap istimewa, hebat, mulia, terhormat dan bernilai tinggi pada pandangan manusia. Dengan menjadi pemimpin maka boleh dapat ketaatan, penghormatan, layanan dan pelbagai kemudahan lainnya dari para pengikutnya. Ramai orang melihat dan ingin menjadi pemimpin dari sudut faedah atau kepentingan itu. Tapi jarang manusia yang menjadi pemimpin tahu dan mahu melaksanakan tuntutan, peranan dan tanggungjawab pemimpin itu.

Mari kita lihat apakah takrif atau definisi pemimpin dalam Islam. Istilah pemimpin dalam Islam dinamakan Za'iimun dari kata za'ama, yaz'amu, za'iimun yang bermaksud orang yang memikul beban, membeban, atau bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Dari takrif ini jelas bahawa tugas pemimpin itu susah, berat dan beresiko tinggi. Kerana tugas utamanya ialah memikul beban orang lain, yakni beban para pengikutnya. Makin banyak pengikut makin beratlah bebannya. Makin banyak masalah pengikut makin banyaklah masalah yang ditanggungnya.

Jadi kalau melihat takrif ini, sepatutnya kita takut nak jadi pemimpin, takut tak mampu menanggung beban. Sebab kerja memimpin itu akan ditanya oleh Allah dan akan dibalas samada di dunia mahupun di Akhirat nanti.

Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya,

"Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya".

Dari hadis ini kita faham bahawa tanpa diusahakanpun setiap manusia ini adalah pemimpin kerana Allah telah memberi kepada setiap manusia  tanggungjawab mengikut kedudukan masing-masing. Oleh itu setiap orang kena faham  pemimpin itu apa, supaya tak semudah-mudahnya nak jadi pemimpin. Betapalah kalau sampai berebut-rebut nak jadi pemimpin.

Untuk lebih jelasnya, saya nak bagi contoh apa pesanan Abuya kepada saya tentang tugas pemimpin terhadap pengikut atau anakbuahnya:


1. Pengikut Jangan Diguna Kepakarannya Sahaja.

Kepimpinan secara yahudi menilai manusia sebagai komponen ekonomi untuk menghasilkan produk sebagai sumber kekayaan. Sebab itu dalam management yahudi: wang, orang dan mesin (3M: money, man, machine) dijadikan asas kejayaan sesebuah projek. Orang itu pula dinilai berdasarkan sejauh mana tenaga dan kepakarannya dapat digunakan untuk menghasilkan produk dalam projek itu.

Semakin pakar seseorang itu maka semakin mahallah nilainya. Semakin produktif seseorang itu maka semakin besarlah gajinya. Semakin banyak jasa orang itu kepada syarikat, organisasi atau negara maka semakin dihormatilah orang itu. Dapatlah gelaran dato', tan sri, tun, dll. Begitulah kepimpinan secara yahudi menilai dan menggunakan para pengikutnya.


Sistem kepimpinan yahudi ini sangatlah berbeza dengan sistem kepimpinan Islam. Islam itu tinggi tidak ada yang lebih tinggi darinya. Maka, penilaian Islam terhadap manusia juga tinggi. Nilai manusia adalah pada hati atau rohnya, sedangkan akal masih bertaraf rendah. Dalam diri manusia roh lah yang paling tinggi dan berkuasa. Roh adalah raja dalam kerajaan diri. Segala keputusan dalam diri manusia ini sebenarnya adalah keputusan roh. Istimewanya roh ini ialah dapat berhubung dengan Allah. Oleh itu kekuatan seseorang itu adalah kekuatan rohnya. Semakin kuat hubungan roh manusia itu dengan Tuhan maka semakin "power" lah orang itu. Sebab dia mendapat sumber kekuatan dari Allah Yang Maha Kuat.

Sebagai contoh, secara biasa, seseorang menjadi kaya di antara jalannya ialah kerana dia  ahli perniagaan. Jika dia ada ilmu, rajin berlatih, lama-lama dia jadi semakin pakar berniaga, makin banyak hasil niaganya, makin kaya. Sedangkan secara roh, seseorang yang tidak ada ilmu perniagaan dan tidak pernah berniaga, boleh sahaja mendapatkan harta yang banyak.

Sy. Ali bin Abu Talib dikenal sebagai orang yang miskin di kalangan Sahabat, bukan ahli perniagaan. Tetapi terbukti dialah orang yang mempunyai cukup kekayaan untuk diagihkan kepada janda-janda dan anak-anak yatim. Sungguh ajaib, Sy. Ali yang miskin itu dikenali sebagai pembela janda-janda dan anak-anak yatim, bukannya Sy. Abdurrahman bin Auf yang kaya raya atau Sy. Zubair bin Awwam yang memiliki ladang kurma luas.

Darimana dan bagaimana Sy. Ali mendapatkan harta yang cukup untuk diagih-agihkan itu? Dia mendapatkannya bukan dengan kepakaran berniaga, atau kepandaiannya bekerja dan mendapat upah. Rupanya dia berniaga dengan Allah. Misalnya seperti kisah berikut ini.

Dikisahkan oleh Ka'ab bin Akhbar, ketika Sayidatina Siti Fatimah Az Zahra sakit, dia ditanya oleh suaminya (Sayidina Ali),  " Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?"
Sayidatina Fatimah menjawab bahwa dia  ingin buah delima.

Sayidina Ali  pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang. Namun di tengah perjalanan, tiba-tiba dia bertemu seseorang yang sedang sakit, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

"Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?", tanya Sayidina Ali.
"Aku ingin sekali makan buah delima." Jawab orang tua tersebut.

Sayidina Ali membelah buah delima tersebut menjadi dua dan memberikan setengah buah delima kepada orang tua itu. Kini ada di tangannya hanya setengah dari buah delima untuk isterinya. Lalu beliau melanjutkan perjalanan kembali ke rumah. Tiba-tiba ada seorang lagi pengemis yang sangat kelaparan mengharapkan bantuan dari Sayidina Ali. Maka diberikanlah separuh lagi buah delima tersebut kepada pengemis itu.

Sampai di rumah Saidina Ali r.a menceritakan peristiwa itu kepada isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,

"Wahai suamiku, kalaulah aku ditempatmu, aku pun akan berbuat begitu. Janganlah  engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu."

Selanjutnya, di tempat lain Rasulullah SAW didatangi oleh Malaikat Jibril as, yang memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Sayidina Ali.  Jibril as membawa 10 buah delima dari syurga sebagai pengganti buah yang telah diberikan oleh Sayidina Ali kepada pengemis tadi. Nabi SAW memanggil salah seorang sahabatnya  untuk  menghantar buah-buah itu kepada Sayidina Ali.
Sahabat itu membawa delima itu dalam sebuah dulang. Sayidina Ali melihat ada sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,

"Jika buah delima ini memang untukku, pasti jumlahnya sepuluh".

Lalu Sayidina Ali r.a membacakan firman Allah SWT,

"Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda balasannya".  
( Al-An'am : 160 )

Sahabat itu pun tersenyum mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah delima yang disembunyikan ditangannya.

"Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana keyakinanmu terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi."

Begitulah perniagaan Sy. Ali dengan Allah dan Rasul. Di waktu pagi dia korban 1 buah delima, di petangnya dia mendapat 10 buah delima dari syurga. Dalam peristiwa yang lain dikisahkan, di waktu pagi dia korban 1 dirham, di petangnya dia mendapat pulangan 60 dirham. Itulah budaya hidup Sayidina Ali,  sumber kekayaannya dari alam ghaib.

Patutlah dia tidak perlu membuka kedai atau membawa kafilah perniagaan sebagai usaha mendapatkan keperluan yang cukup untuk diagihkan kepada para fakir miskin, janda-janda dan anak-anak yatim. Dia berurusniaga dengan rohnya langsung kepada Allah dan Rasul dan mendapatkannya dari khazanah alam ghaib.

Jelas di sini bahawa kehebatan sebenar manusia itu bukan kepakaran. Rugilah kalau kita menilai dan menggunakan pengikut itu sekadar kepakarannya sahaja. Sedangkan mereka mempunyai potensi dan aset yang jauh lebih hebat iaitu rohnya.

2. Pengikut Dibina Insannya.

Membina insan pengikut iaitu tajamkan rohnya, lemahkan nafsunya, disalurkan akalnya untuk mendokong rohnya dan latih fizikalnya. Lakukan pembinaan itu secara istiqamah hingga mereka menjadi abid dan pejuang iaitu manusia yang hatinya di langit walaupun jasadnya di bumi. Dengan kata lain, manusia yang rohnya sentiasa dengan Allah dan Rasul walaupun jasadnya bersama manusia.
Dalam hal ini tugas pemimpin ialah menghubungkan manusia kepada Allah dan Rasul.

Untuk tujuan itu berbagai program  dibuat, bukan boleh dibiarkan sahaja berlaku sendiri. Kena ada assignment khas diberikan kepada anakbuah. Berikan ujian atau tugasan tertentu sehingga anakbuah mencari Tuhan untuk menyelesaikannya. Berikan tugas yang secara akal dia memang tak akan mampu melepasinya, melainkan dengan keajaiban dari Tuhan. Kita akan lihat bagaimana dia melakukan tugasan itu. Kalau dia merujuk kepada akalnya pasti gagal. Kita pandu dia bagaimana roh merujuk kepada Allah dengan usaha-usaha taqwa: bertaubat, tebus dosa, bersedekah, qiamullail, selawat, baiki sembahyang, berkasih sayang dan yang terpenting dengan bertawassul kepada Abuya.

Satu contoh assignment yang Abuya berikan kepada para pengikutnya ialah poligami. Tugasan ini adalah berat, menyeluruh dan berterusan. Baik suami mahupun para isteri dan anak-anak setiap saat nafsunya dicabar. Jika dipandu dengan baik oleh pemimpin yang berwibawa, maka roh dapat ditajamkan, nafsu dilemahkan, akal dapat dihalakan untuk mendokong roh dan fizikal sentiasa cergas menghadapi cabaran-cabaran yang tak henti-henti.
 
3. Selesaikan Kebajikan Pengikut

Manusia hidup di dunia ini ada dua keperluan yang nak diselesaikan: habluminallah dan habluminannas.

Dalam masa kita pastikan para pengikut itu mempunyai roh yang kuat, rasa hamba yang tinggi, cinta dan takut kepada Allah dan Rasul, kita jangan lupa bahawa mereka juga ada urusan habluminannas yang nak diselesaikan. Mereka ada anak, isteri, ibubapa, kawan-kawan, jiran dan lain-lain sesama manusia yang mereka hidup bersama. Mereka perlu makan-minum, pakaian, tempat tinggal, nikah kahwin, kerehatan dan perawatan apabila mereka ditimpa sakit, dsb. Pemimpin kena pastikan urusan-urusan habluminannas itu berlaku secara Islam.

Hidup mesti seimbang. Janganlah menjadi masyarakat Islam yang jumud. Di dalam madrasah/university belajar ilmu tauhid, feqah, tasawuf bukan main hebat. Segala kitab-kitab muktabar dipelajari bahkan pandai pula mengkritiknya. Namun pengamalannya kosong. Master di bidang tauhid, pakar hadis tapi nak amalkan sunnah kahwin poligami takut. Bila ditanya, kenapa takut poligami? Saya takut tak mampu bagi makan anak-bini ramai. Mana perginya ilmu tauhid, Allah adalah Sumber Rezeki?

Ada pula yang pakar ilmu ekonomi Islam, tapi satu kedai runcit pun tak mampu nak buat. Bahkan nak makan pun kena bekerja dengan yahudi.

Nak selesaikan urusan habluminannas secara Islam ini bukan boleh buat sorang. Ia hanya boleh dibuat secara berjemaah. Sebab itulah membangunkan jemaah Islam itu wajib. Bila ada jemaah, maka kena ada pemimpin yang bertanggungjawab dan pengikut yang taat. Pemimpin kena pastikan sistem hidup Islam para pengikutnya itu lengkap dan baik. Kena ada sistem yang uruskan makan-minum, pakaian, tempat tinggal, nikah kahwin dan sebagainya.

Dalam melaksanakannya pemimpin kena sentiasa ambilberat, supaya berlaku keseimbangan. Jangan sampai mewah atau berlebih sangat hingga cinta dunia. Jangan pula tak cukup hingga mengganggu perkara asas. Dan yang penting dalam urusan kebajikan inipun pastikan mereka terus terhubung rohnya dengan Allah sepertimana yang berlaku kepada Sy. Ali yang telah dicontohkan sebelum ini.

Dari huraian ini terasa betapa beratnya menjadi pemimpin Islam. Lebih-lebih lagi pemimpin dalam jemaah Abuya, jemaah Islam yang menjadi penggerak  kebangkitan dan tapak daulah serta empayar Islam akhir  zaman. Pelik sangatlah kalau ada orang yang berhempas pulas nak dirinya dilantik menjadi pemimpin utama jemaah menggantikan tempat Abuya. Tak sedarkah betapa beratnya tugas itu? 

Mampukah kita mendidik manusia untuk menjadi orang-orang roh? Mampukah kita membina sistem kehidupan Islam yang syumul macam yang Abuya dah buat ini? Siapalah kita nak mendabik dada, nak menyaingi Abuya? Sedangkan nak pertahankan jemaah kecil dalam keluarga  yang Abuya amanahkan pun tak mampu. Kalau anak-cucu Abuya pun jadi berpecah-belah dibuatnya, munasabah ke Tok Hashim nak buat jemaah yang lebih besar? Abuya berhempas pulas membina keluarga besarnya, Tok Hashim senang-senang sahaja memecahbelahkannya. Beginikah pemimpin Islam?

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?