Posts

Showing posts from May, 2013

JANGAN MUDAH MENDAKWA TAHU SEGALANYA TENTANG KHAZANAH ALLAH.

قُل لَّا أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" Surah Al-An'am: 50 Dalam Islam, menurut pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; antara persoalan asas ialah percaya kepada kewujudan yang ghaib. Di awal surah Al-Baqarah, Allah menyebutkan antara ciri orang bertaqwa ialah: “Orang-orang yang beriman dengan yang ghaib”  (ayat 3).  Namun perkara ghaib yang disuruh supaya kita percaya

DUIT MEREKA ADALAH AGAMA MEREKA.

Sabda Nabi S.A.W.: دينهم دنانيرهم، وقبلتهم نساؤهم "Agama mereka adalah duit mereka." Firman Allah pula: إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." Al-Baqarah: 174 Telah terjadi di akhir zaman, orang yang belajar jurusan agama pun tidak boleh lari daripada keadaan yang disebutkan Nabi tadi, iaitu duit/wang adalah

SYAITAN DAN PENGIKUTNYA MERAGUKAN HATI-HATI MANUSIA.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. مَلِكِ النَّاس .إِلَٰهِ النَّاسِ "Yang Menguasai sekalian manusia, إِلَٰهِ النَّاسِ Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي  صُدُورِ النَّاسِ "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". An-Nas Kata Yuwaswis berasal dari Bahasa Arab: "ُيُوَسْوِس" menurut makna bahasa Arab maksudnya: "meragu-ragukan/mengganggu". Nafsu untuk berkuasa pada diri manusia itu sangat dominan. Memang Tuhan ciptakan di dalam diri manusia ada musuhnya, iaitu nafsu dan syaitan. Namun bila nafsu menguasai diri, maka akan terjadi salah langkah dan tinda

TAREKAT, PENGERTIAN DAN SEJARAHNYA.

Dari Abu Hurairah R.A. dan Sayyidina Ali R.A., Sabda Nabi S.A.W.: "Bermula syariat itu beberapa perkataanku dan bermula tarikat itu beberapa perbuatanku (amalanku) dan bermula hakikat itu beberapa hal ku (pendirianku) dan makrifat itu kepala hartaku (hasil perolehanku)" Sabda Nabi S.A.W. lagi: “Syariat ialah kata-kataku (aqwali), tarekat ialah perbuatanku (a`mali) dan hakikat (haqiqah) ialah keadaan batinku (ahwali), Ketiganya saling terkait dan tergantung Kata Tarikat berasal dari Bahasa Arab: (طرق) , menurut makna bahasa Arab maksudnya: 'jalan'  atau ' method' , atau 'cara' , menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya: "kebenaran sejati cita cita Islam yang mempunyai roh yang ingin dicapai melalui pimpinan mursyid". Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tarekat, calon penghayat tarekat akan berupaya untuk mencapai hakikat. Tarekat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang be

PENDINDING DARIPADA FITNAH DAJJAL.

Nabi S.A.W. bersabda : ”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Imam Ahmad, Imam Muslim, dan An-Nasaie) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Azkar oleh Imam Nawawi). Seseorang yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

PERBEZAAN PERANAN KHULAFAUR RASYIDIN DAN UMMUL MUKMININ.

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ "Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu." Surah Shad: 26 Kepimpinan dalam Islam, Allah telah tunjukkan modelnya dalam sembahyang berjemaah. Imam adalah seorang lelaki yang memimpin dan mengendalikan sembahyang berjemaah, para makmum lelaki di belakang Imam, dan diikuti barisan makmum dikalangan kanak kanak. Para makmum perempuan adalah di belaka

TERTIPU DENGAN AMALAN DAN IBADAH.

Dari Abu Hurairah R.A.  Katanya: “Natil bin Qais Al Hazami, seorang penduduk Syam bertanya kepadanya. “Wahai Tuan Guru ! Ajarkanlah kepada kami yang anda dengar dari Rasulullah SAW”. Jawab Abu Hurairah, ”Baik!. Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: ”Orang yang pertama–tama diadili kelak di hari kiamat, ialah orang yang mati syahid. Orang itu dihadapkan ke pengadilan, lalu diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang telah diperolehnya, maka dia mengakuinya. Tanya: ”Apakah yang telah engkau perbuat dari nikmat itu ?”. Jawab: ”Aku berperang untuk agama ALLAH, sehingga aku mati syahid”. Firman ALLAH; ”Engkau dusta!. Sesungguhnya engkau berperang supaya dikatakan gagah berani dan gelar itu telah engkau peroleh”. Kemudian dia disuruh seret dengan muka tertelungkup lalu dilemparkan ke neraka. Kemudian dihadapkan pula orang ’alim yang belajar dan mengajarkan ilmunya serta Al Qur’an. Dihadapkan kepadanya nikmat yang telah diperolehnya, semuanya diakuinya. Tanya: ”Apakah yang telah engkau perb

TIADA TAUBAT TARHIL DALAM ISLAM.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." AR-RA'D: 28 Ada hadis yang menyebut bahwa Rasulullah SAW beristighfar minimal 70 kali sehari, ada juga 100 kali sehari. Rasulullah S.AW. bersabda : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim) Abuya mengajar kita supaya banyakkan bertaubat. Begitulah seorang murid didisiplinkan oleh guru mursyidnya untuk memohon ampun 50 kali dalam setiap kali selesai solat yang wajib. Ertinya, dalam sehari kita memohon ampun sekurang-kurangnya 250 kali dalam sehari.

CIRI-CIRI IKHWAN (ORANG ROH), TEGAS DENGAN PRINSIP.

Ikhwan dan Asoib adalah satu golongan yang terpilih daripada kelompok umat Islam di akhir zaman. Mereka adalah satu golongan daripada kelompok atau orang-orang soleh. Daripada kelompok atau golongan orang-orang soleh ini, setelah ditapis dan disaring, itulah Ikhwan dan Asoib. Itupun mereka ini adalah lahir dari didikan langsung daripada PBT mahupun IM. Seperti yang pernah dan telah diceritakan sebelum ini; mengenai ciri-ciri dan sifat-sifat Ikhwan dan Asoib ini, kali ini Suara Haramain ingin berkongsi lagi antara ciri dan sifat mereka, samada dalam kehidupan seharian mahupun dalam perjuangannya. Semoga daripada ciri-ciri ini, kita bersama-sama memburu dan mengusahakannya. Agar yang dikatakan Ikhwan dan Asoib itu, kitalah orangnya. Kita tidak boleh mendakwa kebenaran bersama kita atau kita berada dipihak yang benar jika ciri-ciri atau syarat kebenaran itu tidak kita penuhi dan tepati. Menurut Abuya, juga huraian kepada matan Ikhwan dan Asoib yang disebut di dalam hadis oleh Nabi