TIADA TAUBAT TARHIL DALAM ISLAM.
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." AR-RA'D: 28
Ada hadis yang menyebut bahwa Rasulullah SAW beristighfar minimal 70 kali sehari, ada juga 100 kali sehari.
Rasulullah S.AW. bersabda :
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim)
Abuya mengajar kita supaya banyakkan bertaubat. Begitulah seorang murid didisiplinkan oleh guru mursyidnya untuk memohon ampun 50 kali dalam setiap kali selesai solat yang wajib. Ertinya, dalam sehari kita memohon ampun sekurang-kurangnya 250 kali dalam sehari.
Tiada istilah "Taubat Tarhil", dan supaya lebih jelas lagi, mari kita meneliti terlebih dahulu apa erti "Tarhil" dalam bahasa Arab. Kata Tarhil berasal dari Bahasa Arab, iaitu kata tunggalnya رحل , menurut makna bahasa Arab maksudnya: "pergi" atau "menyampaikan", iaitu atas wazan " فعل يفعل تفعيلا ".
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim)
Abuya mengajar kita supaya banyakkan bertaubat. Begitulah seorang murid didisiplinkan oleh guru mursyidnya untuk memohon ampun 50 kali dalam setiap kali selesai solat yang wajib. Ertinya, dalam sehari kita memohon ampun sekurang-kurangnya 250 kali dalam sehari.
Tiada istilah "Taubat Tarhil", dan supaya lebih jelas lagi, mari kita meneliti terlebih dahulu apa erti "Tarhil" dalam bahasa Arab. Kata Tarhil berasal dari Bahasa Arab, iaitu kata tunggalnya رحل , menurut makna bahasa Arab maksudnya: "pergi" atau "menyampaikan", iaitu atas wazan " فعل يفعل تفعيلا ".
Dalam Islam diajarkan kepada kita supaya bertaubat sekurang-kurangnya 70 kali sehari, bukan hanya taubat untuk sementara hendak pergi atau tarhil. Saya sempat meninjau dewan tarhil yang bersebelahan bangunan kedutaan Indonesia di Jedah. Ia merupakan bangunan dewan yang disediakan untuk mereka yang akan berlepas ke negara masing-masing. Ia bukanlah bangunan penjara saperti yang kita bayangkan. Boleh dikatakan ia adalah dewan transit sementara bagi mereka yang ditahan tanpa dokumen yang sah dan sedang menunggu tiket untuk pulang.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Surah At-Tahrim: 8
Dalam Islam, kita diajar bertaubat sepanjang masa. Bila telah melakukan dosa, kita diminta melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang bersungguh sungguh dan tidak mengulangi lagi. Hamba Allah itu ialah orang yang sentiasa bersalah dan berdosa. Setelah selesai melakukan amal ibadah ia merasakan tetap bersalah dengan Tuhan.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai di kerongkongan." (HR At-Tirmidzi)
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai di kerongkongan." (HR At-Tirmidzi)
Kita yakin bahawa perjuangan kebenaran akan mendapat pembelaan langsung dari Tuhan dengan jalan taqwa. Sementara taqwa pula adalah himpunan seluruh sifat mahmudah. Menjadi abid dan pejuang yang berjaya dibina dalam diri setiap kita umat Islam. Maka demi menagih janji Tuhan, setiap diri kita secara konsisten, terus menerus memperhalusi hati, jiwa dan roh. Manakala seluruh projek-projek lahiriah dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi, iaitu Hablu Minannas. Maka atas dasar inilah, Kita yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan terus berjalan di atas jalan kebenaran ini, sehinggalah kemenangan yang mutlak itu akan dianugerahkan Tuhan melalui cara ‘khawariqul adah’.
Islam dijanjikan oleh Allah tidak akan kalah kalah lagi, tetapi setiap diri kita hanya ditawarkan untuk menjadi pejuang di akhir zaman, iaitu ikhwan dan asoib, yang mereka adalah sangat merindukan Nabi S.A.W. sekali pun tidak pernah melihat dan hidup di zaman Nabi.
"Barangsiapa senantiasa beristighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya kelapangan dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar, dan akan diberi-Nya rezki dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Daud)
"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dosa-dosamu yang lalu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke awan langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh bumi dan kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datangkan untukmu ampunan sepenuh bumi (pula)." (HR. At-Tirmidzi)
Kehidupan para pejuang akhir zaman untuk kebangkitan kali kedua ini sangat asing. Sebab itu apa yang mereka katakan putih dianggap hitam oleh masyarakat dan apa yang dianggap hitam oleh mereka tetapi dikatakan putih, begitulah sulitnya mereka untuk memperjuangkan kebenaran dari Allah. Kebatilan yang telah menjadi amalan dalam masyarakat umum dianggap suatu kebenaran. Kesimpulannya taubat dalam Islam bukanlah bermusim atau berkala.