UJIAN MENENTUKAN TAHAP IMAN SESEORANG.
Sudah menjadi Sunnatullah bahawa hidup ini sarat dengan ujian. Padat dengan cubaan. Ujian-ujian itu datang bersilih ganti dalam rupa, saiz, skala, warna dan jenis yang pelbagai. Manusia tiada pilihan melainkan menerima dan mendepani hakikat ini. Menerima hakikat bahawa dirinya makhluk yang dicipta Allah untuk diuji di alam dunia yang penuh dugaan dan rintangan.
Cukuplah dalam satu hari sahaja, ujian Allah serta percaturan taqdir-Nya datang bersilih ganti mengena batang tubuh manusia. Tidak dapat tidak, antara susah dan senang, antara suka dan duka, lapang dan sempit, antara gembira dan sedih, antara pahit dan manis, antara sakit dan sihat, serta miskin dan kaya. Ini akan Tuhan pergilir-gilirkan dalam kehidupan seharian manusia. Hidup ibarat putaran roda. Tidak selamanya di atas dan tidak selamanya di bawah.
Perhatikanlah bahawa satu-satu ujian (keadaan) yang menimpa manusia itu tidak akan kekal lama melainkan akan bertandang pula satu situasi lain yang akan menggantikannya dan begitulah seterusnya rutin ‘ kehidupan duniawi’ yang bakal dilalui dan disaksikan manusia. Bahkan inilah juga yang dinamakan warna warni, asam garam dan rencah kehidupan.
Firman Allah SWT: “Dan demikian itulah keadaan hari-hari, kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim." Surah Ali Imran: 140
Tahukah kita bahawa keperluan manusia kepada ujian dan dugaan adalah sama perlunya dengan keperluannya kepada nikmat kesenangan, kelapangan dan kegembiraan? Pelik bunyinya kan?
Ya, memang benar. Tanpa ujian sakit, manusia tidak akan menghargai dan mensyukuri nikmat kesihatan. Tanpa dugaan kesibukan dan kesempitan, manusia tidak akan menghargai nikmat kelapangan waktu. Tanpa ujian kesusahan dan penderitaan, sampai bila pun manusia tidak akan pandai mensyukuri nikmat kesenangan. Sungguh, manusia tidak akan berupaya menghargai ‘nilai’ sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah, melainkan setelah nikmat tersebut hilang, bertukar tangan atau pun diambil orang.
Tidak kira samada bertamu musim suka maupun bertandang musim duka, seseorang hamba itu hendaklah peka, berusaha dan bersungguh-sungguh mengutip ‘mutiara-mutiara’ hikmah yang hadir bersama di dalam putaran masa, kitaran zaman dan pusingan perstiwa. Dengan cara dan sikap yang sedemikian, pasti ia akan memperolehi banyak kelebihan, manfaat dan faedah melalui persinggahannya di dunia nan sementara ini.
Keperluan kepada ujian itu adalah bertujuan menguji sejauh mana kualiti Iman seseorang hamba. Macamlah bola yang mau dikeluarkan oleh sesebuah kilang, setelah dijahit dan dimasukkan angin, akan dicuba dahulu. Disepak, diteranjang, dihempap, dilambung, dan diapa-apakan hingga terbukti kekuatannya. Yang terbaik tentulah harganya mahal dan dijual ditempat-tempat yang ekslusif dan istimewa. Sesuailah mengikut mustawa atau darjat setelah mencapai tahap ISO yang dimahukan.

Begitulah manusia, ujian yang menjadikan seseorang itu berada di tahap Iman mereka. Bagaimana kita mahu melihat tahap Iman seseorang, lihat setelah diuji. Nak tahu sabar tak sabar seseorang itu, lihat penerimaanya ketika diuji. Nak tengok dia qanaah atau tidak, bersyukur atau tidak, pandai berterima kasih atau tidak, mampu redho atau tak, tengok ketika sedang diuji.
Dalam persediaan seseorang memasuki universiti, tidak semudah yang difikirkan. Dari sekolah rendah lagi sudah menduduki peperiksaan dan ujian. Dalam nak menentukan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh pun bukan sembarangan yang dipilih. Ujian dan peperiksaan bertahap-tahap. Ujian dan peperiksaan adalah semakin sukar mengikut tahap dan peringkat.
Setelah terbukti di sekolah rendah, kena masuk sekolah menengah. Sesudah itu perlu lulus SPM. Kalau nak masuk ke kolej atau universiti, tak boleh sekadar keputusan cukup makan. Bahkan ketika di universiti ujian adalah semakin besar dan berat. Nak dapat phd, kena tempuh BA dan Master. Bukan sehari dua bahkan bertahun-tahun. Nak ambik peperiksaan bukan free, semua itu berbayar. Bukan seringgit dua nak masuk universiti, yuran beribu-ribu. Dalam ramai yang memasukinya pun tak ramai yang berjaya. Di kalangan yang berjaya pun tak semua sama level-nya. Begitulah dalam nak menentukan tahap seseorang kat dunia pun bertahap-tahap ujiannya.
Sudah tentu dalam nak melahirkan hati-hati yang selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat, sudah tentu tak sama. Ujian di dunia perlu dilepasi, kerana nasib di akhirat adalah kekal selama-lamanya. Kalau di dunia, tak lulus ujian boleh diulangi. Tapi kalau dah sampai di akhirat nanti dah tak boleh patah balik. Menyesal tak sudah, kekal selamanya dalam Neraka. Wal'iyazubillah!
Kita dipromosikan dengan Sekolah Roh, diperkenalkan dengan istilah Madrasah Roh atau Universiti Roh. Atau kita biasa gunakan istilah Universiti Kehidupan. Inilah yang sedang kita lalui. Para Sahabat pun melalui ujian demi ujian dalam nak menentukan tahap Iman mereka kepada Allah dan Rasul.
Berguru terus dengan baginda Nabi S.A.W., ujian juga sangat besar dan lebih berat bersesuaianlah dengan hebatnya guru mereka. Diuji dengan tahap Iman mereka, layaklah mereka digelar sahabat. Nyawa mereka serahkan, bukan setakat duit dan tenaga! Kita baru sedikit wang yang diberikan, kemudian bila diuji kita nak claim pula. Awal masuk sekolah dah bayar yuran, tapi bila masuk dewan peperiksaan kita minta balik duit yuran tu. Kalau dunia lihat pun pelik rupanya.
Bila sedang melalui ujian ini, barulah kita tahu tahap Iman kita berada di tahap mana. Kita sangka kita wali, sedangkan kita ahli neraka. Kita sangka kita dah berkasih sayang, rupa-rupanya kita yang memutuskan silaturrahim. Kita sangka kita betul, sebenarnya kitalah yang salah. Sikap-sikap kita yang tak sabar dalam menghadapi ujian menyebabkan kita terkantoi di dunia. Itu belum di akhirat.
Betapalah kalau belum diuji lagi dah lari. Ini kita nak kata apa pada mereka. Kalau ibarat masuk sekolah, seminggu nak periksa dah hilang. Bagi seribu alasan. Mak sakitlah, nak ziarah datuk atau neneklah, sepupu eksiden, cikgu tersilap beri soalanlah, dan bermacam-macam seribu alasan lagi yang diberi demi mengelakkan masuk dewan peperiksaan.
Marilah kita sama-sama koreksi diri kita. Hidup kita saling memerlukan satu sama lain. Dalam nak membaiki diri pun sangatlah memerlukan satu sama lain. Kawan-kawan kita adalah cermin diri kita. Bahkan Nabi pun berpesan, Iman kita tak sempurna kalau tak mengasihi sesama satu sama lain. Itu sangat menunjukkan betapa kita saling memerlukan. Sebab itulah kita diminta mengambil berkat satu sama lain. Kawan kita nak selamat perlukan kita, kita nak selamat perlukan mereka. Inilah salinan hidup sahabat, saling memerlukan satu sama lain dalam menyelamatkan Iman manusia.