Posts

Showing posts from March, 2014

ABUYA BANGUNKAN JEMAAH YANG SELAMAT DAN MENYELAMAT.

Abuya telah membina perjuangan pada tahun 1968 bermula dari dirinya, keluarga dan jemaahnya. Apakah proses yang dilakukan oleh Abuya kepada mereka? Abuya lakukan proses yang didalamnya beliau menekankan dan mendidik keluarga dan para pengikutnya agar satu dengan yang lain dapat diikat oleh tali Allah, atau diikat oleh ahkamullah/ hukum-hukum Allah. Abuya sendiri telah tunjukkan kesungguhanya dengan melibatkan anak isterinya untuk berjuang.  Saya sendiri selaku anak sulung lelaki dibawa sama berjuang dan berdakwah. Ke mana tempat yang sesuai dibawa anaknya, saya dan Syeikh Nizam dibawa sama memboncing motosikal. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah satu ketika Abuya membawa kami dengan motosikalnya pada waktu malam dan telah terlanggar lubang di tepi tali air lalu kami terpelanting jatuh. Suasana malam yang gelapAabuya mencari kami dan dinaikkan semula ke atas motosikalnya. Saya membonceng di belakang dan Syeikh Nizam diletakkan di depan, duduk di dalam bakul motor.  Mereka ya

SELAWAT PERDANA MALAM CINTA ALLAH DAN RASUL DI PUTRAJAYA.

Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan telah diadakan di Putrajaya malam tadi (ketika artikel ini ditulis). Program itu turut diserikan dengan pelbagai aturcara seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir terapi, bacaan Al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal.  Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra disambut dengan begitu meriah sekali. Seramai 500,000 pengunjung membanjiri dan memeriahkan majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra. Kehadiran tersebut diluar jangkaan. Bukan mudah nak membawa setengah juta umat manusia dalam satu malam semata-mata untuk melepaskan rindu terhadap Nabi mereka. Inilah petanda kebangkitan Islam kedua tak lama lagi. Firman Tuhan: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Sesungguhny

BAHAYA PENYAKIT HASAD.

   أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ Maksudnya: "Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat. (An-Nisa: 54 ).     وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (Al-Falaq :1). Di dalam kitab Riyad As-Salihin yang ditulis Imam Nawawi terdapat hadis Nabi tentang larangan dengki yang berbunyi: عن ابى هريرة رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال: إياكم والحسد فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطاب اوقال العشب (رياض الصالحين- الامام النواوي) “Dari Abu hurairah r.a, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: ”jauhilah dirimu dari perbuatan hasud, sebab perbuatan hasud akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar “atau baginda berkata “memakan rumput.” Berdasarkan keterangan nas dari Allah dan Rasul SAW diatas sangat jelas melarang sifat hasad. Pengertian hasad. Hasad dalam bahasa Arab bukan sekadar bererti dengki atau iri. Hasad dalam bahasa Arab mengandung

BERAKHIRNYA ERA SISTEM QUWWAH.

Pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi sudah sampai kepada kemuncaknya. Banyak perkara hasil dari perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi sudah menjadi keperluan hidup manusia. Contohnya, penyampaian informasi yang dahulu perlu satu ketika mengambil masa hingga berbulan-bulan, kini dengan adanya telefon pintar, mesin faks, internet, gajet pintar, kita dapat berhubung hanya dalam beberapa saat saja. Selain dalam bidang komunikasi, perkembangan dalam bidang lain pun seperti material, bioteknologi, dan lain-lain tidak dapat kita nafikan. Kita mengakui bahwa sains memang telah ambil peranan penting dalam tamadun maddiah atau peradaban material. Penemuan-penemuan sains telah memberikan bermacam-macam kemudahaan, mulai dari air yang cukup dengan memutar/menekan suis telah menggantikan telaga yang kadang perlu dicari jauh dari rumah. Perjalanan yang dulu perlu ditempuh berbulan-bulan, sekarang dapat ditempuh hanya beberapa jam saja dengan pesawat terbang, hinggalah penemuan-

AKAL TIDAK BERTUNJANGKAN TUHAN AKAN MENJADIKAN MANUSIA SYIRIK MODEN.

Firman Allah: وَهُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَلَهُ اخْتِلَافُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir? ( Al-Anbiya: 80 ). Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya Rasulullah, manusia memuja nafsu dan akal. Daripada orang besar hingga ke rakyat biasa, mereka sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu sebelum lahirnya datangnya Islam dan cahaya kebenaran dari Tuhan, mereka yang cerdik pandai ini terutama di Rom dan Parsi, lahir ahli-ahli falsafah atau pemikir-pemikir (ahli filasuf) seperti : Aristoteles, Socrates, dan Plato. Mereka ini sangat menggunakan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara. Itu bagi orang-orang yang cerdik. Tetapi bagi orang-orang biasa, orang bawahan atau

BAGAIMANA CARA MENAGIH JANJI ALLAH?

Sembahyang kita itu ada lahir dan ada yang batin. Lahirnya kita bersembahyang, sah sembahyang kita, dianggap sudah memenuhi tuntutan sembahyang. Batinnya, kita pun tahu, sejauhmana dalam sembahyang kita itu, kita sudah khusyuk. Sudah mendapat rasa-rasa dengan Tuhan. Sudah ada rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Bila dikaji-kaji, dinilai-nilai, memang kita seperti belum bersembahyang. Atau sembahyang kita itu hanya fizikal atau lahir sahaja. Tiada batinnya. Tiada kelazatannya. Tiada hiburannya. Jauh sekali mahu rasa cemas, rasa takut, rasa bimbang dengan Tuhan dalam sembahyang. Jadi, dari situ kita boleh ukur, kita boleh agak, Tuhan takkan terima sembahyang sebegini. Sembahyang kita, sembahyang orang lalai.   Firman Tuhan:     فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّين  الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُون. "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;" ( Al-Maun:4-5 ). Gambaran mereka yang berkeadaan lalai d

BANI ADALAH MODEL SEBUAH MASYARAKAT KECIL.

Firman Tuhan: ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ "Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka berhubung dengan Allah dan berhubung dengan manusia ." ( Ali-Imran:112 ). Sebelum ini sudah dijelaskan tentang asal usul bani dan peranannya. Maka kali ini dilanjutkan lagi perbinjangan tersebut. Supaya kita benar benar sedar bahawa peranan bani mencangkup hablum minallah dan hablumminannas. Iaitu hubungan demgan Allah dan sesama manusia. Bani merupakan nikmat Allah secara wahbiah. Iaitu antara nikmat Allah yang diberi secara anugerah bukan hasil usaha kita. Contohnya jantina, apakah kita yang mengusakan dilahirkan sebagai lelaki atau sebagai perempuan. Kita inginkan anak lelaki tetapi apa yang Allah taqdir kelahiran anak perempuan begitulah contoh contoh yang lain. Ketua-ketua bani bukan sahaja lambang perpaduan bagi sesebuah bani atau kabilah ini. Selain itu, mere