CIRI-CIRI IKHWAN (ORANG ROH), TEGAS DENGAN PRINSIP.
Ikhwan dan Asoib adalah satu golongan yang terpilih daripada kelompok umat Islam di akhir zaman. Mereka adalah satu golongan daripada kelompok atau orang-orang soleh. Daripada kelompok atau golongan orang-orang soleh ini, setelah ditapis dan disaring, itulah Ikhwan dan Asoib. Itupun mereka ini adalah lahir dari didikan langsung daripada PBT mahupun IM.
Tegas dengan prinsip ialah, orang yang kuat berpegang dengan agamanya dan sentiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya. Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidak kira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasidan kondisi yang bagaimana pun.
Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati, telah mendarah mendaging dan telah sebati dan menjadi tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orang menentang dan menghina agamanya.
Seperti yang pernah dan telah diceritakan sebelum ini; mengenai ciri-ciri dan sifat-sifat Ikhwan dan Asoib ini, kali ini Suara Haramain ingin berkongsi lagi antara ciri dan sifat mereka, samada dalam kehidupan seharian mahupun dalam perjuangannya. Semoga daripada ciri-ciri ini, kita bersama-sama memburu dan mengusahakannya. Agar yang dikatakan Ikhwan dan Asoib itu, kitalah orangnya. Kita tidak boleh mendakwa kebenaran bersama kita atau kita berada dipihak yang benar jika ciri-ciri atau syarat kebenaran itu tidak kita penuhi dan tepati.
Menurut Abuya, juga huraian kepada matan Ikhwan dan Asoib yang disebut di dalam hadis oleh Nabi S.A.W., antara ciri Ikhwan dan Asoib itu ialah TEGAS DENGAN PRINSIP. Kata Sayyidina Ali K.W., "...seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan."
Kata Abuya, Ikhwan dan Asoib ini adalah sangat tegas dengan prinsip. Ertinya mereka ini tidak boleh dijual beli keyakinan mereka. Bahkan jika berkeinginan, sepertilah kata Sayyidina Ali tadi, gunung pun akan dipindahkan kalau mereka berkehendak. Hati yang diibaratkan seperti kepingan besi, itulah hati yang tegas dan teguh dengan prinsip. Prinsip itu pula adalah dasar kepada perjuangannya. Prinsip ini pula sangat berkait dan tidak boleh dipisahkan daripada syariat Islam. Apa kata Abuya lagi tentang ciri-ciri Ikhwan ini?
Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atasdirinya, sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upayamelawannya. Misalnya dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya. Maka waktu itu, banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi. Dia tidak boleh melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di dalam keadaan darurat.
Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati, telah mendarah mendaging dan telah sebati dan menjadi tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orang menentang dan menghina agamanya.
Ciri-ciri orang yang begini, dia tidak boleh diugut atau dihalang. Dia sanggup mati demi pertahankan agamanya daripada melihat Tuhan dan agamanya dipermainkan. Ikhwan dan Asoib begitulah ciri-cirinya. Jangan ada yang boleh permainkan mereka atas nama Tuhan. Mereka sanggup mati untuknya. Demi Allah dan Rasul serta agamanya, mereka akan cari jalan untuk mengamalkannya. Kalaulah nyawa dipertaruhkan, mereka sanggup asalkan jangan sampai agama dimain-mainkan, apatah lagi sampai menjual nama Allah dan Rasul demi kepentingan dan kesenangan diri.