MOTIVASI SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK CALON IKHWAN DAN ASOIB.
Keyakinan tambahan seperti peristiwa atau Janji Allah di akhir zaman adalah satu motivasi untuk pencinta kebenaran dan pejuangnya. Jika ianya tak berlaku di tangan mereka itu bukan satu kekecewaan. Mereka telah pun peroleh pahala atau ganjaran kerana berjuang untuknya, berjuang untuk berlakunya Janji Allah itu. Namun jika tak berlaku bukanlah satu kegagalan. Berapa ramai ulama yang haq semasa hayatnya ditentang, namun setelah ketiadaannya dia diangkat dan disanjung. Begitu juga mereka dipuji, ilmunya dan nasihatnya diamalkan dan diteruskan malah ada yang diperjuangkan.
Para Sahabat menjadikan kata-kata, pesanan, dan nasihat serta teguran Nabi Muhammad SAW sebagai motivasi mereka. Malah menjadi azimat dan genggaman mereka. Motivasi seperti ini yang menjadi pemangkin buat mereka untuk terus berjuang. Islam boleh tersebar hingga seluruh pelusuk dunia kerana para pejuangnya mendapat motivasi dari perjuangan Rasulullah SAW, hadis-hadis Baginda menjadi pemangkin dan kekuatan buat mereka untuk terus segar dalam memperjuangkan Islam ini.
Ujian yang datang silih berganti kepada pejuang kebenaran tak kira masa dan ketika, mengikut saiz dan ukuran mereka. Ada ujian yang datang dari kehidupan, masyarakat, keluarga, suasana persekitaran dan pelbagai lagi namun dengan adanya motivasi seperti kebangkitan Islam kedua di akhir zaman ini ia menjadi pemangkin buat para pejuangnya.
Buat para pejuang kebenaran, setiap ujian yang datang merupakan hiburan untuk mereka. Ujian dan dugaan sesuatu yang perit dan berat, namun ianya satu keperluan dan menjadi kayu ukur dalam perjuangan dalam menentukan kesungguhan pejuang. Bila setiap ujian itu dimuhasabahkan, ia menjadi hiburan, kekuatan, motivasi dan pemangkin, seterusnya menjadi pemacu untuk perjuangan terus bertambah laju.
Suasana dan perkembangan masyarakat, berita dan isu semasa juga boleh menjadi motivasi dan pemangkin dalam perjuangan kebangkitan Islam kedua ini. Penerimaan dunia khususnya masyarakat Malaysia terhadap Islam menjadikan para pejuang yakin bahawa Janji Allah itu pasti berlaku. Jika 40 tahun sudah umumnya tak ramai boleh menerima perjuangan Abuya, samada konsepnya atau kaedahnya atau pengisiannya, namun kini setelah puluhan tahun berlalu perjuangan Abuya telah diterima oleh masyarakat Malaysia dalam mereka sedar atau tidak.
Perjuangan Abuya yang diambil atau ditiru seperti kaedahnya, ciri-cirinya, pengisiannya, konsep jemaahnya, dan segala kaitan mengenainya menjadi contoh dan ikutan. Majlis zikir dan selawat seperti Ya Hanana kini menjadi kegilaan dan hiburan umum masyarakat Malaysia sedangkan dulu ianya asing dan pelik. Kini jika ada yang menolaknya akan ditentang msyarakat umumnya kerana mereka telah merasakan kemanisannya. Sekarang lahirlah daie-daie atau pendakwah instant yang memeriahkan kebangkitan Islam di Malaysia. Figur seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, dan ramai lagi menjadi idola dan kecintaan masyarakat. Fenomena ini berlaku di merata tempat di tanah air kita ini. Sedangkan kepada Abuya ia telah berlaku lebih 40 tahun dahulu, ketika itu ianya asing malah ditentang pula. Namun kini yang menolaknya akan ditentang!
Perkara seumpama inilah yang menjadi motivasi seterusnya pemangkin untuk pejuang-pejuang Islam. Semakin perit ujian yang datang namun natijah dan hasilnya menjadikan para pejuang semakin gigih dan terus mara. Ketika para sahabat diejek dan dihina, ketika itulah Allah menambah kekuatan mereka. Ketika ujian dan dugaan datang melanda ketika itulah malaikat datang membantu perjuangan kebenaran.
Ingatlah! Setiap yang kita lakukan adalah syarat untuk mendapatkan perhatian dan pandangan dari Tuhan. Allah boleh saja lakukan kejayaan dan kemenangan pada agama-Nya pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya kerana Allah Maha Berkuasa. Tapi inilah peluang yang Allah berikan kepada hamba-Nya untuk mencapai satu kedudukan yang mulia di sisi-Nya. Malah para nabi dan rasul kedudukan mereka di sisi Tuhan pun mengikut tahap dan ukuran ujian yang diberikan kepada mereka. Inilah pemangkin dan motivasi buat calon Ikhwan dan Asoib untuk terus mara memburu cita-cita yang membawa ke akhirat kelak.