BANI ADALAH MODEL SEBUAH MASYARAKAT KECIL.
Firman Tuhan:
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ
"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka berhubung dengan Allah dan berhubung dengan manusia." ( Ali-Imran:112 ).
Sebelum ini sudah dijelaskan tentang asal usul bani dan peranannya. Maka kali ini dilanjutkan lagi perbinjangan tersebut. Supaya kita benar benar sedar bahawa peranan bani mencangkup hablum minallah dan hablumminannas. Iaitu hubungan demgan Allah dan sesama manusia.
Bani merupakan nikmat Allah secara wahbiah. Iaitu antara nikmat Allah yang diberi secara anugerah bukan hasil usaha kita. Contohnya jantina, apakah kita yang mengusakan dilahirkan sebagai lelaki atau sebagai perempuan. Kita inginkan anak lelaki tetapi apa yang Allah taqdir kelahiran anak perempuan begitulah contoh contoh yang lain.
Ketua-ketua bani bukan sahaja lambang perpaduan bagi sesebuah bani atau kabilah ini. Selain itu, mereka ini mampu untuk menjadikan baninya sebagai model sebuah masyarakat kecil yang dapat diatur dan didisiplinkan sebagai hamba Allah, dan dapat dilatih menjadi orang yang dapat berkhidmat untuk Islam. Menjadi pembela Allah dan Rasul SAW. Iaitu berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini. Tujuan manusia diciptakan untuk menjadi hamba Allah. Selain itu Tuhan menciptakan kita untuk menjadi khalifahNya. Ertinya kita mampu bagi duit dan Iman. Rasulullah juga ada mengingatkan sebaik baik manusia ialah yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain.
FUNGSI-FUNGSI KELUARGA ( BANI ).
Keluarga ( bani ) adalah kumpulan masyarakat yang terkecil yang sekaligus merupakan suatu kelompok kecil dalam masyarakat. Kelompok ini, dalam hubungannya dengan perkembangan individu, yang dikenal dengan sebutan bani. Kelompok inilah yang melahirkan individu dengan berbagai macam bentuk keperibadiannya dalam masyarakat.
Peranan bani adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan didalam bani atau oleh keluarga itu. Perkara yang paling penting iaitu tanggungjawab bani ialah membina cita-cita Islam kepada setiap anggota yang berada dalamnya. Antara fungsi dan peranan yang boleh wujud dalam bani (keluarga):
a. Fungsi biologis
b. Fungsi pemeliharaan
c. Fungsi ekonomi
d. Fungsi keagamaan
e. Fungsi sosial
Masyarakat paling kecil yang Tuhan sebut dalam Quran AHLIKUM (keluarga kamu) iaitu (primer group) adalah kelompok-kelompok yang ada ciri-ciri kenal mengenal antara anggota-anggotanya serta kerjasama yang erat.
Seterusnya Tuhan mengingatkan jika gagal berperanan di sudut hubungan dengan Allah dan gagal berperanan sesama manusia kemurkaan Allah amat besar keatas mereka. Ingatan Allah dalam Quran
Firman Allah:
وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّه ٠
"Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan, kehinaan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya)," Ali Imran: 112
Bilamana peranan bani semakin membesar dan berkembang, ia perlukan satu susunan dan penyelarasan yang sistematik dan teratur. Sebagaimana kata hukamak, "الحق بلانظام سيغلب الباطل بالنظام"
Generasi masa depan ditentukan oleh generasi sekarang. Maka perkara tersebut kena difikirkan secara serius. Bagaimana kita hendak membantu membina keyakinan masa depan Islam ianya ditentukan dari sekarang supaya mereka dibekalkan dengan ilmu dan iman secukupnya.
Kita kena persiapkan keluarga bagi menghadapi persiapan masa depan iman yang semakin mencabar. Iman kita akan disepak terajang musuh-musuh iaitu konco-konco dajal. Fitnah dajal bila sudah merata baru Fizikal dajal akan lahir.
Musuh-musuh ingin melihat umat Islam dan agama Islam dihina, Tuhan bersihkan orang mukmin dari fitnah yang melanda. Orang yang bertaqwa terselamat dari fitnah yang mengganas. Orang bertaqwa berjaya Tuhan selamatkan bersama perjuangannya melalui cara cara yang tidak diduga.
Jika ada yang mengaku mereka perjuangkan Islam namun prinsip dan dasar Islam dilanggar, apatah lagi melanggar syariat Tuhan, ingatlah! Mereka menjual Iman orang lain untuk kepentingan mereka. Kemurkaan Allah kepada mereka yang bercakap tetapi tidak mengotakan.
Bila apa yang diperkatakan dapat dilakukan bersama pelaksanaannya mengikut peranan masing-masing dalam bani tersebut ertinya sudah berlaku model masyarakat kecil. Daulah paling kecil telah wujud, negara kecil yang makmur dan mendapat ampunan Tuhan.