TAKUTLAH DOA ORANG YANG TERZALIM.

Mari kita kongsikan kisah tauladan ini supaya menjadi renungan buat orang yang masih tak faham makna dan erti doa membalas kezaliman orang yang zalim. Tidak ada orang waras mengatakan perbuatan merampas hak Allah sebagai adil. Tidak ada juga orang yang waras yang menyaksikan perbuatan khianat sesama hamba Allah sebagai tidak zalim.

Suatu hari, rumah si polan dipecah masuk oleh perompak. Tuan rumah dan isterinya diikat dan tidak mampu berbuat apa apa. Anak perempuannya telah dirogol oleh perompak tersebut. Manakala anak lelakinya pula dibelasah dengan teruk. Tuan rumah hanya mampu lakukan ketika itu ialah berdoa supaya Allah hancurkan perompak-perompak tersebut. 
Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak tersebut memarahi tuan rumah dan berkata: "Mana boleh doa macam tu sebab aku ni ISLAM dan MELAYU!! Jangan doakan kehancuran sesama ISLAM, nanti Yahudi tepuk tangan!". Keesokan harinya kecoh satu kampung dan masuk akhbar tempatan dengan tajuk "DOA SI POLAN PECAH BELAHKAN ISLAM.❞ - Begitulah keadaan umat Islam akhir zaman.

Ibnu Abbas R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. telah mengutus Muaz ke Yaman dan Baginda berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim


ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ
"Tiga doa yang tidak tertolak; Doa orang yang berpuasa ketika berbuka, doa penguasa yang adil, dan doa orang yang terzalim yang Allah mengangkatnya tanpa sebarang halangan"

Allah yang Maha Baik sangat berlaku adil kepada manusia. Allah tidak pernah melakukan kezaliman, namun manusialah yang berlaku zalim sesama mereka. Setiap perbuatan manusia tidak sedikit pun memberi mudharat dan manfaat kepada Tuhan, namun pada setiap tindakan manusia itu sangat memberi kesan kepada satu sama lain.

Kita hidup di akhir zaman, zaman di mana fitnah sangat berleluasa. Ianya menguji kepada semua golongan manusia, samada golongan yang soleh mahupun yang golongan yang tidak mentaati Allah.

Di tengah kerancakan pilihanraya, kita jangan terlupa juga bahawa menjadi pemimpin bukan satu kerja yang kecil. Bahkan para Rasul pun cukup bimbang akan tanggungjawab yang akan ditanyakan oleh Allah di akhirat kelak. Hal ini boleh kita rujuk kembali kepada kuliah-kuliah dan minda Abuya sebelum ini. Abuya telah memberikan panduan dan jalan-jalan mengenai hal berkaitan pemimpin ini supaya kita tidak menjadi penzalim kepada manusia. Tersilap tindakan, berapa ramai manusia yang terzalim.

Menjadi pemimpin bukanlah satu kerja yang ringan, bahkan setiap tindakannya akan dipersoal oleh Allah kelak. Tindakan pemimpin melibatkan manusia di bawahnya. Setiap tindakannya akan memberikan hasil yang baik atau buruk kepada dirinya mahupun pengikutnya. Sebab itulah dalam mengadili manusia pun, kerana kecuaian kita lebih baik terlepas penjahat daripada tersalah hukum manusia. Bila sudah tersalah hukum, ertinya kita telah menzalimi manusia.

Orang yang terzalim ini, mengikut Hadis Nabi S.A.W., walaupun ada amalannya yang membuatkan doanya tertolak, tapi bilamana dia dizalimi dan dia berdoa, Tuhan terima doanya kerana dia dizalimi tadi. Ini janji Allah kepada manusia, dan Allah tidak memungkiri janji-Nya.

Perhatikan juga pada umat-umat terdahulu, yang ditimpakan bala kerana kezaliman mereka  sesama mereka. Bagaimana yang dilalui oleh Nabi Musa A.S. dan pengikutnya, yang dizalimi Firaun sebagai pemerintah ketika itu. Hinggakan Nabi Musa pun berdoa kepada Allah seperti yang tertulis dalam Quran.

رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيْنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ الأَلِيمَ

“Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” Surah Yunus: 88

Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah S.A.W. pun memberikan satu warning kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang didapat dari jalan yang haram tidak halal.

Hadis di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim. Kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?