MAZMUMAH MENGHALANG KASIH SAYANG.
Kasih dan sayang adalah keperluan manusia. Setiap jiwa sangat memerlukan kasih dan sayang. Dunia rosak dan musnah bilamana hilangnya kasih sayang. Kasih sayang tidak datang dari harta benda. Wang, pangkat, harta dan kuasa tidak boleh beli kasih sayang bahkan kerana itulah manusia berpecah belah dan bermusuhan hingga berlaku penindasan, penzaliman, malah pembunuhan. Kalaulah kasih sayang boleh dijual beli sudah tentu ia barang yang paling laris sekali atas muka bumi ini. Namun ia bukanlah sesuatu yang boleh dijual dan beli. Ia sangat berharga. Malah lebih mahal dari emas dan berlian malah sukar dicari dan diperolehi. Jika sudah diperolehi janganlah ia dicabuli dan dirosakkan. Kasih sayang menurut Abuya ada tiga, iaitu Kasih Tabi'i, Kasih Aradhi, dan Kasih Nafsu. Ada kasih sayang yang datang sendiri dan ada yang ditagih dan dicari. Mari kita kenali secara lebih terperinci tentang peringkat, bahagian, jenis dan sifat kasih sayang. Dari sana kita akan tahu bagaimana membina, menjaga