MAZMUMAH MENGHALANG KASIH SAYANG.
Kasih dan sayang adalah keperluan manusia. Setiap jiwa sangat memerlukan kasih dan sayang. Dunia rosak dan musnah bilamana hilangnya kasih sayang. Kasih sayang tidak datang dari harta benda. Wang, pangkat, harta dan kuasa tidak boleh beli kasih sayang bahkan kerana itulah manusia berpecah belah dan bermusuhan hingga berlaku penindasan, penzaliman, malah pembunuhan. Kalaulah kasih sayang boleh dijual beli sudah tentu ia barang yang paling laris sekali atas muka bumi ini. Namun ia bukanlah sesuatu yang boleh dijual dan beli. Ia sangat berharga. Malah lebih mahal dari emas dan berlian malah sukar dicari dan diperolehi. Jika sudah diperolehi janganlah ia dicabuli dan dirosakkan.
Kasih sayang menurut Abuya ada tiga, iaitu Kasih Tabi'i, Kasih Aradhi, dan Kasih Nafsu. Ada kasih sayang yang datang sendiri dan ada yang ditagih dan dicari. Mari kita kenali secara lebih terperinci tentang peringkat, bahagian, jenis dan sifat kasih sayang. Dari sana kita akan tahu bagaimana membina, menjaga, mengawal dan menyuburkan kasih sayang. Dan kita akan mendapat nikmat dari saling berkasih sayang. Kasih sayang itu berbeza-beza sifat dan sebab terjadinya. Dan berbeza pula dorongan atau rangsangan serta penghalang-penghalang yang boleh mengurangkan dan membunuh rasa kasih sayang itu.
Menurut Abuya lagi, Kasih Tabi'i dan Kasih Aradhi itu dikatakan sebagai Kasih Murni. Apa itu Kasih Tabi'i, Kasih Aradhi, dan Kasih Nafsu?
1. Kasih Tabi'i.
Kasih jenis ini terjadi atau wujud dalam diri disebabkan oleh hubungan darah atau keturunan. Kerana percampuran darah yang berlaku dalam badan, maka mereka ini adalah sebahagian dari yang lain. Hakikatnya adalah satu. Jadi, sebagaimana manusia itu kasih pada dirinya, maka dia kasih juga pada sebahagian dirinya (darah) yang ada pada orang lain itu. Kasih Tabi'i ini terjalin antara anak dan ayah serta ibunya, cucu dan datuk neneknya. Kasih Tabi'i ini kata Abuya adalah kasih sayang yang kuat ikatannya atas muka bumi ini. Tapi Kasih Allah Taala jauh melebihi segalanya. Cuma makin jauh hubungan darah itu kasih berkurang kerana jaraknya. Kasih Tabi'i yang tulen ini kalau tidak dipupuk dan dibela pun ia tetap teguh apatah lagi bila bila dijaga, dipupuk dan diikat dengan Kasih kepada Allah Taala.
2. Kasih Aradhi.
Kasih mumi yang semulajadi dalam hati manusia, selain yang wujud sejak lahir, ada juga yang bat-u tumbuh sesudah lahir dan dewasa. Ia terjadi bukan kerana hubungan darah, seketurunan, sebangsa dan lain-lain, tetapi kerana dorong- an, pengaruh masa dan sebab-sebab positif yang mendatang. Hingga kerana tarikan kasih itu, jadilah manusia-manusia yang selama ini tiada hubungan apa-apa, terhubung antara satu sama lain. Lagi kuat tarikan atau dorongan atau pengaruh itu maka lagi kuatlah ikatan kasih sayang. Ia jadi, lemah atau hilang bila sebab-sebab tadi tiada atau terhalang
Kasih murni yang mendatang ini biasanya disebabkan faktor-faktor agama, akhlak, jasa, keadilan pemimpin, pemurahnya orang kaya, ilmu, kepetahan, kerajinan, kecantikan dan lain-lain keistimewaan. Kerana tertarik kepada kebaikan-kebaikan itu yang dilihat ada pada seseorang, maka tumbuhlah kasih murni antara sesama manusia. Kasih mumi yang tiada apa-apa kepentingan ini boleh juga terjadi sekalipun antara manusia berlainan bangsa dan agama, negara dan warna kulit. Sedangkan kasih tabi’i tidak ada pada manusia yang berbeza-beza bangsa, negara dan agama
3. Kasih Nafsu.
Berbeza dengan kasih murni, kasih nafsu ini sifatnya buruk kerana ia tumbuh disebabkan sesuatu kepentingan peribadi. Demi sesuatu kepentingan duniawi dan keseronokan yang dicari, maka datanglah kasih tersebut. Kasih ini tidak datang dari hati yang jujur; ia bersifat pura-pura dan sementara. Seorang lelaki atau perempuan boleh jatuh kasih kepada perempuan atau lelaki yang diingini untuk memuaskan nafsunya. Kasih itu hilang bila nafsu sudah kenyang atau sebab-sebab rangsangan sudah tiada. Seorang pekerja yang kasih kepada majikannya kerana gaji atau pangkat, bila apa yang dihajati tidak diperolehi kasih itu akan pudar dan hilang. Seorang kawan kasih kepada kawannya kerana mengharapkan sesuatu atau pertolongan, namun kasih itu hilang bila yang diharapkan tak kesampaian.
Setelah kita kenal jenis-jenis kasih tadi, kita perlu tahu cara menjaganya dan suburkannya supaya kasih ini berkembang dan memeriahkan muka bumi ini. Dunia ketandusan kasih dan sayang. Sekalipun di dalam keluarga, namun kini kasih ini sukar diperolehi lagi. Mengapa ini terjadi? Kata Abuya, perkara yang boleh hancurkan kasih sayang ialah mazmumah. Sifat-sifat keji ini (mazmumah) yang menghancurkan institusi kekeluargaan. Mazmumah inilah membahagikan manusia mengikut kelas dan kasta-kasta, mencipta benua-benua yang hakikatnya ingin mengawal manusia mengikut nafsu semata. Mazmumah inilah yang membuatkan manusia tidak boleh beramah mesra, beralah, bertolong bantu, dan akhirnya mementingkan diri, hidup nafsu nafsi, menghina manusia yang lain, merendah-rendahkan dan menjatuhkan martabat manusia, lebih dahsyat lagi sanggup berbunuhan dan berperangan satu sama lain.
Lunturnya kasih boleh berlaku dengan berhagai-bagai sebab. Lain jenis kasih sayang, lainlah sebab berubahnya atau lunturnya kasih dan lain pulalah cara-cara untuk mengembalikan kasih sayang itu. Antara sebab-sebab kasih itu pudar dan hilang:
1. Kasih Tabi’i yang berakar umbi dalam hati orang- orang yang ada hubungan darah atau keturunan. Kasih jenis ini memang payah untuk dicabut dari hati, tetapi ia boleh lekang juga bilamana:
2. Kasih Aradhi (mendatang) yang tumbuh kerana terpaut pada pengaruh jasa, akhlak, kebolehan dan keistimewaan yang ada pada manusia, juga boleh hilang bilamana orang yang dikasihi itu:
3. Kasih Nafsu hilang bilamana daya tarikan nafsu sudah tiada. Datanglah jemu untuk hidup bersama. Ditambah pula dengan perangai masing-masing yang menyakitkan. Maka tidak pelik kalau hari ini ramai suami isteri muda bercerai-berai. Kasih mereka yang marak menyala sebelum kahwin itu sebenarnya kasih nafsu. Kasih yang berkepentingan. Ia sangat lemah, tidak tahan diuji dan mudah sekali luntur. Begitu juga kasih orang-orang politik atau ahli-ahli perniagaan. Semuanya amat rapuh ikatannya kerana mem- punyai kepentingan. Masing-masing kurang jujur, tidak mementingkan perasaan kawan dan sanggup menipu. Sebab itu pecah-belah mudah berlaku. Kasih sayang umpama embun yang lesap ditelan panas matahari.
Daripada huraian di atas, nampaknya Kasih Murni lebih kukuh dan tahan uji. Kasih Nafsu sangat longgar dan mudah hilang. Sebab itu kita jangan membiarkan diri terikat kepada kasih nafsu semata-mata. Kita mesti usahakan agar kasih kita lebih suci dan murni Kalau tidak, kita akan kecewa. Kasih nafsu yang halal tidaklah salah tetapi kalau tidak disokong oleh Kasih Murni, ia. mudah hilang.
Pengikat atau penyokong kasih supaya tidak putus ialah faktor akhlak. Sebab itu kasih sayang hanya terpelihara bilamana manusia boleh berakhlak atau berperangai baik. Untuk dapatkan akhlak yang baik, perlu pada belajar. Untuk belajar mestilah ada ilmu, untuk dapatkan ilmu mestilah berguru, itulah namanya belajar. Akhlak tidak datang sendiri. Mesti diusahakan. Sepertimana kalau kita hendak pakai baju cantik, kita kena usahakan membelinya dengan harga yang mahal. Begitulah juga untuk menghias diri dengan akhlak baik, kita mesti perjuangkan dengan sungguh-sungguh melalui tarbiah dan pimpinan yang baik. Oleh itu bersihkan diri dari sifat-sifat keji atau mazmumah kerana ia penghalang berlakunya kasih sayang. Hilang kasih sayang hilanglah rahmat dan kasih sayang Tuhan.

A. Terjadi perlakuan yang terlalu kejam dari mana-mana pihak atau kedua-dua pihak. Dengan kata lain, bilamana masing-masing tidak saling jaga-menjaga atau tidak hormat-menghormati, maka tawarlah hati masing-masing. Kalau ini sering terjadi, rasa marah dan tersinggung akan melunturkan atau menutup Kasih Tabi’i yang murni itu.
B. Anak-anak tidak kenal orang tua kerana sejak kecil dipisahkan atau selalu terpisah-pisah hingga tidak kenal-mengenal, lalu benih Kasih Tabi’i mati sebelum sempat subur. Kalau dewasa baru dikenalkan semula kepada ibu bapanya, ianya sudah tidak boleh hidup lagi. Yang tinggal hanya yakin dan rasa simpati sahaja.
2. Kasih Aradhi (mendatang) yang tumbuh kerana terpaut pada pengaruh jasa, akhlak, kebolehan dan keistimewaan yang ada pada manusia, juga boleh hilang bilamana orang yang dikasihi itu:
a. Mengungkit-ungkit jasa. Misalnya, guru-guru mengungkit pengorbanannya atau pemimpin mengungkit-ungkitkan jasanya pada rakyat dan lain-lain lagi.
b. Sombong dan membesar diri kerana merasa dirinya bijak, alim atau istimewa. Ringkasnya, faktor hilang kasih ialah kerana orang yang dikasihi tidak berakhlak lagi.