SYAITAN DAN PENGIKUTNYA MERAGUKAN HATI-HATI MANUSIA.
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
مَلِكِ النَّاس .إِلَٰهِ النَّاسِ
"Yang Menguasai sekalian manusia,
إِلَٰهِ النَّاسِ
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
An-Nas
Kata Yuwaswis berasal dari Bahasa Arab: "ُيُوَسْوِس"menurut makna bahasa Arab maksudnya: "meragu-ragukan/mengganggu".
Nafsu untuk berkuasa pada diri manusia itu sangat dominan. Memang Tuhan ciptakan di dalam diri manusia ada musuhnya, iaitu nafsu dan syaitan. Namun bila nafsu menguasai diri, maka akan terjadi salah langkah dan tindakan. Berebut kuasa, jatuh menjatuhkan, sebarkan fitnah dan suka padanya, bahkan dapat tercetus peperangan.
Nafsu gila kuasa pada manusia sanggup menjual nama agama untuk kepentingan diri dan hendak mempertahankan kuasa. Budaya gila kuasa ini tentu menjauhkan manusia dari keperluan mencari pemimpin pilihan Tuhan. Kerana sibuk melobi manusia dan mengalihkan perhatian manusia.
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah Yusuf: 53
Kerja syaitan pula ialah mewas-waskan (meragu-ragukan) dan menyesatkan manusia dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya, sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:
"Yang meragu-ragukan hati manusia. Terdiri dari jin dan manusia."
(Surah an-Nas: 5 - 6)
Yang meragukan manusia terhadap hukum Allah adalah syaitan. Ini semua adalah kerja-kerja syaitan, munafiq atau orang yang tertipu atas nama Islam.
Ada yang mengatakan; siapa yang mengamalkan Islam yang berbeza dengan pandangannya, akan dilebelkan jumud, penakut, boleh melahirkan masyarakat robot, dan macam-macam lagi. Orang yang seperti ini menurut Abuya, dia tidak boleh lihat orang lain lebih daripada dirinya. Kalau dia ada kuasa, dengan kuasanya akan ditekan siapa yang boleh menyainginya. Jika kata-katanya didengari, dia akan mengunakan kata-katanya untuk menjatuhkan orang yang lebih darinya itu. Kalau dia berkemampuan disudut keewangan, dengan wangnya itu digunakan untuk menjatuhkan orang yang tidak disenanginya itu. Apatah lagi bilamana semua itu dia perolehi, dengan semua itulah dia akan gunakan untuk kerja-kerja itu, asalkan pesaing atau pencabarnya tidak lagi menyainginya, sekalipun sama-sama berbuat atas nama Islam. Ini jugalah yang Abuya pernah lalui dalam perjuangannya.
Menurut Abuya, nafsu dalam diri manusia itulah yang menyebabkan seseorang itu jadi sedemikian rupa. Nafsu yang pernah dicelup dalam neraka ribuan tahun lamanya oleh Allah kerana egonya, nafsu itulah yang ada dalam diri manusia. Tak hairanlah kalau utusan-utusan Allah pun dilawan, jika nafsu yang berada dalam diri manusia itu sendiri pun sombong dengan Tuhannya.
Menurut Abuya, nafsu dalam diri manusia itulah yang menyebabkan seseorang itu jadi sedemikian rupa. Nafsu yang pernah dicelup dalam neraka ribuan tahun lamanya oleh Allah kerana egonya, nafsu itulah yang ada dalam diri manusia. Tak hairanlah kalau utusan-utusan Allah pun dilawan, jika nafsu yang berada dalam diri manusia itu sendiri pun sombong dengan Tuhannya.
"Tidakkah apa yang datang dari Allah itu sahaja yang adil, boleh menyelesaikan segala masalah yang timbul di dalam kehidupan manusia. Orang yang beriman wajib menerima hukum Allah sahaja dan menolak hukum lain darinya."
Apabila bergabung antara nafsu di dalam diri manusia dengan syaitan dan iblis, apa sahaja matlamatnya akan dicapainya sekalipun ianya amat bertentangan dengan syariat Allah Taala. Ini telah terbukti dan tercatat dalam sejarah sepanjang umur dunia, betapa ramainya ahli kitab atau ulama yang kalah dengan nafsu dan tergoda dengan hasutan iblis dan syaitan, telah membelakangkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan Allah. Bahkan yang lebih dahsyat lagi, mereka mengubahnya sesuka hati mereka mengikut citarasa mereka. Mereka ini menurut Abuya, kalau tak mahu berubah maka terimalah padahnya dan hukumannya dari Ilahi kerana kesalahan mereka.
Abuya mendifinisikan orang roh itu ialah, "mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara tidak terpisah dari agama, ia ada hubungan dengan Tuhan atau ada hubungkait dengan Akhirat". Terpisah ini tidak kira di bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi.
Dengan kata-kata yang lain, orang roh itu ialah tidak memisahkan kehidupan dunia ini dengan Tuhan. Kalau urusan dunia yang dilakukan sudah bercanggah dengan syariat Tuhan, walaupun katanya buat atas nama Tuhan ianya tetaplah terpisah bahkan tertolak. Seolah-olah dianggap permain-mainkan syariat Allah sesuka hatinya.
Dengan kata-kata yang lain, orang roh itu ialah tidak memisahkan kehidupan dunia ini dengan Tuhan. Kalau urusan dunia yang dilakukan sudah bercanggah dengan syariat Tuhan, walaupun katanya buat atas nama Tuhan ianya tetaplah terpisah bahkan tertolak. Seolah-olah dianggap permain-mainkan syariat Allah sesuka hatinya.
"Gagal menjadi orang roh kerana bertukar nawaitu atau niat."
Orang Islam yang mengerjakan ibadah, berjuang, berekonomi, berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubung dan lain-lain lagi, walaupun mengikut syariat tetapi bukan kerana Allah Taala dikira gagal menjadi orang roh atau orang Allah. Semua itu dibuat karena riyak, ujub, nama, glamor, pangkat, harta; baik disedari atau tidak perbuatannya itu. Oleh kerana itu pahalanya tidak sampai ke Akhirat. Itulah golongan yang gagal menjadi orang roh disebabkan tertukar nawaitu atau niatnya. Mereka gagal menjadi orang roh yang disebabkan adanya unsur-unsur mementingkan dunia.
Yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabila seseorang itu, segala usaha-usahanya mengikut syariat tetapi oleh kerana terlalu membesarkan kehidupan dunia daripada kehidupan Akhirat, dia tidak sanggup membela Islam dengan harta dan jiwanya. Kerana sedar atau tidak harta dan jiwanya itu sudah jadi matlamat dalam perjuangannya. Mungkin niat awalnya baik iaitu untuk Islam, untuk Allah dan Rasul, namun di tengah perjalanan perjuangannya bila diuji dengan dunia, sedar atau tidak di situlah dia kecundang.
Rupanya di akhir zaman ini, ramai umat Islam yang tidak dapat menjadi orang roh walaupun mulutnya mengatakan membela Islam tetapi perbuatannya menikam Islam. Itulah yang berlaku bilamana hati yang lemah diragu-ragukan dengan nafsu dan syaitan, ianya boleh membawa manusia jatuh ke neraka.