ORANG BERTAQWA AKAN DIBERIKAN KEFAHAMAN TERHADAP AGAMANYA.
"Sesiapa yang
Allah inginkan kebaikan padanya maka dia akan difahamkan tentang
agamanya."
Langkah-langkah yang disebutkan tadi nampak mudah tetapi dalam perlaksanaan ternyata ramai yang kecundang. Ini termasuklah golongan yang memperjuangkan agama dan kebenaran, sekadar semangat perjuangkan agama sahaja tidak cukup tanpa ilmu dan iman. Supaya lebih mudah kita faham, yang dimaksudkan "orang yang Allah inginkan kebaikan padanya" ini ialah orang yang bertaqwa. Bukan mereka berusaha untuk faham tetapi mereka berusaha menjadi orang bertaqwa, barulah kefahaman datang dengan sendirinya. Dengan ertikata yang lain Allah-lah yang beri kefahaman padanya. Sesuailah dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengajarkan kamu". Dalam hadis Rasulullah SAW dari Abu Nuaim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu maka Allah akan pusakakan ilmu yang dia tidak tahu".
Islam adalah agama
kasih sayang, keamanan, perpaduan, kedamaian, dan kemakmuran. Malah pemimpinnya
iaitu Rasulullah SAW adalah ialah seorang yang sangat terkenal dengan akhlaknya
yang luar biasa. Seorang yang penuh dengan sifat kasih dan sayang, pemaaf, penyabar,
dan 1001 lagi sifat mahmudah. Selain itu juga, Islam adalah agama yang membawa
syariat untuk mendisiplinkan manusia. Syariatlah yang membezakan antara orang
Islam dan bukan Islam, juga membezakan antara manusia dan haiwan.
Orang yang bertaqwa
adalah orang yang diberikan kefahaman terhadap agamanya. Ramai orang boleh tahu
tentang agama bila belajar, namun untuk mendapatkan kefahaman ia tidak cukup
dengan belajar. Setelah belajar iaitu mendapatkan ilmu, dia mesti menghayati ilmunya
agar mendapatkan rasa. Dari rasa (cinta dan takut kepada Allah) itulah akan
mendorong manusia untuk beramal. Amalan yang disertai dengan penghayatan inilah
akan memberikan kefahaman terhadap agamanya. Kerana amalan tanpa rasa, tanpa
ilmu, tanpa penghayatan, ia tidak memberi kesan. Sebab itulah semakin beramal
semakin tidak memberi kesan mahmudah. Semakin beramal yang lahir daripadanya
sifat-sifat mazmumah, kerana bila amalan tanpa mahmudah akan lahir sifat yang
berlawanan darinya. Semakin umat Islam cuba bersatu tetapi hasilnya semakin
bertambah kerosakan dan pecah belah. Ini kerana asasnya tidak mengikut syarat
dan kehendak Tuhan tadi.
Langkah-langkah yang disebutkan tadi nampak mudah tetapi dalam perlaksanaan ternyata ramai yang kecundang. Ini termasuklah golongan yang memperjuangkan agama dan kebenaran, sekadar semangat perjuangkan agama sahaja tidak cukup tanpa ilmu dan iman. Supaya lebih mudah kita faham, yang dimaksudkan "orang yang Allah inginkan kebaikan padanya" ini ialah orang yang bertaqwa. Bukan mereka berusaha untuk faham tetapi mereka berusaha menjadi orang bertaqwa, barulah kefahaman datang dengan sendirinya. Dengan ertikata yang lain Allah-lah yang beri kefahaman padanya. Sesuailah dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengajarkan kamu". Dalam hadis Rasulullah SAW dari Abu Nuaim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu maka Allah akan pusakakan ilmu yang dia tidak tahu".
Jadi semakin
jelaslah kepada kita pengertian siapa yang Allah akan berikan kefahaman
kepadanya. Hanya orang bertaqwa yang akan diberikan kefahaman padanya. Orang
bertaqwa ialah orang yang perjuangkan agama dengan sungguh-sungguh. Orang yang
bertaqwa mustahil melanggar syariatnya. Andaikata terbuat dia segera bertaubat
dan menyesal serta buat pembuktian atas taubatnya itu. Mana boleh kita langgar
syariat Allah, abaikan kasih sayang, abaikan ilmu syariat dan ilmu hikmah,
kemudian kita kata Allah akan beri faham pada siapa yang Allah mahu. Sudah
terlalu jelas dan cukup jelas, baginda SAW sangat mengambil berat terhadap
pembangunan iman sahabat. Membangunkan Iman dan Ilmu itulah pendidikan. Tanpa
pendidikan takkan lahir penghayatan dan seterusnya perlaksanaan kepada syariat
Islam. Kalau ada orang cuba melaksanakan tanpa melalui pendidikan iman dan
ilmu, yang lahir hanyalah kerosakan. Lihatlah keadaan umat Islam masa kini,
termasuklah golongan yang membawa kebenaran namun pendidikan ini diabaikan
hilanglah wibawa umat Islam itu sendiri. Buatlah apa pembangunan sekalipun
takkan berlaku campur tangan Tuhan. Semakin membangun semakin jauh dari Tuhan,
semakin hilang kasih sayang, hati semakin tawar dengan perpaduan, jiwa lemah,
akhirnya lahirlah masyarakat yang layu walaupun lantang dalam berslogan. Inilah
gambara dunia Islam hari ini.
Pesanan Abuya kepada
kita, jadilah orang bertaqwa kita akan mulia. Jangan tinggalkan Abuya, dalam
ertikata yang lain jangan abaikan Islam samada ilmunya, syariatnya, amalannya,
akhlaknya, jika tinggalkan Islam yang diwariskan kepada kita hilanglah segalanya.
Bila hilang Tuhan kerana selainnya, apalah erti dunia dan seisinya. Apalah erti
perjuangan tanpa rohnya, hanya lakukan yang menyakitkan jiwa. Terpaksa
berpura-pura dalam masa yang sama tergadai Iman dan segalanya. Jadilah orang
bertaqwa barulah Allah akan membela, jadilah orang bertaqwa barulah dapat
kefahaman daripada-Nya. Taqwa ada syarat-syaratnya, salah satunya dengan
mendapatkan ilmu dan mengusahakannya. Jika ilmu tak dipelajari mustahil dapat
taqwa, mustahil dapat kefahaman. Hargailah Ilmu yang diwariskan kepada kita.
Ilmu yang menjadi syarat untuk menjadi orang bertaqwa. Ilmu yang menyelamatkan
kita, ilmu yang dapat memberi manfaat kepada semua manusia. Ilmu yang
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang diwariskan Mursyid kita.