BAHAYA PENYAKIT HASAD.

   أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

Maksudnya: "Atau patutkah mereka dengki kepada manusia
disebabkan nikmat. (An-Nisa: 54).

    وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (Al-Falaq :1).


Di dalam kitab Riyad As-Salihin yang ditulis Imam Nawawi terdapat hadis Nabi tentang larangan dengki yang berbunyi:

عن ابى هريرة رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال: إياكم والحسد فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطاب اوقال العشب (رياض الصالحين- الامام النواوي)

“Dari Abu hurairah r.a, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: ”jauhilah dirimu dari perbuatan hasud, sebab perbuatan hasud akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar “atau baginda berkata “memakan rumput.”

Berdasarkan keterangan nas dari Allah dan Rasul SAW diatas sangat jelas melarang sifat hasad.

Pengertian hasad.

Hasad dalam bahasa Arab bukan sekadar bererti dengki atau iri. Hasad dalam bahasa Arab mengandung setidaknya tiga pengertian:

(1) Iri (dengki) melihat orang lain memperoleh suatu kenikmatan.

(2) Berusaha keras dengan berbagai cara untuk nikmat tersebut terlepas dari orang tadi.

(3) Setelah lepas ia akan berusaha sekuat tenaga agar nikmat tersebut berpindah ke tangannya pula.

Inilah tiga pengertian yang dikandung dari kata hasad dalam bahasa Arab.

Salah satu penyakit hati yang ada pada manusia adalah HASAD, yang bererti iri hati atau dengki. Sifat ini juga merupakan penyakit rohani (batin) yang dapat membahayakan jika menjangkiti hati manusia. Ia akan menimbulkan bahaya (mudarat) yang luar biasa bagi diri sendiri dan orang lain.

Bahkan sifat ini dapat merosak amal-amal yang telah di lakukan manusia serta dapat menyeret manusia kepada kehinaan di dunia lebih lagilah di akhirat, meskipun hasad itu hanya seberat biji sawi atau benda yang paling kecil, diharamkan baginya untuk syurga dan mengakibatkan seseorang masuk neraka.

Haramnya Hasad telah ditetapkan dalam Al-Quran yang merupakan sifat-sifat orang kafir, munafik dan lemah imannya, sifat orang yang tidak ingin berterima kasih terhadap saudaranya seagama yang telah mendapat nikmat dari Allah.

Sesungguhnya mereka yang ada penyakit hati iaitu hasad, sanggup bersengkokol dengan Iblis untuk menentang Allah dan Rasul SAW. Lebih-lebih lagi bila didapati orang yang lebih muda darinya mendapat tempat dalam masyarakat. Allah buatkan dunia menyerah diri untuk diperintah, diatur olehnya dan merasa cukup apa yang ada. Menjadikannya sentiasa rasa bersyukur. Manakala yang lebih berpengalaman, yang pandai dan banyak memiliki kelebihan hanya jadi orang serba tidak cukup. Terperangkap dengan sikap sendiri iaitu hasad dan mengajak orang ramai yang bersamanya bersikap yang sama. Ertinya hasad secara berkumpulan atau secara berjemaah. Perbuatan dendam itulah wahai Yahudi dan Nasrani, datuk nenek kamu telah bersumpah untuk keturunan Yahudi dan Nasrani akan menjadikan kamu musuh-musuh ketat kepada Allah, Rasul, dan orang Islam yang tidak bersama kamu. 

Itulah sumpah iblis dan nafsu lalu dihasut ke dalam hidupnya dan mereka perasaan dendam yang sama. Seterusnya kepada orang yang bersamanya sehinggalah semangat dendam ini berjaya dimasukkan kedalam jiwa, otak dan sel-sel darah dan daging keseluruh keturanan mereka.

Orang yang hatinya dipenuhi rasa iri hati dan dadanya sesak oleh sikap egonya, maka selama hidupnya orang tersebut tidak akan merasa tenang hatinya. Dengki merupakan cita-citanya, hilangnya suatu kenikmatan yang diberikan Allah kepada seseorang. Dengki tadi telah membuatkan dia bercita-cita dan mengajak orang lain sama bercita-cita sepertinya; meragut nikmat yang ada pada orang lain. Inilah bala iman yang diturunkan kepada para penghasad dan pendengki. Hati-hati mereka tidak pernah bahagia dengan nikmat ditangan orang lain.

Oh Tuhan, Begitu dahsyatnya hasad dengki dan dendam yang terjadi kepada musuh-musuh Tuhan iaitu iblis dan hawa nafsu. Ya Allah, Sungguhlah Kau Tuhan yang Maha Maha sabar berilah kesabaran kepada hamba yang lemah ini.

Tuhan tidak akan biarkan kejahatan tersebut bermaharajalela, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Ingatlah kematian kerana akhirnya kita akan dikambus ke dalam tanah jua. Mengingati kematian pun dikira ibadah juga. Lebih baik mengingati mati dari memikirkan bagaimana meragut nikmat yang ada pada orang lain. Biarlah mati dalam bahagia bukan menderita. Menderita dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?