Posts

JABAL UHUD, ANTARA JANJI DAN TAWARAN.

Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi. Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari) Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah S.A.W. pernah menaiki puncak Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar R.A., Sayyidina Umar Al-Faruq R.A. dan Sayyidina Usman bin Affan R.A. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergegar. Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan be...

ROH SELAWAT MENGHUBUNGKAN HATI DENGAN NABI.

Setiap sebelum sembahyang berjemaah, kita akan berselawat beramai-ramai. Melalui amalan tersebut kita dilatih mengikatkan hati kepada Rasul S.A.W. Antara jenis selawat yang biasa diamalkan iaitu Selawat Badawi. Begitu juga kita akan merasakan sangat dekat dengan Abuya selaku mursyid kita, kerana dialah yang telah mengikat hati kita dengan Rasul S.A.W. dan penyelamat di kurun ini, iaitu Pemuda Bani Tamim. Dari Abdullah ibnu Masud, sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” Hadis Riwayat Tirmidzi Saya pernah dibawa ekspedisi bersama Abuya, Bonda Khadijah Amm, Bonda Ummi dan Syeikh Nasiruddin Ali. Kami dibawa ke Kota Fas, Maghribi atau Moroko. Syeikh Ahmad Badawi berasal dari Kota tersebut. Seorang ulama sufi dan wali Allah yang sangat terkenal di dunia sufi ini, lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr Al-Badawi. Berketurunan Nabi S.A.W....

RINDU KEMATIAN RAHSIA TIDAK DITIPU DUNIA.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ. "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."  Al-Anbiya: 35 Setiap yang hidup akan merasai mati, itulah yang dibenarkan dari Quran yang datang dari Allah yang Maha Benar. Pada peringkat awal kesedaran Islam, kita sering dingat-ingatkan oleh Abuya dengan kematian. Kematian yang boleh datang bila-bila masa. Ia datang mengunjungi kita tidak kita tempat dan masa. Ia berlaku di mana-mana dan bila-bila. Ia berlaku dengan pelbagai cara. Mati bagi orang mukmin adalah satu permulaan kehidupan. Kehidupan yang kekal abadi buat selama-lamanya. Mati bagi pencinta Allah dan Rasul, adalah syarat menemui cintanya. Mati ialah kebebasan bagi para roh, yang ianya tidak terikat lagi dengan mana-mana undang-undang dan syariat Tuhan. Bila matinya anak adam, terputuslah segala amalannya...

ORANG ROH TIDAK TAKUT DAN TIDAK PULA BERDUKACITA.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." Al-Baqarah: 214 Selaku  hamba Allah, kita mestilah bersikap dan berwatak yang sesuai dengan peranan hamba. Hamba itu tidak merasakan dirinya tuan, tidak merasakan dirin...

TAKUTLAH DOA ORANG YANG TERZALIM.

Mari kita kongsikan kisah tauladan ini supaya menjadi renungan buat orang yang masih tak faham makna dan erti doa membalas kezaliman orang yang zalim. Tidak ada orang waras mengatakan perbuatan merampas hak Allah sebagai adil. Tidak ada juga orang yang waras yang menyaksikan perbuatan khianat sesama hamba Allah sebagai tidak zalim. ❝ Suatu hari, rumah si polan dipecah masuk oleh perompak. Tuan rumah dan isterinya diikat dan tidak mampu berbuat apa apa. Anak perempuannya telah dirogol oleh perompak tersebut. Manakala anak lelakinya pula dibelasah dengan teruk. Tuan rumah hanya mampu lakukan ketika itu ialah berdoa supaya Allah hancurkan perompak-perompak tersebut.  Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak tersebut memarahi tuan rumah dan berkata: "Mana boleh doa macam tu sebab aku ni ISLAM dan MELAYU!! Jangan doakan kehancuran sesama ISLAM, nanti Yahudi tepuk tangan!". Keesokan harinya kecoh satu kampung dan masuk akhbar tempatan dengan tajuk "DOA SI POL...

UJIAN MENGENALKAN ROH MANUSIA.

Dalam dunia pendidikan, persoalan ujian atau peperiksaan adalah merupakan suatu keperluan. Bagi yang peringkat tadika untuk memasuki sekolah rendah, maka untuk membantu guru meletakkan murid-muridnya ke dalam kelas yang baik, sederhana dan lemah, peperiksaan atau ujian adalah penilaian sangat diperlukan. Begitulah dari peringkat rendah untuk memasuki ke peringkat sekolah menengah, juga memerlukan ujian peperiksaan. Begitulah dari menengah untuk memasuki universiti pun begitu. Lebih-lebih lagi ke peringkat PHD. Penilaian Allah dan Rasul S.A.W. dengan yahudi tidak sama. Menurut Allah dan Rasul, secerdik-cerdik manusia ialah dia yang paling banyak mengingati kematiannya. Cerdik yang mengingati mati itu bukan yang menyerahkan leher untuk dipancung. Itu bodoh namanya.  Kalau itulah yang dikatakan cerdik, mengapalah Rasul pun berstrategi dalam perjuangan. Rasul bersembunyi bersama Sayyidina Abu Bakar di dalam Gua Tsur bukan kerana takut, tapi itulah strategi. Itulah yang di...

UJIAN MENENTUKAN TAHAP IMAN SESEORANG.

Sudah menjadi Sunnatullah bahawa hidup ini sarat dengan ujian. Padat dengan cubaan. Ujian-ujian itu datang bersilih ganti dalam rupa, saiz, skala, warna dan jenis yang pelbagai. Manusia tiada pilihan melainkan menerima dan mendepani hakikat ini. Menerima hakikat bahawa dirinya makhluk yang dicipta Allah untuk diuji di alam dunia yang penuh dugaan dan rintangan. Cukuplah dalam satu hari sahaja, ujian Allah serta percaturan taqdir-Nya datang bersilih ganti mengena batang tubuh manusia. Tidak dapat tidak, antara susah dan senang, antara suka dan duka, lapang dan sempit, antara gembira dan sedih, antara pahit dan manis, antara sakit dan sihat, serta miskin dan kaya. Ini akan Tuhan pergilir-gilirkan dalam kehidupan seharian manusia. Hidup ibarat putaran roda. Tidak selamanya di atas dan tidak selamanya di bawah. Perhatikanlah bahawa satu-satu ujian (keadaan) yang menimpa manusia itu tidak akan kekal lama melainkan akan bertandang pula satu situasi lain yang akan menggantikannya dan begitul...