Posts

Showing posts from 2016

BANTUAN ALLAH SWT TELAH TIBA.

Image
Firman Allah SWT: Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran:126) Sudah sampai masanya Allah SWT datangkan penyelamat, seorang utusan mewakili utusan Allah, seseorang yang bukan rasul namun mewakili rasul-Nya untuk memimpin dan menyelamatkan umat manusia. Sebelum lahirnya Baginda Nabi saw, umat terdahulu telah dikhabarkan akan kedatangan seorang rasul bongsu, rasul penutup, dialah paling istimewa di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi yang telah Allah swt utuskan. Lahirlah Nabi Muhammad saw, bersama tanda-tanda keajaiban dunia ketika itu. Terpadam Api Majusi yang ribuan tahun tak pernah-pernah padam, maka ketika kelahiran Baginda saw, ketika itulah ia padam. Istana Kisra Parsi atau Raja Parsi ketika itu runtuh. Runtuhlah teknologi canggih yang ada k

MALAYSIA BENTENG AHLI SUNNAH, DAN SELAMAT DENGANNYA.

Image
Era politik akan berakhir tak lama lagi. Politik yang berkiblatkan barat atau politik cara barat akan jatuh dan lumpuh. Jatuhnya sistem ini bersama dengan isinya. Ertinya, sesiapa yang bersama politik ini juga akan jatuh sekali, ibarat pisang jatuh setandan. Politik sedia ada kini bukan lagi relevan dan penyelesai masalah, malah ianya adalah punca masalah. Ianya tempat jatuh menjatuhkan, hina menghina, buruk memburukkan, dan 1001 lagi keburukan yang membawa mudarat kepada rakyat. Ini kerana politik yang ada bukanlah membawa manusia menuju Allah swt dan akhirat. Malah kerana politik manusia semakin jauh dengan Allah, semakin lupakan akhirat. Malaysia juga tak berkecuali daripada senario politik yang busuk dan jijik. Politik menjadi tempat manusia berebut pangkat, mengumpul harta kekayaan, menjatuhkan, menghina, dan bermacam lagi kejahatan yang merosakkan iman manusia. Namun ramai tidak sedar bahawa politik adalah satu ajaran dan fahaman yang sesat dan menyesatkan. Kerana polit

PERJUANGAN ABUYA TELAH BANYAK DISELEWENGKAN.

Image
Islam bukan sekadar satu akidah kepercayaan atau suatu pegangan. Ia adalah satu sistem hidup. Di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam dan perundangan serta sistem-sistem yang melibatkan akidah dan ibadah. Sama ada ibadah yang berbentuk lahir mahupun rohaniah. Ibadah lahir itu apa yang dinamakan syariat dan ibadah rohaniah itu ialah apa yang dinamakan tasawuf. Inilah dia Iman (Akidah), Islam (syariat), dan Ihsan (Tasawuf). Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan, العِÙ„ْÙ…ُ Ø¥ِÙ…َامُ العَÙ…َÙ„

APAKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR MERDEKA?!

Image
Selepas tujuh ratus tahun wujudnya empayar Islam, sedikit demi sedikit kawasan jajahan empayar Islam dijajah oleh kuasa kuasa Barat termasuk Britain, Perancis, Belanda, Portugal dan lain-lain lagi. Jajahan empayar Islam dibuatkan sempadan dan dibahagi-bahagikan di antara kuasa-kuasa penjajah tersebut. Lahirlah berbagai negara di kawasan empayar Islam yang dahulunya adalah di bawah naungan satu pemerintahan. Di kawasan timur tengah iaitu di kawasan umat berbangsa Arab sendiri, Britain telah menubuhkan berbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Jordan, Iraq, Syria dan sebagainya. Di utara Afrika, Perancis menubuhkan Algeria, Tunisi Libya, Maghribi dan lain-lain lagi. Benua ke India pula dipecah dua kepada India dan Pakistan. Begitulah seterusnya yang berlaku di kawasan-kawasan dunia Islam yang lain. Malaysia (atau Malaya) ketika itu tidak terkecuali. Disebabkan pengaruh penjajahan ini, banyak perkara yang besar-besar telah hilang dan umat Islam. Di antaranya, umat Islam telah hilang sa

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM MERDEKA DAN SELEPASNYA.

Image
Di sini, beberapa senarai yang Abuya Syeikh Ashaari telah keluarkan berkaitan kemerdekaan manusia hasil pengalaman hidupnya dan pemerhatian beliau sekaligus menjadi buah fikirannya, khusus buat rakyat Malaysia sebagai bahan fikiran dan muhasabah; apakah kita telah merdeka dengan kemerdekaan yang sebenarnya? Perbezaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya. 1. Sebelum Merdeka, boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (perumahan kos rendah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orang-orang kaya dan golongan atasan. 2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah, justeru hidup nafsi-nafsi telah menebal. 3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, sama-sama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan betapa orang biasa. 4. Dahulu orang bu

ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT.

Image
Orang yang merasa dirinya mulia, sebenarnya di sisi Tuhan adalah hina. Ini kerana bagi Tuhan, sepertimana yang disebutkan-Nya dalam Al-Quran; orang yang mulia itu ialah orang yang bertaqwa . Di mana kemuliaan orang bertaqwa? Kemuliaan itu letak pada hatinya. Hati yang cukup tinggi rasa hamba dengan Tuhannya. Rasa hamba itu ada berbagai dan yang paling menonjol itu adalah rasa hina dengan Tuhan. Rasa hina ini, biasanya ia menjadi subur di dalam sembahyang. Bilamana dia sembahyang, terutama pada waktu sujud, di waktu itulah benar-benar dirasakan dirinya hina. Yang dirasakan dalam hatinya walaupun sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, tetapi bolehlah dimaksudkan sebegini: “Aku ini hina, wahai Tuhan... Kau jadikan aku daripada tanah. Aku ini hina, Tuhan... Kau jadikan aku daripada setitis air mani yang hina. Aku ini hina, Tuhan... Aku hina seperti najis. Kau Tuhan yang maha Tinggi, aku hamba yang hina. Aku menghina diri di hadapanMu Tuhan dan itulah yang selayaknya buat aku sebag

KEBANGKITAN ISLAM SECARA AMAN DAN DAMAI.

Image
Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Baik, yang Maha Hebat, yang Maha Agung dan Maha Segalanya. Malaysia kini semakin meriah dengan amalan-amalan Islam yang menyuburkan hati dan jiwa manusia kepada kemakmuran dan perpaduan. Dimeriahkan dengan selawat, zikir, dan doa, yang dilakukan bertaraf nasional malah dianjurkan oleh kerajaan, sebagai satu bukti bahawa Islam menuju zaman kegemilangan Ummah kali ke dua. Abuya sudah berkali-kali berkata, Malaysia tak dapat lari daripada Islam. Alhamdulillah, kerajaan sudah nampak kebaikan masa depan negara bersama Islam. Suasana politik, keadaan ekonomi, dan desakan hidup yang semakin dahsyat dan menekan membuatkan jiwa-jiwa manusia memerlukan kepada tempat mengadu, mengharap, bersandar, meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah manusia. Maka tak lain tak bukan, Allah jualah tempat kembalinya manusia, untuk mengadu, berharap, meluahkan nasib, meminta dan sebagainya. Allah yang mencatur semua ini, maka Allah membenarkan perjuangan para kekasihny

KELUARGA MODEL: AKHIRAT ADALAH MATLAMAT, DUNIA SEBAGAI ALAT.

Image
Sering Abuya menegaskan kepada kita, Islam seharusnya menjadi matlamat bukan alat. Peringatan ini sering disampaikan di dalam dewan kuliah atau ketika berekspedisi bersamanya. Tugas pemimpin untuk mengingatkan dan memandu kita sudah dilaksanakan, soal merubah pemikiran dan hati itu adalah urusan dan hak Allah. Manusia hanya ditugaskan menyampaikan. Hidayah hak Allah SWT. Ini mengingatkan kita kepada teguran Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah kepada bapa saudara Baginda. Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib yang sangat banyak membantu di awal perjuangan Nabi Muhammad SAW namun tetap tidak memeluk agama Islam. Baginda yang begitu sedih dengan kematian bapa saudaranya, sehingga Allah mengingatkan Baginda SAW, "Tidaklah engkau (wahai Muhammad) hanyalah menyampaikannya sahaja." Jadikan keluarga atau rumah tangga sebagai wadah perjuangan. Kerana rumah tangga atau keluarga  adalah wadah perjuangan yang paling kecil. Keluarga adalah wadah kecil perjuangan, ker

ISLAM AGAMA YANG BERWIBAWA.

Image
Perpaduan itu satu rahmat dari Allah. Ia merupakan satu nikmat bagi manusia. Tuhan datangkan Nabi Muhammad SAW adalah sebagai satu rahmat buat alam semesta. Hadirnya baginda s.a.w. untuk mengikat dan menyatukan hati-hati manusia yang telah dipisahkan oleh hawa nafsu dan syaitan; hati-hati yang diikatkan dengan tali Allah Taala, iaitu agama Islam. Firman Tuhan: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka terjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Ali Imran, 3:103). Abuy