AKAL TIDAK BERTUNJANGKAN TUHAN AKAN MENJADIKAN MANUSIA SYIRIK MODEN.
Firman Allah:
Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir? ( Al-Anbiya: 80 ).
Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya Rasulullah, manusia memuja nafsu dan akal. Daripada orang besar hingga ke rakyat biasa, mereka sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu sebelum lahirnya datangnya Islam dan cahaya kebenaran dari Tuhan, mereka yang cerdik pandai ini terutama di Rom dan Parsi, lahir ahli-ahli falsafah atau pemikir-pemikir (ahli filasuf) seperti : Aristoteles, Socrates, dan Plato.
Rupanya akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata lahir. Yang sebenarnya akal itu bertepi, Cuma mata lahir tak nampak. Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi. Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada sempadan. Kalau ada yang pakar tentang laut. Agak-agak dapatkah dia teroka lautan semuanya? Tentu tidak. Berapa ramai pakar yang mengkaji tentang laut dan isinya, namun rahsia laut masih banyak dan masih misteri. Malah setiap pakar itu hanya pakat disatu sudut sahaja. Bukanlah seorang pakar laut yang mahir tentang semua berkenaan dengan laut.
4. Konsep ‘sebab akibat’ bercanggah dengan konsep Islam.
Mengikut sistem akal, atau sistem ilmu falsafah, untuk menentukan betul atau tidak ianya melalui sistem ‘sebab dan akibat.’ Bila ada sebab ada akibat. Bila lahirkan sebab ada natijahnya. Bila lahirkan sebab ada hasilnya. Itulah dia konsep sebab dan akibat. Inilah yang diguna pakai dalam ilmu falsafah, bila ada sebab ada akibat. Contoh: bila orang itu jaga kesihatan badan, dia makan ubat, senaman selalu, makan benda yang berzat, makan ikut masa untuk jaga kesihatan dan dietnya. Akibatnya atau hasilnya mestilah jawapannya dia akan sihat. Tapi realitinya ramai orang tak sihat. Berapa ramai yang jaga kesihatan tapi tak sihat. Ramai yang melanggar nasihat doktor dan tidak menjaga kesihatan panjang umur. Nampaknya teori falsafah itu ternafi.
Orang yang rajin belajar, membaca buku, dan ada guru mendampinginya; itu adalah sebabnya. Akibat dari itu sepatutnya jadi pandai. Dari belajar dan membaca dia pandai. Tapi berapa ramai yang tak pandai tapi telah banyak membaca dan belajar. Memang biasanya ramailah yang pandai tapi ianya tak mutlak, ternafilah sistem sebab dan akibat ini. Sistem sebab akibat itu bukan Tuhan, bukan penentu. Jadi kalau kita ceritakan sebab lalu dia mesti jadi begian, sebenarnya tidak. Yang banyak dan kuat bekerja adatnya kaya. Tapi kenyataannya berapa ramai orang gigih bekerja tapi tetap tak kaya-kaya?
Kalau begitu nampaknya seolah-olah kita ada daya, macam itu perbuatan kita. Padahal tidak demikian. Tuhanlah yg tentukan. Sebab usaha itu juga Tuhan yang tentukan. Sebab itu ada yang gagal ada yang berjaya. Kita fikir usaha kita dan tenaga kita yang membuahkan hasilnya, seolah ianya dari kemampuan kita. Sebenarnya bukan begitu. Usaha itu sendiri Tuhan yang aturkan. Sebab itu ada yg berjaya ada yang tidak.
5. Taqwa adalah usaha bersifat maknawi.
Disinilah Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan taqwa adalah usaha yg bersifat maknawi, bersifat tersirat, bernilai 90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung supaya umat Islam tidak beku (jumud). Tapi orang Islam tak anggap taqwa itu usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap hanya guna tangan itu usaha. Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh lawan musuh. Yang 90% dia sudah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh dapat kejayaan?
6. Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tidak tahan diuji.
Samada ahli falsafah kuno ataupun moden, ahli sains yang menggunakan akal sahaja, mereka tak bermasyarakat namun orang ramai tak pernah komen mereka ini tidak mainstream dan bergaul dengan masyarakat. Kerana mereka ini menjadi pujaan dan pujian orang yang jahil tentangnya. Sebenarnya mereka ini duduk-diduk sahaja dengan akal. Apa terjadi? Para saintis sudahlah tidak mainstream, hanya gunakan akal dan anggap hidup ini tiada ujian, dia anggap bila guna akal, akal dapat ditajamkan dan semua boleh selesai dengan akalnya.
وَهُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَلَهُ اخْتِلَافُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir? ( Al-Anbiya: 80 ).
Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya Rasulullah, manusia memuja nafsu dan akal. Daripada orang besar hingga ke rakyat biasa, mereka sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu sebelum lahirnya datangnya Islam dan cahaya kebenaran dari Tuhan, mereka yang cerdik pandai ini terutama di Rom dan Parsi, lahir ahli-ahli falsafah atau pemikir-pemikir (ahli filasuf) seperti : Aristoteles, Socrates, dan Plato.
Mereka ini sangat menggunakan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara. Itu bagi orang-orang yang cerdik. Tetapi bagi orang-orang biasa, orang bawahan atau kebanyakan, mereka banyak menggunakan nafsu.
Waktu itu telah lahir ramai ahli-ahli falsafah, terutamanya orang-orang Eropah, dimana falsafahnya sangat bersifat teori dan utopia, tak bersandar ke langit dan tak berpijak di bumi. Di zaman moden ini juga dari barat lahir ahli-ahli falsafah juga tetapi agak berpijak ke bumi nyata. Maka lahirlah saintis-saintis iaitu pakar sains dibidang mereka tersendiri. Teori dari mereka ini separuhnya dapat diamalkan dan dimanfaatkan oleh manusia. Tidak seperti sebelum Islam, dulu ahli falsafah dimana falsafahnya bersifat teori dan utopia.

Nampaknya ahli falsafah dahulu kalau dikaitkan dengan Islam tak begitu bahaya. Kecuali orang yang bukan Islam. Tapi bila sampai zaman moden, lahirnya ahli falsafah yang berpijak di bumi nyata iaitu ahli sains; apa yang diterokainya dapat dibuktikan dan dimanfaatkan manusia. Satu segi manusia dapat manfaat, orang Islam pun dapat manfaat sama.
Tapi dari sudut lain sangat halus bahayanya bagi umat Islam. Kerana sains itu selain dapat memberi manfaat kepada manusia, ia juga dapat menghakis tauhid mereka yang lemah dan hanya menumpukan akal semata. Apa yang berlaku disandarkan kepada konsep sebab dan akibat. Ada sebab terjadi sesuatu dan mengakibatkan sesuatu. Akhirnya tauhid yang rapuh atau tiada tauhid langsung akan memisahkan dan terpisah dengan Pencipta sains itu sendiri, Allah Taala.
Memang dalam ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal itu. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”. Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia guna akal juga. Tapi kalau tak berhati-hati, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, ianya boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno.

Ulama-ulama pun faham dan memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden ini ustaz-ustaz dan para ulama sendiri pun tak faham. Sedangkan syirik moden ini umat Islam sudah ramai terperangkap dengannya. Tapi kebanyakan ulama tak faham jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Mereka sekarang hanya nampak syirik kuno sahaja.
Apa jalan keluar bagi umat Islam, tidak menolak akal, dapat menggunakan akal dan selamat, tak syirik.

Jangan pula takut sangat dengan falsafah, langsung akal ditutup. Umat Islam nanti jadi jumud dan beku. Tapi kalau akal dibesarkan sangat ataupun diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, nanti jadi syirik. Apakah jalan selamat bagi kita umat Islam menggunakan akal tapi Islam juga dapat dipertahankan? Kita akan bahaskan secara falsafah.
Bagi umat Islam yang tak dapat elak menggunakan akal, supaya dia amalkan ajaran Islam itu maju, terbuka, tak jumud, kalau kita hendak gunakan akal, hendak jadi ahli falsafah atau minat dengan falsafah, ada beberapa syarat atau panduan yang kita kena tempuh :
1. Fahami dan kena mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak.

Iaitu asas Islam itu sendiri, iman, Islam, dan ihsan. Siapa yang kuat akalnya, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti mendalami Islam dulu iaitu usuluddin, syariat atau ilmu akhlak. Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid, feqah, dan akhlak. Ini sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tapi tak tersesat. Kalau 3 hal ini tak faham dan tak selesai maka kita akan rosak. Akal akan jadi Tuhan kita.
2. Fahami bahwa akal itu mahkluk, akal itu lemah.

Mesti kita faham akal itu mahkluk. Bila dikatakan mahkluk, ia ciptaan Tuhan. Bila ciptaan Tuhan ertinya ia bukan Tuhan. Kalau dia bukan Tuhan, Allah itu Tuhan, takkan setanding. Takkan mungkin kita samakan akal dengan Allah. Kalau begitu akal itu lemah. Yang tak lemah itu Tuhan, Allah. Kalau lupa bahawa akal itu lemah, manusia akan rosak.
3. Fahami bahwa kemampuan akal terbatas.
3. Fahami bahwa kemampuan akal terbatas.
Rupanya akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata lahir. Yang sebenarnya akal itu bertepi, Cuma mata lahir tak nampak. Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi. Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada sempadan. Kalau ada yang pakar tentang laut. Agak-agak dapatkah dia teroka lautan semuanya? Tentu tidak. Berapa ramai pakar yang mengkaji tentang laut dan isinya, namun rahsia laut masih banyak dan masih misteri. Malah setiap pakar itu hanya pakat disatu sudut sahaja. Bukanlah seorang pakar laut yang mahir tentang semua berkenaan dengan laut.
Ternyata laut itu bertepi, kalau teroka pun dapat kerang atau dapat ikan sahaja, tak semua khazanah laut dapat diterokainya. Sudahlah laut itu sempit, yang didapat juga lagilah sempit. Jadi kalau begitulah jika laut itu bertepi maka pakar laut yang mencari dan mengkaji khazanah laut pun dapat sedikit sahaja. Begitu juga orang yang guna akal. Sudahlah akal itu bertepi, kalau ada yang guna akal sahaja pun dapatlah sedikit. Boleh hanya dapat ikan dan kerang sahaja. Jadi akal sudahlah bertepi, gunakan akal sahaja, sikit sahaja boleh dapat. Jadi tak mungkin manusia boleh bertuhankan akalnya dan tak mungkin manusia dapat gunakan akal untuk tentukan mana yang baik dan mana yang tak baik.
4. Konsep ‘sebab akibat’ bercanggah dengan konsep Islam.
Mengikut sistem akal, atau sistem ilmu falsafah, untuk menentukan betul atau tidak ianya melalui sistem ‘sebab dan akibat.’ Bila ada sebab ada akibat. Bila lahirkan sebab ada natijahnya. Bila lahirkan sebab ada hasilnya. Itulah dia konsep sebab dan akibat. Inilah yang diguna pakai dalam ilmu falsafah, bila ada sebab ada akibat. Contoh: bila orang itu jaga kesihatan badan, dia makan ubat, senaman selalu, makan benda yang berzat, makan ikut masa untuk jaga kesihatan dan dietnya. Akibatnya atau hasilnya mestilah jawapannya dia akan sihat. Tapi realitinya ramai orang tak sihat. Berapa ramai yang jaga kesihatan tapi tak sihat. Ramai yang melanggar nasihat doktor dan tidak menjaga kesihatan panjang umur. Nampaknya teori falsafah itu ternafi.
Orang yang rajin belajar, membaca buku, dan ada guru mendampinginya; itu adalah sebabnya. Akibat dari itu sepatutnya jadi pandai. Dari belajar dan membaca dia pandai. Tapi berapa ramai yang tak pandai tapi telah banyak membaca dan belajar. Memang biasanya ramailah yang pandai tapi ianya tak mutlak, ternafilah sistem sebab dan akibat ini. Sistem sebab akibat itu bukan Tuhan, bukan penentu. Jadi kalau kita ceritakan sebab lalu dia mesti jadi begian, sebenarnya tidak. Yang banyak dan kuat bekerja adatnya kaya. Tapi kenyataannya berapa ramai orang gigih bekerja tapi tetap tak kaya-kaya?
Kalau begitu nampaknya seolah-olah kita ada daya, macam itu perbuatan kita. Padahal tidak demikian. Tuhanlah yg tentukan. Sebab usaha itu juga Tuhan yang tentukan. Sebab itu ada yang gagal ada yang berjaya. Kita fikir usaha kita dan tenaga kita yang membuahkan hasilnya, seolah ianya dari kemampuan kita. Sebenarnya bukan begitu. Usaha itu sendiri Tuhan yang aturkan. Sebab itu ada yg berjaya ada yang tidak.
Adakalanya ada yang usahanya sikit tetapi kaya, ada yang usaha banyak tetap papa. Itu menunjukan usaha itupun dari Tuhan. Kita rasa manusia ada daya. Sebab itu usaha itu tak mutlak, ada yg berjaya ada yang tak berjaya. Kerana itulah menurut keyakinan umat Islam, Tuhan suruh usahakan yang halal dengan niat kerana Tuhan, untuk diberi pahala oleh Tuhan. Bukan untuk hasil. Bukan usaha itu mutlak dapat hasil 100%. Tuhan suruh begitu untuk dapatkan pahala sahaja. Jadi ertinya usaha dan keupayaan itu dari Tuhan. Contoh, walaupun seorang ingin sangat berusaha, tapi kerana dia sakit, maka dia tak boleh buat apa-apa. Jadi jika ada masa untuk berusaha atau bekerja pun kalau Tuhan tak bagi kita tak boleh berbuat apa-apa.
5. Taqwa adalah usaha bersifat maknawi.
Disinilah Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan taqwa adalah usaha yg bersifat maknawi, bersifat tersirat, bernilai 90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung supaya umat Islam tidak beku (jumud). Tapi orang Islam tak anggap taqwa itu usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap hanya guna tangan itu usaha. Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh lawan musuh. Yang 90% dia sudah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh dapat kejayaan?
6. Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tidak tahan diuji.
Samada ahli falsafah kuno ataupun moden, ahli sains yang menggunakan akal sahaja, mereka tak bermasyarakat namun orang ramai tak pernah komen mereka ini tidak mainstream dan bergaul dengan masyarakat. Kerana mereka ini menjadi pujaan dan pujian orang yang jahil tentangnya. Sebenarnya mereka ini duduk-diduk sahaja dengan akal. Apa terjadi? Para saintis sudahlah tidak mainstream, hanya gunakan akal dan anggap hidup ini tiada ujian, dia anggap bila guna akal, akal dapat ditajamkan dan semua boleh selesai dengan akalnya.
Namun dia tak berfikir dalam hidup ini ada ujian. Kadang-kadang kita sakit, adakalanya orang kata, kadang-kadang terjadi bencana alam dan lain-lain. Bila bencana alam, dia akan gunakan akal untuk fikir bagaimana supaya keadaan menjadi baik, bila sakit dia fikir bagaimana nak buat supaya sembuh. Fikir dan duduk termenung sahaja, sebab itulah ramai ahli falsafah akhirnya jadi bodoh, akhirnya kecewa berhadapan dengan keadaan, akhirnya putus asa, bunuh diri.
Jadi begitulah panduannya, yang kita terima dari guru mursyid. Bahawa umat Islam mesti ada ilmu ini terutama para ulama, kalau ada ilmu dan panduan-panduan ini, bila umat Islam gunakan akal ianya sangat cantik. Dia akan jadi progresif tapi tak syirik dengan Tuhan. Namun pada hari ini, cerdik pandai apa-apa hal pun hanya gunakan akal, hal dadah pun gunakan akal, timbul isu kondom, jarum, bencana alam, dan apa-apa yang berlaku teruslah bertuhankan akal masing-masing. Kerana itulah umat Islam masih ketinggalan dan terhina dimata dunia. Inilah yang dikatakan syirik moden!