ROH SELAWAT MENGHUBUNGKAN HATI DENGAN NABI.
Setiap sebelum sembahyang berjemaah, kita akan berselawat beramai-ramai. Melalui amalan tersebut kita dilatih mengikatkan hati kepada Rasul S.A.W. Antara jenis selawat yang biasa diamalkan iaitu Selawat Badawi. Begitu juga kita akan merasakan sangat dekat dengan Abuya selaku mursyid kita, kerana dialah yang telah mengikat hati kita dengan Rasul S.A.W. dan penyelamat di kurun ini, iaitu Pemuda Bani Tamim.
Saya pernah dibawa ekspedisi bersama Abuya, Bonda Khadijah Amm, Bonda Ummi dan Syeikh Nasiruddin Ali. Kami dibawa ke Kota Fas, Maghribi atau Moroko. Syeikh Ahmad Badawi berasal dari Kota tersebut. Seorang ulama sufi dan wali Allah yang sangat terkenal di dunia sufi ini, lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr Al-Badawi. Berketurunan Nabi S.A.W., karena nasabnya sampai pada Ali Zainal Abidin bin Husain R.A. bin Ali R.A. bin Abi Talib, suami Sayyidah Fatimah R.A. binti Saiyidina Nabi Muhammad S.A.W.
Keluarga Badawi bukan penduduk asli Fas. Mereka berasal dari Bani Bara, suatu kabilah Arab di Syam yang berhijrah dan tinggal di negara Arab paling barat ini. Di sinilah Ahmad Badawi menghafal Al-Quran dan mengkaji ilmu-ilmu agama khususnya fekah Mazhab Syafie. Pada tahun 609 H ayahnya membawanya pergi ke tanah Haram bersama saudara-saudaranya untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka tinggal di Makah selama beberapa tahun sampai ayahnya meninggal dunia pada tahun 627 H dan dimakamkan di Ma’la.
Syeikh Ahmad Badawi selalu menutup wajahnya. Pernah dia berkhalwat selama empat puluh hari tidak makan dan minum. Waktunya dihabiskan untuk melihat ke langit. Tiba-tiba dia mendengar satu suara (hatif), berkata: “Berdirilah !” lalu suara itu terus mengucapkan kata-kata, “Carilah tempat terbitnya matahari. Bila jumpa, carilah pula tempat terbenamnya matahari. Kemudian berpindahlah ke Tanta, satu Bandar di Gharbiyah, Mesir. Di sanalah tempatmu wahai pemuda”.
Suara itu seakan membimbingnya ke Iraq. Di sana ia bertemu dengan dua orang wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Kadir Jailani dan Syeikh Rifa’i. “Wahai Ahmad ” kata kedua orang wali Allah itu kepada Syeikh Ahmad Al Badawi seperti mengeluarkan arahan. “Kunci-kunci rahsia wilayah Iraq, India, Yaman, as-Syarq dan al-Gharbiyah di genggaman kita. Pilihlah mana yang kamu suka”. Tanpa disangka-sangka Al Badawi menjawab, “Saya tidak akan mengambil kunci tersebut kecuali dari Zat Yang Maha Membuka.
Perjalanan selanjutnya adalah Mesir, negeri para Nabi dan Ahlul Bait. Syeikh Ahmad masuk ke Mesir pada tahun 634 H. Di sana ia bertemu dengan Zahir Bibers dengan tenteranya. Mereka menyanjung dan memuliakan wali Allah ini. Namun takdir sudah menetukan ia harus melanjutkan perjalanan menuju tempat yang dimaksud oleh bisikan ghaib, Tanta, satu kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dunia.
Dari Abdullah ibnu Masud, sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” Hadis Riwayat Tirmidzi

Di Tanta Syeikh Ahmad Badawi menjumpai para wali, seperti Syeikh Hasan Al Ikhna`I, Syeikh Salim Al Maghribi dan Syeikh Salim Al Badawi. Di sinilah ia berdakwah, menyeru pada agama Allah, takut dan sentiasa berharap hanya kepadaNya.
Dia laksana laut, diam tenang tapi dalam dan penuh dengan mutiara, itulah Syeikh Ahmad Al Badawi. Syeikh Matbuli berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku, setelah Muhammad bin Idris As-Syafie (Imam Syafie), tidak ada wali di Mesir yang fatwanya lebih berpengaruh daripada Ahmad Badawi, Nafisah, Syarafuddin Al Kurdi kemudian Al Manufi”. Syeikh Matbuli hidup bukan di zaman Rasulullah S.A.W., dia mendapatnya dengan karamah kewaliannya.
Suatu ketika Ibnu Daqiq Eid mengutus Abdul Aziz Ad Darini untuk menguji Syeikh Ahmad Badawi dalam berbagai permasalahan. Dengan tenang dia menjawab, “Jawapan soalan-soalan itu terdapat dalam kitab ‘Syajaratul Ma’arif’ karya Syeikh Izzuddin bin Abdus Salam.” Ertinya beliau juga amat menguasai ilmu-ilmu syariat malah menghafaznya.
Karamah lahiriah bukanlah satu-satunya ukuran tingkat kewalian seseorang, tetapi tidak salah disebutkan beberapa karamah Syeikh Ahmad Badawi sebagai bukti betapa hebatnya orang-orang Tuhan ini. Diantaranya seperti yang biasa kita dengar bahawa beliau ni sentiasa menutup wajahnya dengan kain dari pandangan manusia. Dalam masa yang sama, ia mempunyai pengikut yang ramai.

Maka ramailah dikalangan ulama yang berhasad dengki, mengadu kepada pemerintah bahawa Syeikh Ahmad mengamalkan ajaran sesat, sebab itu dia menutup wajahnya. Sultan yang memerintah ketika itu memanggilnya ke istana untuk mengetahui hal sebenar dan memintanya membuka kain penutup wajahnya. Bila sahaja dibuka kain tersebut, memancarlah cahaya dari wajahnya yang sangat menyilaukan pandangan. Tahulah Sultan bahawa beliau adalah wali Allah. Setelah itu diketahui rahsia cahaya mukanya adalah kerana dia beramal dengan selawat yang dikenali selepas itu dengan ‘Selawat Badawi’.
Diceritakan ada seorang Syeikh yang hendak bermusafir. Sebelum bertolak dia meminta pendapat pada Syeikh Ahmad Badawi yang sudah dimakamkan. Kemudian terdengarlah suara dari makamnya berkata “Pergilah, dan tawakkallah kepada Allah SWT”.
Terdapat juga kisah Syeikh Ahmad Badawi, suatu hari berkata kepada seorang laki-laki yang memohon panduan dalam perniagaannya. “Simpanlah gandum untuk tahun ini. Kerana harga gandum nanti akan melambung tinggi, tapi ingat, kamu harus banyak bersedekah pada fakir miskin”. Nasihatnya benar-benar dilaksanakan oleh laki-laki itu. Setahun kemudian dengan izin Allah kejadian itu terbukti benar. Ini memperlihatkan orang Tuhan mendapat sumber ilmu dari Tuhannya, tidak terbatas dengan persoalan akhirat semata-mata.
Pada tahun 675 H sejarah mencatat kehilangan tokoh besar yang mewarnai dunia Islam dengan cinta dan takut Tuhan. Dengan kasih sayang sesama manusia. Syeikh Ahmad Badawi yang tidak berkahwin ini berpindah ke alam baqa’ dekat dengan kekasihnya Allah swt. Jasadnya dikebumikan di Tanta, Mesir.

Kini kita dihubungkan hati kepada Baginda Nabi dengan berkat selawat, yang kita yakin dengannya akan memberi bantuan yang sangat-sangat kita perlukan dan harapkan. Semoga dengan selawat berserta hati ini mengikat hati kita satu sama lain, supaya bertaut untuk Allah dan Rasul. Mudah-mudahan dengan berkat selawat ini juga dapat menyelamatkan kita dari musuh-musuh lahir dan batin, yang tidak henti-henti merosakkan kita. Dan kita berharap, dengan berkat selawat yang menghubungkan hati-hati kita dengan Baginda Nabi S.A.W. ini melayakkan kita bersama-sama perjuangan kebenaran ini.