PEMIMPIN IALAH YANG MEMEGANG DAN MEMIMPIN HATI-HATI MANUSIA.
Di dunia hari ini, manusia sangat mementingkan diri. Sanggup menjual atas nama Islam untuk mencapai kepentingan diri. Sangat bermain dengan politik nafsu, bahkan pijak kepala orang lain untuk mencapai matlamat yang dipendamkan. Menzahirkan penampilan baik tetapi sangat bawa kepada diri. Penyakit hasad dengki, iri hati, sangat tertonjol, tetapi untuk menutupinya dengan menjual nama Islam.
"Lebih mudah melihat kesalahan kelemahan orang lain sedangkan diri bergelumang dengan najis maknawi."
Demi merebutkan kedudukan dan suasana yang selesa untuk mencapai kemahuan nafsu, mereka sanggup berkorban waktu, tenaga, dan bersusah payah untuk mendapatkan kedudukan yang boleh mencapai kepentingan diri. Kadang-kadang menggunakan berbagai-bagai cara yang menyinggung dan menyakitkan hati orang lain untuk mencapai tujuannya.
Abuya mempunyai pandangan tersendiri tentang peranan orang yang di atas. Menurut Abuya, mereka yang berperanan untuk menyelesaikan masalah masyarakat, adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Allah, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah Iman dan Taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan.
Orang yang berperanan sebagai hamba dan khalifah yang dapat membawa masyarakatnya kepada keselamatan yang hakiki, baik di dunia maupun di akhirat. Jadi khalifah adalah penyelamat. Bukan mudah untuk berperanan sebagai khalifah kerana tanggung jawabnya yang begitu besar. Tugasnya berat dan besar bukan sesuatu yang boleh diperebutkan. Kerana sangat sedikit jumlahnya di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai khalifah.
Di dunia hari ini, orang yang bergelar presiden, perdana menteri, sultan, raja, amir, yang di-Pertuan, pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial paling tinggi, sebenarnya bukan khalifah. Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus, mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda, pembangunan, kemajuan, makan minum, pelajaran, kesehatan, ekonomi, pertanian, kewangan dan lain-lainnya.
Mereka bukan saja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahu kepada Tuhan. Mereka bukan saja tidak mengatur kehidupan manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran. Lebih-lebih lagi dikalangan orang perempuan pun berebut sama hendak memikul tugas tersebut.
Adakalanya tercetus permusuhan, jatuh menjatuhkan, tindas menindas bahkan peperangan hingga puluhan tahun karena berebut untuk mendapatkan status tesebut. Sedangkan masing-masing hanyalah menegakkan dan memperjuangkan kepalsuan. Siapa pun berjaya, tetapi tidak mengubah apa-apa kehidupan manusia selain mentadbir dan menguruskan hal yang sama yang tiada sangkut paut dengan hati manusia.

Bila Tuhan dan syariat-Nya diketepikan, akhirnya manusia bertindak diluar bidang mereka. Bahkan sistem yang cantik, yang Tuhan ciptakan menjadi rosak akibat diubahsuai oleh manusia mengikut citarasa mereka.
Islam tidak mengetepikan peranan wanita dalam masyarakat, bahkan dalam sejarah Islam juga menunjukkan peranan-peranan muslimah seperti Ummahatul Mukminin sangatlah membantu pembangunan insan sekaligus meringankan beban dan tugas khalifah. Sepertilah Siti Aisyah R.A., peranannya membantu Nabi S.A.W. tidak boleh dipertikaikan. Setelah wafatnya Nabi S.A.W., beliau tetap membantu khulafaur rasyidin.
Namun peranan wanita juga terhad, mereka tidak memimpin. Kalau pun memimpin hanya untuk kaum mereka sahaja. Ada dikalangan mereka diangerahkan kelebihan melebihi kaum lelaki dari segi kemampuan akalnya mahupun jiwanya, namun tetap perlukan bimbingan kerana sebagai wanita, Tuhan bekalkan kelemahan padanya untuk mengimbangkan mereka.
Abuya ketika mengajar kelas sejarah pada awal Arqam ditubuhkan, seringkali menangis ketika bercerita tentang sejarah kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol, ditangan perempuan yang dilantik sebagai pemimpin mereka. Abuya selalu mengulang sejarah ini, dan tiap kali bercerita pasti Abuya akan menangis.
Jelas menunjukkan, walau hebat manapun seorang wanita itu bersama anugerah yang diberi padanya, dia tidak boleh memimpin. Inilah yang ditinggalkan oleh sejarah sebagai panduan untuk kita, umat Islam di akhir zaman. Sejarah adalah guru, kata Abuya.
Namun realitinya kita tetap tidak belajar dari sejarah! Lihatlah negara umat Islam pada hari ini, perebutan kuasa bukan sahaja terjadi di kalangan kaum lelaki bahkan perempuan pun sudah hilang malu, bersama-sama berebut jawatan dan pangkat ini. Baratlah yang menganjurkan semua ini. Yahudilah yang merosakkan dunia dengan percaturan ini, women right katanya.
Begitulah yang terjadi bila tangan-tangan yang berkuasa hilang matlamat Islamnya. Lagi-lagilah yang memang matlamatnya bukan Allah dan Rasul, lagi jahanamlah dunia dan isinya dibuatnya.
Mereka yang berkuasa sepatutnya bukan semakin keras dengan manusia, bahkan semakin lembut dan berhalus dalam berhubung sesama manusia. Kata Abuya, kalau ada jawatan bolehlah nak mengatur-ngatur, mengarah-ngarah manusia kerana ada kuasa. Tapi bila dah tiada kuasa atau hilang jawatan, orang akan melarikan diri, orang tak taat, bahkan boleh jadi mengambil kesempatan atas diri kita.
Sebagai pemimpin menurut Abuya, perlulah memegang hati-hati manusia. Hati manusia dipegang bukan dengan kekerasan dan paksaan. Pengalaman saya membangunkan Batu Hampar ketika bertugas di sana, Abuya pernah menegur saya. Oleh kerana bersemangat untuk membangunkan Islam bertambah pula jiwa remaja ketika itu, orang kampung akan terkejut dengan kerancakan pembangunan di Batu Hampar. Bila bangun pagi sahaja mereka lihat sudah terbangun bangunan-bangunan di sana. Terkejut mereka, "Bila dibuat ini semua? Semalam masih lapang tanah ni?" kata sesama mereka.
Namun Abuya telah menegur saya. Katanya; "Fakhrur, sementara kamu ada kuasa memanglah mereka akan taat dengan kamu. Tapi bila dah tiada kuasa, mereka akan tinggalkan kamu. Tapi kalau kamu pegang hati mereka, ada kuasa atau tidak, mereka akan taat dan dengar cakap-cakap kamu."
Jelas panduan Abuya kepada saya, yang boleh dikongsikan bersama. Tambah Abuya lagi, sebagai pemimpin dia juga adalah rakyat. Bagaimana mahu lahir pemimpin yang baik jika ketika menjadi rakyat dia seorang yang tidak baik. Kita nak orang patuh dan taat pada kita, sedangkan kita pun tidak patuh dan taat pada pemimpin kita.
"Ertinya, peranan hamba dan khalifah tidak boleh dipisahkan. Bila dipisahkan, lahirlah penguasa-penguasa yang zalim walaupun atas nama Islam. Bila peranan hamba berlaku pada diri setiap pemimpin, dia akan dipandu oleh Iman dan Islam."
Kerana itulah kita sentiasa diingatkan, jagalah sembahyang. Ia adalah hubungan kita selaku hamba dengan Tuhan. Kalau tak boleh jadi hamba yang baik melalui sembahyang, bolehkah menjadi khalifah yang baik, yang mencatur kehidupan orang lain atas muka bumi?