BERUNTUNGNYA HIDUP DI ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Alif, Laam, Miim.


Orang-orang Rom telah dikalahkan -
 

Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -


Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -


Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.


Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Surah Ar-Rum: 1-6


Betapa beruntungnya kita pada masa ini bila Allah rezekikan untuk hidup di masa Islam sedang bangkit dengan meriahnya. Kita tiada halangan untuk mengamalkan Islam dengan syumul dan tidak ada siapa boleh halang kita untuk mengikut syariat Allah melainkan kita sendiri yang menghalang daripada melakukannya. Kita bertuah dapat melaksakan syariat Islam tanpa halangan, bebas bertudung dan menutup aurat, boleh mendapatkan makanan halal buatan orang Islam tak kira apa bangsa. Beruntung dan bertuahnya kita pada masa ini.

Kebangkitan Islam kali kedua menyalin kebangkitan yang pertama. Ia akan berlaku sekali lagi dalam sejarah umur dunia. Mari kita lihat pada sejarah yang menjadi guru dan tauladan buat kita. Sepertimana maksud firman Allah dalam surah Ar-Rum di atas, sejarah telah mencatatkan kebangkitan Islam berlaku selepas dunia digilirkan kuasanya kepada Rom dan Farsi (Parsi). Rom dan Farsi pada ketika itu adalah kuasa besar yang silih berganti menjadi empayar dunia. Bangsa Rom kebanyakannya beriman dengan agama samawi, agama para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW, manakala bangsa Farsi lebih menyembah alam seperti api Majusi, menyembah matahari, dan lain-lain. Dengan erti kata yang lain bangsa Farsi adalah bangsa yang menyekutukan Allah manakala bangsa Rom beriman namun kebanyakannya derhaka kepada Allah Taala. Banyak sejarah mencatatkan mereka juga menzalimi rasul dan nabi yang diutuskan kepada mereka.

Di akhir zaman ini Allah telah takdirkan dunia kini dikuasai dua kuasa besar yang bukan Islam. Kuasa barat diterajui oleh Amerika manakala kuasa timur atau blok timur dikuasai Rusia yang telah berakhir era kuasanya. Blok Amerika boleh kita samakan dengan Rom, manakala blok timur (ketuanya Rusia/Soviet) adalah Farsi akhir zaman. Satu kuasa dengan fahaman komunis tanpa agama dan tak bertuhan, manakala satu lagi fahaman yang nak lawan kuasa Tuhan. Ini lebih dahsyat dari Rom dan Farsi di kebangkitan Islam pertama. Kali ini kedua-duanya bergabung memusuhi Islam.

Namun Allah takdirkan komunis dan fahamannya tidak lagi menjadi empayar dan menerajui dunia. Maka selamatlah umat Islam dari kekejaman mereka. Jika Amerika dah cukup kejam dan zalim, komunis lagi dahsyat dan kejam serta kezalimannya sangat luar biasa. Abuya selalu berkata, beruntunglah kita hidup di zaman kebangkitan Islam. Andaikata Tuhan nak uji kita dengan komunis masih berkuasa, hidup di hutan pun belum tentu kita akan selamat.

Surah Ar-Rum menjadi hiburan dan berita gembira buat umat Islam dan pejuang kebenaran. Ini menggambarkan tak lama lagi Islam akan menjadi empayar buat kali ke dua. Dulu Soviet pernah menguasai dan menjadi empayar, kemudian tumbang dan digantikan empayar barat Amerika, maka selepas ini Allah Taala akan perlihatkan kuasanya sepertimana yang dijanjikan melalui lidah Nabi Muhammad SAW. Yahudi dan musuh-musuh Islam tahu berita ini dan sedang menantikannya. Namun Allah Taala ada cara untuk selamatkan agama-Nya dari ancaman dan kejahatan manusia.

Sekali lagi beruntungnya kita dan bertuahnya kita dapat hidup di zaman kebangkitan Islam. Dalam kita diuji tapi masih dapat pertahankan syariat Islam, pertahankan Iman, dan ini kerana keberkatan Janji Allah pada akhir zaman. Allah Taala telah berjanji Islam sekali lagi akan menjadi empayar buat kali ke dua. Maha Suci Tuhan dari memungkiri janji-Nya. Marilah kita persiapkan diri dan keluarga kita supaya bersedia menghadapi nikmat besar dan ujiannya juga besar selepas ini.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?