MENGENANG JASA GURU MURSYID.

Sebagai murid kepada mana-mana guru, Islam mengajarkan agar guru itu dihormati sekalipun berlainan agama dan bangsa. Berlainan fahaman dan pegangan bukan alasan untuk tidak menghormati satu sama lain. Apatah lagi mengenang jasa guru bertaraf mursyid, guru yang menyedarkan kita betapa pentingnya keselamatan Iman berbanding hanya selamat fizikal sahaja. Guru Mursyid ialah guru pendidik, atau erti kata yang lain pemimpin yang memimpin ke jalan yang selamat, jalan menuju Akhirat yang kekal abadi. Allah telah rezekikan kepada kita seorang manusia luar biasa yang menjadi guru, mursyid, dan pemimpin kita. Dialah Abuya yang dirindui lagi dikasihi.

Generasi pada hari ini mungkin tidak mengenali siapa Abuya. Bahkan generasi jemaah yang masih kecil, masih muda pun tidak kenal siapa Abuya walaupun lahir dalam bakul jemaah. Generasi masa kini jangankan Abuya, tokoh-tokoh atau negarawan negara sendiri pun mereka tidak kenal, apatah lagi seorang yang berjasa kepada dakwah Islamiah di Malaysia ini. Generasi sekarang jiwanya hanya mahu memberontak, generasi dulu semua tak betul hanya dia yang betul sebab dia muda, katanya. Generasi sekarang adalah buah kepada pendidikan yang diperjuangkan mereka yang mengejar tamadun lahir semata, akhirnya lihatlah hasil apa yang awak perjuangkan. Generasi yang menentang pendidik dan pemimpin mereka sendiri. Generasi ini kalau tak diberi kesedaran negara sendiri pun akan dijual kepada orang asing. Inilah jiwa yang lahir dan terbentuk selama ini tanpa didikan dan pimpinan yang betul.


Perkara inilah yang dirisaukan berlaku kepada jemaah kebenaran dan ia telah pun berlaku. Mana-mana jemaah yang memperjuangkan kebenaran akan berdepan dengan realiti seperti ini. Jika bersatu menangani masalah ini barulah boleh dikatakan jemaah kebenaran. Sebab itulah Abuya selalu berpesan dengan ingatan dari Al-Quran, selamatkan iman diri dan keluarga, bina dan didik iman diri dan keluarga seterusnya akan lahir satu masyarakat yang berwibawa.

Abuya sememangnya tak boleh dipisahkan dari kebangkitan Islam dan dakwah di Malaysia. Tanyalah sesiapa bahkan di pondok mana sekalipun Abuya-lah yang kental dan begitu berjuang bermatian perkenalkan Islam hingga menjadi inspirasi kepada pejuang Islam yang lain di rantau ini. Dari kaedah perjuangannya, ciri jemaahnya, fesyen islamiahnya, pendidikannya, kebudayaannya, sehingga Islam itu syumul semua ini diperjuangkan oleh Abuya, kemudian barulah orang lain meneruskannya. Abuya adalah pencetusnya, pejuang yang lain hanya perlu menyalin dan perjuangkan apa yang dicetuskan.

Generasi sekarang mungkin tak tahu siapa pelopor hiburan Islam masa kini. Abuyalah pelopornya. Malah Abuya juga pernah merakamkan sebuah album bertajuk "Oh Pejuangku". Abuya bukan hanya bercakap malah beliau turut praktikkannya supaya tiada siapa boleh mengata Abuya hanya pandai cakap sahaja! Dari jemaah Arqam lahirlah kumpulan nasyid Nada Murni yang menjadi fenomena di kebangkitan dakwah satu  masa dulu. Selain Nada Murni, ada kumpulan nasyid lain mengiringi seperti The Zikr, Mawardah (kumpulan kanak-kanak), dan beberapa yang lain. Setelah perjuangan Abuya diuji, murid-murid Abuya terus bertebaran, dari Nada Murni menjadi Rabbani, The Zikr menjadi Raihan, gabungan beberapa ahli Nada Murni dan The Zikr lahirlah Hijjaz. Mereka menjadi pelopor di bidang mereka dan mereka lahir dalam bakul pendidikan Abuya. Kini giliran mereka melahirkan pelapis-pelapis dibidang mereka pula.

Fesyen Islamiah pula sememangnya tak boleh elak dari Arqam, dari Abuya. Tanyalah mak ayah kita atau datuk nenek kita, siapa yang awal-awal berpurdah kalau bukan pengikut dan murid Abuya. Ada orang kata bukan Arqam saja yang berpurdah, tapi Abuyalah yang perjuangkan hingga umat Islam tak takut, tak malu malah berani memperagakan pakaian Islamiah hingga menjadi fesyen dan ikutan masa kini. Memanglah dulu warnanya hitam sahaja, itu pun masyarakat susah terima lagilah kalau di masa itu pun bermacam warna entah apa lagi tuduhan dan tohmahan kepada Abuya. Serban Abuya juga menjadi tanda atau trademark Abuya, samada warnanya atau kaedah lilitannya. Memang Abuya pakai serban kaedah Rasulullah SAW, tapi yang perjuangkannya sampai masyarakat boleh terima itu jasa Abuya. Sebagai manusia kita perlu mengenang jasanya. Di masa kini serban Abuya atau lilitan serban Abuya sudah menjadi trend, tapi satu masa dulu nak pakai kopiah pun orang malu. Kalau pakai kopiah tu tandanya baru balik haji. Kini budak tadika pun selesa pakai kopiah, berbangga, tahu kopiah ni tanda kebesaran umat Islam.

Sebagai pencetus atau pelopor, Abuya hanya memulakan kemudian barulah kita meneruskannya, kembangkan ia hingga menjadi bermacam bentuk dan rupa, sesuai dengan minat dan selera tanpa melanggar syariat dan batasan agama. Abuya memulakan sesuatu di masa orang lain tak tahu mengenainya, malah menentang apa yang Abuya bawa. Tapi kalau sekarang pengacara televisyen pun pakai serban tak apa. Dulu tak, pakai tudung dikatanya hantu kum-kum. Sekarang artis pun jual tudung, jual jubah. Kalau tak tiadalah perhatian yang baik daripada peminat. Kalau dulu muka depan majalah hanya tayang aurat, dedah sana dan sini tapi kini ada majalah khas untuk wanita bertudung. Malah ada majalah khas untuk cara-cara pakai tudung dan 1001 jenis fesyen dan lilitan tudung. Bukan satu fesyen tapi ribuan. Sekejap lilit sana, lepas tu lilit sini, terbelit-belit tengok cara pakai tudung masa kini. Tapi 20-30 tahun sudah, pakai serkup (anak tudung/inner) pun orang dah mengata.

Betapa besarnya jasa Abuya. Sepatutnya kita hargai jasanya. Pengikut fahaman komunis bermatian memikirkan cara nak bawa abu pemimpin mereka masuk ke tanah air ini kerana cintanya mereka pada pemimpin mereka. Di setiap lapisan masyarakat ada pelapis atau grassroots mereka. Ini seorang manusia yang besar jasanya terhadap dakwah Islamiah di tanah air kita. Tapi inilah perjuangan kebenaran, Nabi dan Rasul pun diuji, hingga ada yang dibunuh, para ulama terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, pernah difitnah dan dipenjara. Mereka diterima setelah dunia setelah ketiadaan mereka. Inilah lumrah perjuangan kebenaran. Inilah sejarah yang patut kita belajar dengannya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?