ABUYA MENGASASKAN SUKAN BERKUDA

Bila ada orang lain buat suatu kemajuan seseorang itu rasa tak senang atau benci maknanya dalam diri orang itu ada penyakit hati (mazmumah) hasad dengki. Maka orang itupun berusahalah untuk menjatuhkan orang yang didengkinya itu. Lebih parah lagi diajaknya orang lain membenci juga supaya dia tak seorang, supaya rasa kuat dan orang lain menganggap dia yang benar. Maka dibuatlah tipudaya untuk mempengaruhi orang lain hingga orang nampak munasabah mengapa orang yang buat kemajuan itu perlu dibenci atau dipersalahkan.

Saya ambil contoh kes, bila Bonda Ummu Jah mengusahakan wujudnya sukan berkuda dalam GISB, maka ramailah orang yang menentang, samada dalam diam ataupun yang bersuara lantang di depan atau di belakang. Di antara yang lantang menentang wujudnya sukan berkuda ini adalah mereka yang kini bergabung dalam GBA. Ditiuplah fitnah bahwa sukan berkuda itu bukan kehendak Abuya, kononnya itu hanya idea Bonda Ummu Jah yang terpaksa direstui oleh Abuya. Ditambah pula fitnah kononnya Bonda Ummu Jah bermewah-mewah menggunakan duit untuk memuaskan hobi anak-anaknya sahaja.  

Maka ramailah orang terkeliru. Ada yang menyokong sukan berkuda itu, ramai juga yang menentang. Masing-masing dengan hujah dan andaian sendiri. Yang menyokong, mungkin kerana memang suka sukan berkuda. Yang menentang, mungkin kerana termakan fitnah-fitnah tersebut. Tapi jarang sekali yang tahu hakikat sebenar kenapa sukan berkuda itu diwujudkan dalam GISB ini. 
Apakah memang cetusan dari Abuya atau bukan? 

Kalau bukan cetusan Abuya, cetusan siapa dan mengapa dia cetuskan? Kalau sukan berkuda itu cetusan Abuya, mengapa Abuya cetuskan? 
Apakah dasar, tujuan dan matlamatnya?

Pada penilaian saya, sekarang ini ahli jemaah terpecah kepada beberapa golongan dalam hal sukan berkuda ini.

1. Golongan yang faham dasar, tujuan dan matlamat sukan berkuda itu. Mereka memperjuangkannya sebagai satu perjuangan Islam. Berjuang dengan roh, dengan sepenuh penghayatan dan kesungguhan. Ini bukan soal hobi sendiri tapi memperjuangkan sesuatu yang disukai Allah dan Rasul. Dalam pelaksanaanya betul-betul ikut kehendak Allah dan Rasul.

2. Golongan yang sebenarnya tidak faham dasar, tujuan dan matlamat, tapi dia suka sukan berkuda. Maka mereka perjuangkan juga  sebagai hobi sahaja. Sebab itu dalam perjuangannya  banyak perkara-perkara yang tidak menepati kehendak Abuya.

3. Golongan yang faham dasar, tujuan dan matlamat sukan berkuda dalam Islam tapi dia benci, sebab dia tahu sukan ini akan memberi impak yang besar kepada kejayaan perjuangan Islam. Mereka inilah yahudi dan tali barutnya, musuh-musuh Islam yang sengaja dimasukkan ke dalam jemaah untuk merosak dari dalam. Para munafik ini sangat berusaha untuk menggagalkan sukan berkuda secara Islam ini. Mereka cetuskan berbagai fitnah dan isu-isu yang mengelirukan supaya orang lain ikut membenci perjuangan sunnah sukan berkuda ini.

4. Golongan yang tidak faham lalu termakan fitnah-fitnah itu. Maka mereka pun ikut menentang dengan hujah-hujah ciptaan musuh itu.

5. Golongan yang tidak faham tapi ikut mengusahakan sukan berkuda ini kerana sudah ditugaskan. Maka dia lakukan tugas itu dengan terpaksa, tanpa komitmen roh, tanpa penghayatan dan kesungguhan.  Saya bimbang kalau berterusan maka orang ini akan biarkan projek sukan berkuda itu macam 'gajah putih', projek mahal tapi terbiar, hidup segan mati tak mau. 

Sebab itulah sebelum perkara buruk itu terjadi kita kena lakukan sesuatu agar semua ahli mendokong projek  sukan berkuda itu dengan penuh kefahaman dan penghayatan. Untuk itu, saya sebagai anak lelaki sulung Abuya, yang telah didedahkan dengan perjuangan Abuya dari kecil lagi merasa terpanggil untuk mendedahkan fakta sebenar tentang sukan berkuda dalam jemaah Abuya ini. Lebih-lebih lagi, Abuya pernah mengajak saya dalam kancah sukan berkuda ini sejak di zaman Arqam. Moga-moga saya dipandu oleh Abuya untuk menerangkan dan menyelesaikan kekusutan ini.

Pertama kali saya terlibat dalam sukan berkuda ini pada tahun 1984, ketika itu saya berumur 23 tahun. Saya dilantik sebagai Mudir Syukbah Syabab dan Riadah (Kementrian Belia dan Sukan) dalam Jemaah Darul Arqam. Cabaran yang Abuya berikan kepada saya sebagai menteri sukan ialah mengembalikan sukan sunnah Nabi dalam amalan kehidupan harian. Sukan yang sudah dirampas oleh yahudi nak dikembalikan semula kepada Rasulullah SAW dengan menjadikannya budaya dalam kehidupan umat Islam. 

Semua orang maklum bahwa Abuyalah tokoh terkemuka yang memperjuangkan sunah Nabi dari perkara-perkara kecil seperti memakai celak hinggalah  perkara-perkara besar seperti membangunkan jemaah Islam, daulah Islam dan empayar Islam. Abuya lah pejuang sunnah Nabi dari perkara-perkara mudah seperti makan dengan tangan kanan, hinggalah perkara-perkara susah seperti menegakkan poligami yang adil dan bahagia.

Jadi bukanlah perkara pelik bila Abuya mengarahkan saya untuk memperjuangkan sunnah sukan berkuda, berenang dan memanah. Kalaulah mengamalkan poligami yang susah itupun Abuya boleh buat, inikan pula sukan  yang disukai ramai.  Ketiga-tiga sukan itu pula jelas disebut oleh Rasulullah SAW, tidak ada khilafiah dalam hal ini. Maka saya segera menyambut arahan Abuya itu dan menjadikannya sebagai sukan utama. Ada juga sukan-sukan lain yang dikiaskan dengan ketiga-tiga sukan itu juga diamalkan, seperti berlari, melontar, berkayak, berjalan merentas desa, dsb. Bahkan pesta sukan diadakan secara istiqamah, melibatkan semua ahli khususnya pelajar. Biasanya pesta sukan dibuat di Kg. Batu Hampar atau Kg. Sempadan kerana mempunyai kemudahan yang cukup untuk bersukan. 

Pusat sukan kuda Arqam waktu itu dibuat di Sg. Rumput (sekarang menjadi Bandar Kota Damansara).  Semua ahli Arqam  faham hasrat Abuya itu dan menyokongnya. Tak timbul pro dan kontra. Seluruh jentera dalam Syukbah Syabab dan Riadah bertungkus lumus menjayakan projek Abuya itu. Maka dalam masa singkat, syukbah ini berjaya mengumpulkan wang untuk membeli kuda sendiri. Abuya melantik ahli jemaah yang  pakar kuda sebagai jurulatih, iaitu Pak Ali.


Kewujudan sukan berkuda dalam jemaah Arqam itu sebenarnya sangat memeranjatkan banyak pihak. Hingga ceritanya dimuat dalam akhbar utama negara. Keberanian Arqam, satu jemaah yang tidak disokong oleh kerajaan, adalah pencapaian luar biasa, kerana sukan ini dikenali sebagai sukan mahal, glamour, wujud di kalangan kaya dan berasal dari Barat. Seolah-olah sukan berkuda ini milik yahudi kerana realitinya sukan ini di peringkat dunia memang sangat dikuasai oleh yahudi. Hingga umat Islam sendiri tidak kenal bahwa sukan ini sebenarnya adalah sunnah Nabi, tradisi para salafussoleh dan pernah popular di kalangan umat Islam di zaman empayar Islam gemilang dahulu.

Apakah langkah-langkah yang Abuya lakukan untuk mewujudkan unit sukan berkuda itu?

1. Untuk memastikan saya benar-benar faham dan menghayati arahan Abuya itu, maka Abuya arahkan saya membuat kertas kerja tentang sukan berkuda. Saya kena cari hujjah-hujjah Quran, Hadis dan fakta-fakta sejarah tentang kuda dan sukan kuda. Selepas itu saya kena bentangkan kertas kerja itu kepada Abuya, ada soaljawab, layaknya seorang siswa yang membentangkan kertas kerja kepada pensyarahnya. Abuya tanya soalan-soalan sekira-kira saya benar-benar faham dasar, tujuan dan matlamat penubuhan sukan berkuda Islam itu. Abuya nak pastikan bahawa saya benar-benar melakukannya sebagai perjuangan Islam, bukan sekadar ikut arahan lebih-lebih lagi bukan sekadar hobi.

2. Setelah Abuya berpuas hati dengan kertas  kerja itu barulah saya dibenarkan untuk memulakan projek sukan berkuda itu. (Kertas kerja itu menjadi sebahagian dari buku Riadah Menurut Islam)

3. Bagaimana memulakannya? Abuya tak bagi saya duit  untuk membeli kuda, membuat stable dan sebagainya, tapi Abuya bagi saya team, yakni kawan-kawan sesama ahli jemaah dalam Syukbah Syabab dan Riadah. Maknanya saya kena menggembeling tenaga bersama mereka, merintihkan bantuan Allah untuk mendapatkan wang. Maka kami buat pengorbanan setiap ahli dan saya kena memulakan dari diri sendiri dahulu.  Terkumpullah sejumlah wang yang cukup untuk membeli dua ekor kuda. Nisbah keadaan kewangan Arqam waktu itu, jumlah itu dikira cukup banyak kerana harga kuda memang agak mahal.

Ajaibnya, tidak ada seorangpun yang protes. Malah sebaliknya, umum ahli Arqam merasa bangga kerana sudah dapat menyambut hasrat Abuya dalam menegakkan sunnah Nabi sekaligus memerangi yahudi.

Sukan berkuda adalah milik Islam, tapi telah dicuri dan diakui oleh yahudi sebagai milik mereka. Inilah diantara perangai jahat yahudi, apa yang baik, yang berfaedah dari Islam diambilnya.  Kemudian dikembangkan, diubahsuai hingga seolah-olah lahir dari mereka kemudian mereka isytiharkan sebagai hak milik atau hak patent mereka. 

Inilah beberapa langkah yahudi dalam mencuri sukan berkuda yang sebenarnya dari Islam:

1. Yahudi mencipta persatuan-persatuan sukan kuda peringkat dunia dan mencipta undang-undang khas tentang sukan kuda. Undang-undang itu kesemuanya menguntungkan yahudi dan meletakkan yahudi seolah-olah sebagai pencetus dan pemilik sukan itu. 

2. Yahudi membuat peraturan tentang jenis kuda yang boleh dan tidak boleh dipertandingkan. Kuda arab asli tidak dibenarkan mengikuti pertandingan pacuan bersama kuda jenis lain. Mengapa demikian?

a.  kuda arab adalah kuda terbaik, lebih-lebih lagi yang baka kuda itu bersalasilah hingga kepada kuda Rasulullah.


b. yahudi hendak menghapuskan sama sekali kesan kehebatan sukan berkuda Islam, hinggakan kuda arab pun tidak dibenarkan masuk. Nama 'arab' pun yahudi tak nak dengar.
Untuk tujuan itu, yahudi membuat undang-undang bahwa kuda yang hendak ditandingkan wajib memiliki surat beranak. Dengan surat beranak itu, dapat dikesan salasilah atau keturunan kuda itu dari mana.

3. Pakaian penunggang kuda direka khas dengan gaya barat, dari kaki hingga kepala. Sehingga bila melihat pakaian ini sahaja, kita langsung tidak tahu bahwa sebenarnya sukan kuda itu dari Islam. Imej penunggang kuda nampak sepenuhnya dari barat.

4. Program tambahan dalam sukan kuda ialah judi sehingga sukan kuda itu seolah-olah tak boleh dipisahkan dengan judi atau loteri pacuan kuda. Ini sengaja diwujudkan oleh yahudi, supaya orang tidak nampak Islam-nya sukan kuda itu. 

5. Segala perkara yang berkaitan dengan kuda diletak harga mahal. Ilmu tentang kuda disorok-sorok. Sukan kuda dijadikan sukan elit dikalangan pembesar dan orang kaya sahaja. Ini disengajakan, supaya masyarakat awam jadi tak minat sebab tak mampu menjangkaunya.
Ini semua yahudi lakukan kerana yahudi tahu bahwa sukan berkuda itu boleh mengingatkan, merapatkan hubungan hati umat Islam dengan Rasulullah SAW. Sebenarnya ingatan dan kerinduan umat Islam kepada Rasulullah itu yang nak dimusnahkannya. Sebab itu perkara-perkara yang boleh mengingatkan umat Islam kepada Rasulullah sangat dimusuhi dan dihalang oleh yahudi.

Lebih-lebih lagi, yahudi sangat tahu bahawa kemenangan demi kemenangan Islam kerana kehebatan tentera-tentera berkuda Islam, samada tentera manusia berkuda mahupun tentera malaikat berkuda yang Allah kirim dari alam ghaib. 

Fakta itu dapat kita temui dalam Al-Quran dan Hadis.
"Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah musuh" (Al-Aadiyat: 1-5)

Ketika perang Badar, Rasulullah SAW bersabda:
"Bergembiralah wahai Abu Bakar! Bergembiralah wahai Abu Bakar! Ini Jibril, malaikat yang sedang menunggang kuda putih datang bagi mengetuai 1,000 malaikat lain yang turun membantu kita,"
 
Bantuan seribu malaikat berkuda  yang diketuai oleh Jibril itu disebut dalam Al-Quran:
"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu; Seseungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." (Al-Anfal:9)

Dalam satu riwayat oleh Ibnu Saad menyebutkan:
"Pada hari itu ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang putus sehingga terpelanting jatuh ke tanah tanpa diketahui siapa yang mencantasnya."

Para tentera malaikat berkuda itulah yang melakukannya. Tentera manusia yang sedang berperang itu tidak melihat tentera malaikat tersebut.
Yahudi sangat tahu sejarah ini. Yahudi sungguh geram, dengki, takut dan dendam dengan kekuatan Islam itu. Sebab itulah mereka tutup rapat-rapat rahsia kehebatan Islam itu dengan berbagai cara khususnya dalam hal berkuda ini.

Maka demi membongkar rahsia ini, demi mengembalikan hak Rasulullah ini, Abuya arahkan kami menubuhkan sukan berkuda dalam Arqam. Inilah perjuangan Islam yang Abuya maksudkan dalam sukan berkuda ini. Selain itu banyak lagi manfaat lain dari sukan berkuda ini. 
Namun semangat juang yang Abuya tanamkan sebagai keutamaan dalam sukan kuda ini ialah:

1. Peperangan dengan yahudi, yakni membongkar kejahatan dan pembohongan yahudi terhadap sunnah Nabi.

2. Pembuktian cinta dan rindu kita kepada Rasulullah.

3. Persiapan sebagai tentera Imam Mahdi, kerana di zaman Imam Mahdi nanti peperangan akan kembali secara bersemuka antara tentera Islam lawan tentera yahudi dengan kuda dan pedang, supaya hanya tentera yang berperang sahaja yang terlibat. Imam Mahdi akan membenteras cara-cara peperangan jahat dengan senjata-senjata pemusnah seperti bom dan peluru yang mengorbankan ramai orang awam yang tidak berdosa.

Jadi, jelas di sini bahawa Abuya lah yang mencetuskan sukan berkuda ini dalam jemaah Abuya. Bukan rekaan atau idea orang lain. Dasar, tujuan dan matlamatnya sangat terang dan jelas. Kalau ada sesiapa yang belum jelas juga dan cuba menebar fitnah kononnya sukan berkuda ini rekaan Bonda Ummu Jah, maka jelaslah dia adalah orang yang berpenyakit hasad dengki. 

Dalam kesempatan ini saya juga ingin menyeru, khususnya kepada para pemimpin, lebih-lebih lagi yang dibawah pimpinannya itu ada projek kuda:

1. Pastikan seluruh jentera di bawah pimpinan tuan faham dan menghayati perjuangan Islam dalam sukan berkuda ini.

2. Para pelaksana projek ini yang umumnya adalah remaja hendaklah dipastikan mereka paling faham dasar, tujuan dan matlamat sukan berkuda ini. Supaya dalam pelaksanaannya mereka benar-benar ikut kehendak Allah dan Rasul. 

3. Perjuangan itu ada buahnya. Dan buah dari memperjuangkan sunah Nabi ini kita akan makin cinta dan rindu Nabi. Jadi, kalau sekiranya para penjaga kuda itu tidak menjadi demikian, maknanya ada yang tak kena. Janganlah sampai nampak lahirnya sibuk berkhidmat dengan kuda, tapi perangai tak berubah bahkan makin rosak. Makin pandai berkuda, makin sombong dan kasar, makin culas ibadah dan lain-lain mazmumah.

4. Projek kuda ini projek mahal. Supaya benar-benar berwibawa dan mencapai sasarannya, projek ini memerlukan banyak wang. Oleh itu pastikan jentera projek itu adalah orang-orang yang pandai merintih dan mendapat bantuan ghaib. Sudah tentu, mereka kena menjadi abid dan pejuang, menjadi orang roh, yang setiap keperluan mereka dibekalkan oleh kerajaan ajaib.

SFRA, 20 Oktober 2012

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?