KEPENTINGAN PENDIDIKAN UNTUK PEJUANG AKHIR ZAMAN.
Di dalam melahirkan satu bangsa atau tamadun proses pendidikan sangat memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakatnya. Sesebuah masyarakat akan dinilai masa depannya melalui pendidikan yang sedia ada dan yang sedang berjalan. Kemajuan, kecemerlangan, kejayaan, masa depan sesuatu kaum, bangsa, masyarakat, kelompok, negara, atau tamadun itu bergantung kepada pendidikannya. Dari pendidikan inilah akan melahirkan aset negara, sumber pendapatan, menjana ekonomi dan lain-lain.
Pendidikan ini sangat diambil berat dan sepatutnya diambil berat oleh semua golongan, lebih-lebih lagi kepada pejuang-pejuang Islam. Untuk memartabatkan atau memperjuangkan Islam tidak cukup dengan semangat sahaja. Ia memerlukan kepada ilmu, seterusnya melalui proses dan tahap memahami ilmu-ilmu itu dan akhirnya ilmu itu akan diamalkan dan dilaksanakan. Proses ini namanya pendidikan. Ia tidak terikat dengan masa, tempat, umur, dan apa sahaja kerana ia mesti berlaku setiap masa dan ketika.
Jika ada golongan yang mengatakan pendidikan itu hanya untuk golongan muda atau kanak-kanak, ianya adalah salah! Sangat salah dan menyalahi syariat. Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah Taala bukan untuk berdakwah kepada kanak-kanak atau orang muda! Baginda SAW diutuskan Allah Taala untuk mendidik manusia agar kenal kepada Tuhan, kenal hingga tahap taat dan patuh kepada Tuhan. Mendidik manusia hingga mencintai dan takutkan Tuhan. Silaplah jika ada yang mengatakan pendidikan itu terbatas dalam lingkungan umur manusia. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Jelas maksud hadis Nabi ini. Pendidikan sepatutnya berjalan dan berterusan hingga akhir hayat manusia. Pendidikan inilah melahirkan peribadi seperti Abu Ayub Al-Ansari yang berjuang walaupun di usia emas, hingga syahid di Kota Kostantinopel (Istanbul, Turki).
Sesuatu yang berjaya ditanamkan dan disuburkan dalam jiwa manusia berlaku dalam proses pendidikan. Ianya memakan masa yang panjang, bukan sehari dua. Pendidikan bukan sekadar membaca, kerana membaca itu satu daripada proses pendidikan. Pendidikan yang berjaya itu dapat melahirkan manusia yang berjiwa besar, kreatif, penuh dengan sifat mahmudah, bercita-cita dan berwawasan.
Mari kita kaji dan lihat pendidikan yang Abuya lagangkan. Abuya tidak hanya mendidik manusia mengejar ilmu agama semata, malah Abuya juga mengajar dan mendorong manusia menguasai ilmu-ilmu dunia. Ini sesuailah dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; "Nakkan dunia dengan ilmu, mahukan akhirat juga mesti mempunyai ilmu. Mahukan kedua-duanya juga memerlukan ilmu". Maka dunia pernah gempar dengan murid-murid Abuya satu masa dulu yang berjaya menguasai ilmu agama dan ilmu dunia dalam masa yang sama. Lahirlah teknokrat, sufi berteknologi, abid yang berjuang, serta kemajuan dalam dakwah Islamiah yang seiring dengan peredaran masa dan teknologi yang ada. Inilah hasil pendidikan Abuya.
Abuya berjaya melahirkan manusia yang berjiwa besar dengan pendidikan yang dilagangkannya. Telah lahir satu ketika murid-murid Abuya yang berjiwa besar, berdaya saing, kuat jiwanya, kental dan bersedia menghadapi cabaran dalam perjuangannya, dan lain-lain lagi. Ini semua dapat kita rasai satu masa dulu, kita berbangga tidak mengikut sistem dunia yang sedia ada. Kita berbangga dengan sistem pendidikan kita sendiri yang boleh dan telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam agamanya, akademiknya, malah diakui dan diterima masuk ke pusat-pusat pengajian bertaraf dunia. Universiti-universiti di Timur Tengah sangat menerima sijil lepasan Abuya kerana bukan calang-calang pelajar yang lahir dari pendidikan Abuya. Ini satu kebanggaan.
Satu masa dahulu kita berbangga mengaku sebagai murid Abuya. Kita berbangga bekerja dengan jemaah yang dibangunkan. Berani berdepan dengan masyarakat, kerana berjaya pendidikan Abuya melahirkan peribadi-peribadi yang berjiwa besar. Ini semua adalah hidayah dan anugerah dari Allah setelah kita berusaha membaiki diri dan mendapatkan cinta dan redha Tuhan. Namun bukan bermakna hidayah ini Allah tidak boleh tarik semula. Jika ilmu yang didapati dan diperolehi tidak menjadi pegangan dan keyakinan bilamana ujian datang melanda ilmu yang sepatutnya menjadi benteng tidak boleh pertahankan imannya. Malah ilmu itu yang menjatuhkannya.
Ini telah pun terjadi. Dulu kita berjiwa besar, berani perjuangkan sistem kehidupan Islam yang syumul, kini kita yang sama tapi jiwa dah berbeza. Malu nak mengakui kebenaran, takut pertahankan kebenaran sekalipun dalam diri dan keluarga. Dulu kita yakin Allah yang beri rezeki tapi sekarang keyakinan itu dah hilang, hilang bersama keberkatan guru mursyid kita. Ianya hilang bila kita malu dan takut untuk pertahankannya, sekalipun dalam diri dan keluarga. Kita tak lagi perjuangkan pendidikan yang ternyata berjaya melahirkan manusia luar biasa. Sebab itu kini peribadi yang ada biasa-biasa sahaja, malah ada yang tak biasa dengan pendidikan Islam yang pernah Abuya bawa. Kini malu nak pertahankan pendidikan Abuya yang ternyata berjaya pun melahirkan manusia berguna.
Maka sangat penting bagi kita untuk teruskan pendidikan Abuya yang ternyata berjaya melahirkan manusia berjaya diperingkat dunia dan berjaya mendapatkan akhirat. Dengan keadaan yang ada, paling kurang pendidikan ini berlaku dalam diri dan keluarga kita. Nak menggenggam bara api Islam itu bukan ukuran kekuatan kita. Hanya bertaraf mujaddid dan thoifah sahaja layak melaksanakannya. Untuk saiz kita yang sedia ada ini, cukuplah dapat menggenggam bara Abuya ini pun dah cukup luar biasa. Insya Allah akan lahirlah satu generasi masyarakat yang luar biasa. Masyarakat yang layak menerima bantuan dan kemenangan dari Allah Taala, yang dikatakan sebagai masyarakat Islam hakiki dan sejati.